Kemanisan Itu Pasti Akan Ada!

1 new message.. 

“Tolong sedekahkan al-fatihah dekat arwah ibu ana, semoga arwah dicucuri rahmat. Al-fatihah.” 

Hatiku lantas teringat firman Tuhan di dalam surat cinta-Nya kepada alam. 


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ 
“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”  
[QS al-Baqarah, 2:155] 

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
“(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “inna lillahi wa inna ilaihi roji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali).” 
[QS al-Baqarah, 2:156] 

Aku tidak berada di tempatnya. Aku tidak mampu merasakan apa yang sedang menghimpitnya. 

Sebagai ikhwah, aku harus membalas.. 

“Harta yang terbaik yang seorang ibu tinggalkan adalah anak yang soleh, dan selalu mendoakan kesejahteraan dia di alam sana. Maka, tabah dan kuatkan hati antum untuk menjadi harta yang terbaik itu.” 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang salih" 

[HR Muslim] 

“Bila ana boleh temui kebahagiaan, akhi? Bila diuji berulang kali, kadang-kadang rasa tak mampu.”

“Kebahagiaan itu akan tiba. Jika bukan di dunia, ia akan muncul di akhirat. Dan itulah yang terbaik! Dunia ini semuanya hanya permainan dan senda gurau. Di sisi Allah-lah tempat terbaik kembalinya semua itu.” 

وَمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ  
“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.” 
[QS al-Ankabut, 29:64] 
+++
وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ 
“..dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” 
[QS Ali ‘Imran, 3:14] 

“Kalau ana tidak ada iman, dah lama ana bunuh diri, akh. Berat sangat ujian yang menimpa ana tahun ini.” 

“Ujian itu akan bawa antum dekat dengan Allah. Jadilah anak yang soleh kerana Allah, kerana mak antum. Akan ada kemanisannya. Yakin itu!” 

وَقَطَّعْنَاهُمْ فِي الْأَرْضِ أُمَمًا مِنْهُمُ الصَّالِحُونَ وَمِنْهُمْ دُونَ ذَٰلِكَ وَبَلَوْنَاهُمْ بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُون  
“Dan Kami pecahkan di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang soleh dan ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran)” 
[QS al-A’raf, 7:168] 

Kembali kepada Allah. 

Allah sangat-sangat tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan kita perlu meyakini itu sebenar-benarnya sebagai seorang hamba yang hina berinteraksi dengan Tuhan Yang Maha Kaya dan Memiliki segala-galanya. 


كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 
[QS al-Baqarah, 2:216] 

Bila kemanisan itu akan muncul? 

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,”  
[QS asy-Syarh, 94:5]

Kurang yakin? 

Maka Allah ulangi lagi sekali.. 
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” 
[QS asy-Syarh, 94:6]

Akan ada kemudahan! Bila? Apabila tiba masanya nanti. Sesuai dengan iman di dada. 

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا 
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." 
[QS al-Baqarah, 2:268]

Sabar akh. Kerana, 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ 
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (bersama) orang-orang yang sabar.”  
[QS Al-Baqarah, 2:153] 
Allah bersama mereka yang bersabar. 

Kemanisan itu akan tiba!



"kamu tertinggi jika beriman"
khir al-imtiaz
0330pm
29-07-2011

Comments

  1. dulu pun sahabat saya futur mcm nih,bila kehilangan abah tersayang.

    ujian itu pasti datang.PASTI DATANG.benar sedara katakan,ujian itu kuatkan kita dgan Allah.sebab bila kita tak rasa susah,kita tak rasa nak bgantung sepenuhnya pada Dia,kita tak rasa nak perhatian Dia,bila ujian menimpa diri rasa tawakal dan pgantungan diri yang amat-amat tinggi pada Dia.

    kadang-kadang ada juga yg rasa mgapa dia tidak diuji spertimana sahabat2 diuji demi sampaikan islam.sebenarnya akh,perasaan itu juga adalah satu ujian.bukankah setiap ujian itu Alla mahu lihat siapa yang paling terbaik amalnya?
    Allah nak tapis kita
    Allah nak tapis insan-insan yg benar-benar mahi mmbela agamaNya
    lagi kuat diuji,
    lagi kuat keyakinannya
    Allah alangkah beruntungnya insan-insan yg sedikit itu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?