بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Wednesday, 13 July 2011

Ikhwah Juga Manusia, Mereka Perlukan Teguran

Masam Manis Ukhuwah

Ukhuwah tidak sentiasa indah. Betul kah? Kalau nak tahu benar atau pun tidak, maka perkara pertama yang kita kena lakukan ialah. Berukhuwah. Jangan main cakap, tapi buat tak pernah. Main assume suka-suka hati. Jangan.

Tapi.. Benarkah ukhuwah tidak sentiasa indah?

Berbalik kepada tajuk, Ikhwah Juga Manusia. 

Ya memanglah. Ikhwah bukan malaikat. Ikhwah juga bukan binatang. Inikan pokok atau batu.

Maksudnya?

Ikhwah juga pasti akan melakukan kesilapan. Ikhwah juga pasti akan selalu terlupa. Ikhwah juga kadang-kadang terlalu mementingkan diri sendiri. Ikhwah juga kadang-kadang bermalas-malasan dan lain-lain lah. Sabda Rasulullah SAW,

“Setiap anak Adam pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang yang mahu bertaubat." 
[HR Ahmad]

Perlu kita sedar, dan perlu kita sentiasa ingat bahawa ikhwah ini cuma seorang manusia. Tidak bermakna dia ikut tarbiyah, ikut halaqoh, jaga mutabaah, buat kerja dakwah dan lain-lain. Maka taraf dia sama dengan malaikat. Iman sentiasa konsisten. Tidak pernah melakukan kesilapan.

Salah!

Beza antara seorang ikhwah itu dengan manusia umum mungkin mereka ini adalah orang-orang yang cuba nak menjadi lebih baik dari segala kesilapan mereka yang dulu. Mereka adalah manusia yang mahu mendekatkan diri mereka dengan Allah, kerana sebelum ini mereka sangat jauh dari Allah. Mereka yang cuba untuk berbuat usaha-usaha kebaikan setelah hayatnya sebelum ini pernuh dengan noda dan dosa.


Maka pastinya, apabila seorang ikhwah itu ingin berbuat sesuatu, pasti akan ada kesalahan dan kesilapan. Yang mana, kadang-kadang dia sendiri tidak tahu bahawa itu adalah kesilapan ataupun kesalahan. Kerana itu dia memerlukan suasana tarbiyah dan ukhuwah untuk membantu dia menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kerana dia itu asalnya bodoh, penuh kekhilafan dan tak reti nak jadi baik.

Tapi masalahnya wujud apabila, ada ikhwah yang bersikap,


“Akh, cuba tengok ikhwah tu. Asyik suka mengarah-arah orang je kerja dia.”

“Itulah, ana pun rasa dia ni tak menjaga perasaan ikhwah lain.”

“Dah la tu, cakap kadang-kadang main lepas je.”

“Entah. Nama je orang ikut tarbiyah.”


Mungkin ini dialog yang pernah kita ungkapkan.

Cuma cuba lihat balik dalam situasi tadi.

Kalau benar ikhwah yang dikatakan tadi itu buat kesalahan-kesalahan yang disebut tadi, maka ikhwah tersebut memang perlu dibetulkan.


Dan, kesilapan kedua yang mungkin kita kurang perasan adalah ikhwah yang berkata berdua tadi tu. Adakah itu sikap yang betul? Nampak kesilapan dalam diri orang lain, kemudian bercerita pada orang lain tentangnya. Tanpa pernah meletakkan usaha untuk pergi bertanya meminta penjelasan atau menegurnya terlebih dahulu? Meminta penjelasan atau member penjelasan.

Lebih malang lagi, cerita tentang ikhwah itu tersebar luas. Ikhwah-ikhwah yang mula terpengaruh mula membuat muka, tidak bertegur bersalam, tidak berbual. Dan, ikhwah yang melakukan kesilapan itu tidak tahu apa yang berlaku. Dan akhirnya, dia merasakan ikhwah tidak suka dirinya lagi. Tanpa dia tahu rupanya dia buat silap. Akhirnya, dia keluar dari halaqoh! Dan mengatakan,

“Ikhwah ni tak pandai berukhuwah. Nama je ikhwah!”

Ini yang kita mahukan?

Salahkah kalau kita yang nampak ikhwah itu bermasalah, kita terus menegurnya?

Tak kisahlah apa kesalahahan yang dia buat.

Terlalu banyak buang masa, cakap tak serupa bikin, tahu mengarah sahaja, tak nak buat kerja, bertangguh, datang lambat itu, selekeh, kedekut, atau apa sahaja lah.

Kita tegur. Agar dia tahu bahawa dia salah.

Bukan buat muka, banned, tak bertegur dan lain-lain..

“Macam mana pula kalau dia kecil hati nanti?”

Masya-Allah. Antum berinteraksi dengan ikhwah!

“Seorang ikhwah itu tidak akan menegur ikhwahnya yang lain melainkan mengaharapkan ikhwahnya itu jadi yang lebih baik dan terbaik.”

Jadi, kalau kita sama-sama faham benda ni, takkan berlaku,

“Ah, kau pahal nak tegur aku?!”


Ok, mari kita lihat sirah..
+++


Diceritakan dalam riwayat yang berbeda oleh Ibn Al-Mubarok dalam dua kitabnya Al-Birr dan As-Shalah bahwa terjadi ketidaksepakatan antara Abu Dzar dan Bilal. Abu Dzar kemudian berkata kepada Bilal,

“Hei anak budak hitam”.

Rasulullah yang mendegar ini sangat marah, lalu beliau mengingatkan Abu Dzar dengan sabdanya dengan telunjuk mengarah ke wajah Abu Dzar,

"Engkau! Sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliah!"

Peringatan Rasulullah ini meninggalkan pengaruh yang teramat dalam pada diri Abu Dzar. Beliau kemudian meletakkan kepalanya di tanah dan bersumpah bahwa beliau tidak akan mengangkatnya sebelum Bilal menginjakkan kakinya di atas kepalanya.

Tentunya Bilal tidak melakukan apa yang dimahukan oleh Abu Dzar, sebaliknya dia berkata kepada Abu Dzar,

"Aku memaafkan Abu Dzar, Ya Rasulullah. Dan Biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak."

+++


Cuba bayangkan kalau Rasulullah SAW bertindak mendiamkan diri. Dan berbisik kat dalam hati.

'Abu Dzar ni teruk!'

Pastu cerita kat Bilal bila Abu Dzar beredar. Pastu Bilal pun sebarkan ada orang lain dan sebagainya. Masya-Allah, apa lah jadi agaknya ya? 

Tapi, tidak akh, Rasulullah malahan menegur Abu Dzar, dan Abu Dzar yang faham bahawa dia berbuat salah terus meminta maaf. Dan cara dia mantaplah, terus letak kepala kat tanah suruh dipijak. Tapi atas dasar ukhuwah, Bilal tidak pula mengambil peluang untuk main lompat-lompat atas kepala Abu Dzar. Ataupun Rasulullah SAW dan Bilal buat muka dengan Abu Dzar. Tak bertegur. Tak nak layan dan lain-lain. Tidak!

Jadi siapa kita nak tunjuk kita ni hebat dengan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW, dan meninggalkan contoh yang ditunjukkan?


Kisah lain..
+++

Dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah SAW melakukan solat zuhur 5 rakaat. Kemudian beliau SAW ditanya,

“Apakah ada penambahan di dalam solat?”

Beliau SAW bersabda,

“Ada apa?”

Mereka mengatakan,

“Engkau telah melakukan solat (zuhur) 5 rakaat.”

Kemudian beliau SAW melakukan sujud sahwi dua kali setelah dia salam.

[HR Abu Daud dan Tirmidzi]

+++


Ada tak tiba-tiba Rasulullah SAW melenting kerana dia ditegur? Seorang Rasul tu!

Dan ada tak para sahabat membiarkan dan buat tak tahu. Kemudian katakan dia ni tak betul, pastu buat konspirasi menjatuhkan dia?


Tegurlah Mereka

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.” 
[QS Az-Zariyat, 51:55]

Beri peringatan. Tegur ikhwah tu jika nampak dia silap. Kalau dia menolak ke, melenting ke, mengamuk ke, itu hal ke-14532. Hal yang pertama kena buat itu adalah TEGUR.

Bukan biarkan sahaja.

Kalau kita biarkan sahaja. Simpan dalam hati. Maka yang akan tahu itu adalah kesilapan cuma kita dan hati kita je. Lepas tu mulalah terseksa jiwa dan raga sebab hipokrit konon nak jaga perasaan.


Lepas tu, ikhwah yang buat silap itu terus bergelumang dalam kesilapannya. Lebih malang. Terus bergelumang dengan dosa yang dia tidak perasan akan dia sedang melakukannya. Kerana apa?

Kerana sikap kita yang tidak menegur dia.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” 
[QS al-‘Asr, 103:1-3]

Ingat juga sirah yang termaktub dalam surah ‘Abasa, ketika mana Allah menegur Rasulullah SAW ketika dia memalingkan muka terhadap Abdullah Ummi Maktum yang buta yang datang mahukan Islam ketika Rasulullah SAW sedang berusaha menawarkan Islam kepada pembesar-pembesar pada ketika itu.

Ingatlah..

Ikhwah juga manusia.. Mereka memerlukan teguran dari kamu.


p/s: pastikan cara menegur anda itu berhikmah (tegas dan benar) [QS 16:125]

“shaping thinking”
Khir al-imtiaz
1403 hours
13-07-2011

13 comments:

  1. “Setiap anak Adam pasti berbuat doa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang yang mahu bertaubat."

    [HR Ahmad]
    sedara tersalah type
    sepatutnya
    *dosa
    syukran

    ReplyDelete
  2. saya mohon post sedara disebarkan utk bacaan umum.moga akh dapat ganjaran sebaik-baiknya di sisi Tuhan.

    ReplyDelete
  3. saya mohon share dis story versi akhawat boleh?

    ReplyDelete
  4. wonderful!...titipan istimewa...

    ReplyDelete
  5. Subhanallah,artikel yang membuka minda kita

    ReplyDelete
  6. Saya mohon copy. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. slarky >> selama ni tak terbuka lagi ke? =)

    haslina >> silakan, TQ

    ReplyDelete
  8. akhi...mantap entry nie...hahaha...afwan sbb bru nak bacer.... = )

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++