بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Thursday, 21 July 2011

Allah Menanti Kepulangan Kamu..

“Dah solat asar?” 
“Aku dah lama tak solatlah. Malas. Dengar ayat qur’an pun panas, lagi nak solat.” 

Aku bingung. Apa cara yang paling hikmah aku nak berbicara dengan peribadi yang macam ini. Ya Allah, berikan aku kepetahan dalam berkata-kata. 

“Kamu target nak mati umur berapa?” 
“Suka hati lah. Kalau dah nak mati takkan nak tunggu-tunggu.”­ 
“Ye la.. Nak mati bila ni? Kalau boleh boleh pilih, nak bila? Esok? 100 tahun lagi?” 
“Kalau aku tahu aku dah bagi tahu kau lah bodoh. Jangan buat aku panas boleh tak!” 
“Haha. Panas asal lak? Tanye je beb.. Kau kan tak solat.. Mesti amal dah gila banyak punya. Sebab tu dah tak payah solat, baca qur’an semua tu. Tanda-tanda dah ready gila nak masuk syurga.” 
“Macam mana lu tahu. Lu tuhan ke? Wey, wa masuk syurga ke neraka ke lu tahu ke? Lagi pelacur boleh masuk syurga!” 

Diam… 
“Asal? Dah tak boleh nak jawab? Lu dah bagus sangat ea?? Haha. Wey, tak kan lah tak boleh nak jawab soalan budak-budak?” 
“Bro. Takkan senyap je. Cakap lah lagi. Lu teruskan apa yang lu nak cakap tadi. Come on. Islam tak benarkan umatnya berputus asa. Sebab putus asa tu perangai syaitan. Saya tahu abang orang yang baik. Saya just nak test abang ni camne. Tapi baru sikit dah panas hati. Mana boleh macam tu.” 

Adakah aku perlu membalas atau tidak? Hmm.. Satu lagi keputusan yang aku perlu buat. Perlahan aku menyusun kata..

“Aku bercakap bukan nak tunjuk siapa bodoh siapa pandai. Siapa bangang siapa bijak. Siapa ahli syurga, siapa ahli neraka. Aku hanya akan bercakap pada mereka yang bertanya, semata-mata untuk mencari kebenaran. Aku tidak akan bercakap dgn orang yang bertanya, semata-mata mencari dalil untuk membenarkan perbuatan yang salah. Ya. Terpulang. Kalau kamu rasa nak jadi macam pelacur itu, jadi lah. Aku tak nak, aku nak jadi macam Rasulullah walaupun mustahil. Aku nak jadi baik dari sekarang, walaupun bunyi bodoh. Tapi aku suka jadi orang bodoh. Sebab aku hanya hamba yang bodoh. Syurga itu hanya utk mereka yang nak.. Bukan untuk mereka yang hanya mengharap. Ok, budak tak nak solat, aku nak ready nak pergi solat macam orang bodoh yang meletakkan dahinya di lantai..” 

+++ 

Selang beberapa waktu..

“Salam. Abang. Aku minta maaf sebab cakap macam tu.” 
“Eh, abang ok je. Rileks lah. Lain kali jangan suka-suka buat hal, kan dah rasa bersalah. Hehe.” 
“Orang macam aku ni layakkah ditarbiyah lagi?” 
“Kenapa tidak?” 
“Ya lah, aku ni rasa aku ni memang bodoh sebab menjauhkan diri dari allah. Aku dilahirkan dari keluarga Islam. Tapi, aku jadi macam ni. Aku harap kau dapat bantu aku. Aku selalu kecewa dengan hidup ni dan rasakan bahawa tuhan tak adil. Aku kecewa dengan kawan-kawan aku, dengan ayah aku. Dan dulu kecewa dengan budak perempuan. Sebab tu aku tak percayakan sesiapa. Harap kau boleh tolong aku. Aku akan buat semampu aku. Aku dah tak nak hidup yang macam ni! Dulu aku ok. Tapi bila dugaan datang terus menerus, aku tak boleh terima.. Aku perlukan kau untuk bantu aku. Kadang-kadang aku menangis fikir nasib aku” 
hati yang hidup itu adalah hati yang mampu menangis

Aku hanya terdiam.. Mungkin lebih elok jika aku hanya berdiam dan membiarkan dia luahkan apa sahaja yang tersimpan sekian lama di dalam lubuk hatinya. Terlalu lama, hinggakan melahirkan satu daging yang busuk. Dan mencemari seluruh apa yang ada pada dirinya. 

“Aku dah terlalu jauh dari Allah. Abang, adakah Allah dapat maafkan aku. Aku pernah hisap dadah, kacau perempuan, melawan mak ayah. Semua benda jahat aku pernah lakukan. Adakah aku dapat dimaafkan? Macam mana kalau aku ulangi balik perbuatan-perbuatan tu? Abang, aku harap kau dapat bantu aku. Aku tak nak macam ni lagi. Tolonglah.”­ 

Aku terdiam.. Apa yang harus aku katakan? 

“Akhi, saudaraku, Allah itu sentiasa sayangkan kita. Sebab tu kita ada di muka bumi ni sampai sekarang ni.. Buktinya, tu.. Kamu masih mampu mendengar apa yang abang katakan pada kamu sekarang ni. Maknanya kamu masih lagi diberi peluang kehidupan.. Nikmat bernafas, nikmat membaca, nikmat melihat. Masya-Allah. Itu baru sedikit. Tapi, sejauh mana kita mensyukuri benda-benda ni semua?” 
+++

Nasihat untuk semua.. 

Allah sentiasa menanti kepulangan kita setelah kita terlalu jauh dari diri-Nya. Terpulang kepada kita sama ada kita mahu atau tidak. Kerana, 

“Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan daripada-Ku, Aku ampunkan engkau walau apa pun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan daripada-Ku, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan." 
[HR at-Tirmidzi, dinilai hasan oleh al-Albani] 

Satu kata yang saya selalu ulang. Jangan pernah kita putus asa dengan rahmat Allah. Ya akh, mungkin kita pernah berdosa, bahkan setiap dari kita ada masalah serta sejarah dia masing-masing. Tapi akhi, yang menentukan masa depan kita bukan masa-masa lalu tu, sebab itu semua dah lepas. Tapi, masa sekarang. Sejauh mana kita benar-benar menyesal dan berbuat sesuatu untuk itu. 

“Setiap anak Adam pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang yang mahu bertaubat." 
[HR Ahmad] 

Kalau terbuat lagi?

Taubat!

Terbuat lagi?

Taubat!

Sampai bila?

Taubat sampai kau mati, sebab bila kau dah mati nanti, mustahil dah untuk engkau berbuat dosa selepas itu. 

“Seorang telah melakukan dosa, lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.” Lalu Allah SWT berfirman: “Hamba-ku telah melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya)”. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: “Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa … ampunilah dosaku.” Lalu Allah SWT berfirman: “Hamba-ku telah melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya)”. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: “Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa … ampunilah dosaku.” Lalu Allah SWT berfirman: “Hamba-ku telah melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya maka Aku ampunkan hamba-Ku ini, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau.” 
[HR al-Bukhari dan Muslim, dan lafaz adalah lafaz Muslim] 

Allah menantikan kepulangan dirimu.. 


Dari Abu Hurairah RA., katanya, bersabda Rasulullah SAW: 

“Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.”
[HR Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal] 

Cuma sekarang terpulang kepada dirimu. Adakah kau mahu atau tidak pulang kembali kepada Allah.. 

“Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa: sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 
[QS az-Zumar, 39:53]

Mungkin kita merasakan diri kita tidak layak untuk berbuat kebaikan. Kemudian duduk bersama-sama dengan mereka yang mahu berbuat kebaikan.

Maka, hayatilah kisah dari Abu Said Al-Khudriy r.a, Rasulullah SAW bersabda, 

"Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata: 
"Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? 
Pendeta tersebut menjawab: 
"Tidak!"
Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.
Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: 
"Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima?"
Ulama tersebut menjawab: 
"Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si fulan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah SWT bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina."  
Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: 
"Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah SWT."
Manakala Malaikat Azab pula berkata: 
"Dia tidak pernah melakukan kebaikan." 
Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: 
"Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya." 
Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat. 
[Hadis Riwayat Imam Muslim: hadis ke 4967]

Orang yang berdosalah orang perlu duduk bersama orang yang berbuat kebaikan. Walaupun orang yang berbuat kebaikan itu bukanlah malaikat, tapi at least mereka lebih mulia di sisi Allah jika dibandingkan dengan kaki maksiat yang tidak pernah rasa malu dan mahu bertaubat.

"Sesungguhnya Allah menghamparkan tangan-Nya di waktu malam untuk memberi taubat kepada orang yang berbuat dosa pada waktu siang, dan Dia juga menghamparkan tangan-Nya di waktu siang untuk memberi taubat orang yang berbuat dosa di waktu malam." 
[HR Muslim]

Pulanglah kepada Allah...

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]


"setiap ujian ganjarannya kemanisan"
khir al-imtiaz
0330pm
21-Julai-2011

13 comments:

  1. Assalamualaikum....Alhamdulillah.....

    ReplyDelete
  2. aslmkm.. subhanallah.. ana minta di kongsikan dlm fb yee..

    ReplyDelete
  3. SubhanaAllah..syukran atas perkongsian..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...minta izin share di fb yea~~

    ReplyDelete
  5. share saja di mana-mana.. insya-Allah...

    ReplyDelete
  6. As salam..mtk share jgk ye khir

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum....mx share jgak..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum.sy azrul.nk mintak share dlm fb bleh?

    ReplyDelete
  9. waalaikumussalam, akh azrul.. silakan... =D

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..subhanaAllah..btapa kerdilnya kita..btapa Allah MAHA PENGAMPun..mnantikan taubat hambaNya..tp knpa kita masih blari mninggalknNya..semoga Allah membukakan pintu hati kita semua kembali padaNya dengan sebenar2 taubat.amiiin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++