بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Wednesday, 30 March 2011

Terlalu Manis Untuk Dilupakan


“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajran bagi orang-orang yang mempunyai akal.”
[QS Yusuf, 12:111]

***
"Mustahil dunia menghindari bencana di masa depan tanpa belajar peristiwa masa lalu" 
[Fatih Kocaman, Pakar Sosiologi]

Cermin Sejarah

Kita perlu sentiasa melihat ke dalam cermin. Dan cermin itu ialah masa lalu. Kadang-kadang, kita memang perlu menoleh ke belakang, kerana di sana ada banyak peristiwa yang telah berlaku.

Menoleh ke belakang bukanlah semata-mata untuk membanggakan sesuatu seandainya ia baik, ataupun menghinakan sesuatu kerana ia buruk. Menoleh ke belakang juga bukanlah untuk kita menyesali tidak berkesudahan akan perkara-perkara dosa yang lalu, mahupun mengulang-ulang cerita kegemilangan sejarah kita dahulu tanpa pernah mengambil pengajaran dan berbuat sesuatu untuk menjadi sepertinya, atau bahkan lebih baik.


Melihatnya kita ke dalam cermin itu adalah untuk mengambil hikmah dan pelajaran. Bercermin daripada mereka yang pernah bertingkah dalam kancah panggung sejarah, untuk pembaikan kehidupan kita di masa sekarang dan masa hadapan.

Kita bukan sahaja perlu belajar dari mereka yang alim, tetapi juga mereka yang zalim. Belajar sejarah mereka, agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Belajar bagaimana mereka mengisi hidup. Belajar soal cinta dan bagaimana mereka merangkainya.

Kerana cinta! Ada yang bersandar kepada Allah dan ada juga yang dilenakan oleh syaitan. Kerana cinta! Ada yang senantiasa menjaga kesucian diri dan ada juga yang menghalalkan segala cara. Kerana cinta! Ada yang jernih sesuai tuntutan syariat dan ada jua yang keruh oleh nafsu, syahwat dan syubhat. Jadi, mari kita belajar, dari mereka para pencari cinta.

Sunday, 27 March 2011

Teguhlah Dalam Keimanan


“Maka istiqomah (tetaplah) engkau (Muhammad)(di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
[QS Hud, 11:112]
+++

“Khir, macam mana nak istiqomah?”
“Hmm.. Berat ni nak jawab. Cuba bagi case study sikit. Baru mudah nak settle.
“Contohnya bila kita rasa insaf. Kita rasa nak sangat buat baik. Tapi, bila lama-lama, perasaan tu hilang. Macam mana ek?”
“Tak payah lama-lama. Kejap je dah hilang kadang-kadang. Betul tak?”
“Hehe..”
+++


Istiqomah

  

Istiqomah atau pun komitmen semangnya sangat mudah dilafazkan. Tetapi sangatlah amat berat untuk kita mengaplikasikannya. Bayangkan, dikatakan bahawa Rasulullah SAW beruban, ketika turunnya ayat yang memerintahkan agar dia untuk istiqomah.
“Maka istiqomah (tetaplah) engkau (Muhammad)(di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
[QS Hud, 11:112]

Saad bin Abi Waqqash mengatakan bahawa,
“Setiap apa yang diperintah kepada Rasulullah SAW, itu juga perintah untuk setiap Muslim yang membaca al-Qur’an.”
Maka, perintah untuk istiqomah yang disebutkan dalam ayat tadi itu bukan hanya tersangkut kepada Muhammad SAW sahaja, bahkan semua umat islam, yang membaca al-Quran.

Istiqomah terhadap apa?

Tentunya bukan istiqomah terhadap maksiat. Kerana jika istiqomah terhadap maksiat, tidak perlu kita susah-susah fikir bagaimana untuk istiqomah terhadapnya. Kerana syaitan akan sentiasa mengilhami kita dengan pelbagai idea supaya kita beristiqonah dalam kemaksiatan.

Contohnya, berapa ramai di antara kita yang boleh beristiqomah dengan mudah terhadap main games atau tengok movie? Tetapi berapa ramai pula yang boleh beristiqomah dengan mudah untuk membaca al-Quran atau menjauhi perkara-peraka berdosa?

Jadi, istiqomah terhadap apa yang membuatkan Muhammad SAW beruban? Istiqomah terhadap apa yang telah diperintahkan Allah kepada kita (rujuk firman di atas).

Apa pula yang diperintahkan Allah hingga beruban kepala Muhammad SAW? Adakah perintah untuk solat lima waktu sudah cukup membuatkan dia beruban? Atau mengerjakan haji? Maaf, tentu sahaja bukan perkara-peraka ini yang dirisaukan oleh Muhammad SAW. Tetapi, Muhammad SAW beruban tentang bagaimana untuk istiqomah dalam dakwah. Kekal dalam keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Lain? Cuba lihat firman Allah dalam surah al-Kahf, ayat ke-28,

“Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti keinginannya dan keadaanya telah melewati batas.”
[QS al-Kahf, 18:28]

Dan surah al-‘Asr, ayat pertama hingga akhir, 
“Demi masa. Seseungguhnya insan itu berada dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman, dan beramal soleh, saling berwasiat dengan kebenaran, dan saling berwasiat dengan kesabaran.”
[QS al-‘Asr, 103:1-3]
Perlu kita fahami bahawa hal-hal yang menyebabkan seseorang itu keluar dari jalan tarbiyah dan dakwah ini lebih banyak daripada hal-hal yang menyebabkan seseorang itu kekal (istiqomah) dalam tarbiyah dan dakwah.

Kita perlu berusaha sehabis mungkin untuk memahamkan seseorang itu bahawa jalan dakwah dan tarbiah ini adalah jalan hidupnya. Itu pun belum tentu berjaya. Namun, kita tidak perlu berusaha jika untuk membuat seseorang itu keluar dari halaqoh dan lain-lainnya. Bahkan, mereka yang akan berusaha sendiri ke arah itu.

Sikap kita seharusnya apabila ditimpa ujian atau musibah, kita berfikir,

“Bagaimana aku nak mendekatkan diri lagi dengan Allah, agar Allah bantu aku lepas ni”

Bukannya mengambil jalan singkat dengan tinggalkan dari halaqoh, tinggalkan teman-teman yang soleh, mencari ketenangan dengan arak dan perempuan dan lain-lain.

Kerana apa? Kerana ujian pasti akan terjadi. Survive atau tidak survive, itu bergantung kepada diri kita macam mana nak tempuhinya.
“Dan Kami pecahkan dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang soleh dan ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).”
[QS al-A’raf, 7:168]
Kenapa diberikan ujian? Agar kita kembali kepada kebenaran. Tetapi, siapakah yang akan kembali kepada kebenaran itu? Mereka ialah orang-orang yang soleh. Apabila diuji dengan kebaikan, mereka bersyukur. Apabila diuji dengan keburukan, mereka bersabar. Di kedua-dua situasi mereka mendapat kebaikan.

Sebaliknya orang yang tidak soleh ialah mereka yang apabila mendapat ujian, mereka bahkan semakin jauh dari kebenaran. Semakin kaya, semakin lupa akan Pemberi Kekayaan itu sendiri. Semakin miskin, maka semakin hilang erti kesabaran dan akhirnya terjun ke lembah pelacuran secara rasmi atau tidak. Kemudian siap menyalahkan lagi, Pemberi Ujian itu sendiri. Nauzubillah min dzalik.

Itulah kunci kepada istiqomah. SYUKUR dan SABAR.

Syukur ketika mendapat nikmat.

Sabar ketika mendapat musibah.

Kedua-duanya menghala kepada kebenaran.

Seterusnya, bersihkanlah hati. Binalah semula keikhlasan kita  dalam menganut agama islam.

Jangan hanya ketika susah baru mahu jadi islam. Jangan hanya ketika senang baru mahu menjadi islam. Jangan hanya ketika kita tua, baru mahu menjadi islam. Tetapi, islamlah secara keseluruhan. Dari sekarang, hingga kita menghadap Allah kelak.
“Maka istiqomah (tetaplah) engkau (Muhammad) (di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
[QS Hud, 11:112]
Istiqomah dalam hal-hal ukhrawi, tetapi tidak pernah melupakan untuk istiqomah dalam berjaya dalam akademik dan duniawi.



"mencari semula semnagat yang hilang"
khir al-imtiaz
2205 hours
27-03-2011

Kewajipan dan Masa


“Demi masa. Sesungguhnya insan itu berada di dalam kerugiaan. Melainkan mereka yang beriman, beramal soleh, saling berwasiat dengan kebenaran, dan saling berwasiat dengan kesabaran.” 
[QS al-‘Asr, 103:1-3]
***

Mari kita sama-sama senaraikan, apa yang kita mahu lakukan di dunia ini sementara ianya belum tamat. Terlalu banyak. Hinggakan jika diberikan kertas untuk menyenaraikan semuanya, nescaya sehelai kertas itu tidak akan muat. 


Tetapi, sebelum kita sebut tentang apa yang kita mahu lakukan, elok kita cerita dulu tentang apa yang kita perlu buat. Itu sahaja pun belum tentu dapat diselesaikan semuanya. Sebab tu lah bila Mujaddid Umat ini (Hasan Al Banna) mengeluarkan pernyataan,

“Kewajipan yang ada lebih banyak daripada waktu yang diberikan.”

Ia adalah tepat dan sangat berhikmah. 


Sebelum melangkah melihat ke dalam hidup orang lain, lihat dahulu hidup kita dan diri kita. Apakah yang telah kita lakukan selama kita hidup? Adakah semua yang kita lakukan tersebut cukup untuk meneruskan hidup di “sana” nanti? 

Kita sendiri tahu dan kita sendiri sedar akan bertimbunnya amanah yang perlu kita galas, namun kita sering berusaha mengabaikannya dan merasakan tidak perlu mengambil tahu. Sehinggakan apa yang kita hendak lakukan didahulukan dibandingkan dengan apa yang perlu kita lakukan. Kehendak dan keperluan itu perlu difahami agar kita tidak membuang baki hidup yang bakal kita jalani selepas ini dengan perkara-perkara yang tidak perlu dalam kehidupan. Sangat sangat banyak perkara yang belum kita tunaikan yang akan dipersoalkan di sana nanti. 

Cuba jawab soalan-soalan di bawah: 

1. Sudahkah kita menghafal Al-Quran?  
2. Sudahkah kita menguasai Bahasa Arab?  
3. Sudahkah kita mendidik generasi kita dan generasi di bawah kita untuk menyambung perjuangan? 
4. Sudahkah kita berbakti kepada ibubapa dengan sesungguhnya?  
5. Sudahkah kita menguasai bidang-bidang ilmu yang pelbagai?  
6. Sudahkah kita bersedia untuk mati? 
7. Sudahkah kita cukup beramal untuk bertemu Allah? 
8. Sudahkah kita…itu dan ini? 

Setiap soalan ada jawapannya. Dan jawapan itu membawa amanah yang perlu kita tunaikan. 

Kewajipan-kewajipan tetap tergalas. Persoalannya bukan sama ada kita ingin memikul kewajipan itu ataupun tidak, tetapi sama ada kita ingin melaksanakan dengan cara terbaik atau mengabaikannya.


Kewajipan tetap kewajipan! 

Masa terhad, umur makin dekat kepada pengakhiran, adakah hati makin insaf dan makin beriman? 


Demi Masa

“Demi masa. Sesungguhnya insan itu berada di dalam kerugiaan. Melainkan mereka yang beriman, beramal soleh, saling berwasiat dengan kebenaran, dan saling berwasiat dengan kesabaran.” 
[QS al-‘Asr, 103;1-3]

Inilah satu surah yang sangat popular dan dihafal dengan sangat mahir oleh kebanyakan masyrakat. Tetapi, berapa ramai pula dari sejumlah manusia yang menghafalnya tadi, memahami akan kehendak ayat ini?

Ayat ini dimulakan dengan satu sumpahan. Di mana, apabila Allah SWT bersumpah atas ciptaannya, itu menunjukkan bahawa akan ada sesuatu yang hebat dan penting hendak disampaikan dari Allah kepada umat manusia. Dan makhluk yang disebut oleh Allah SWT dalam sumpahannya kali ini adalah masa.

Kemudian, Allah menyebut bahawa, “Sesungguhnya insan itu berada di dalam kerugian". Perkataan al-Insan yang digunakan dalam ayat ini merujuk kepada semua jenis manusia. Tidak mengira sama ada dia adalah mu’min, muslim, munafikin, musyrikin, kafirin dan apa sahaja. Semua! Semua berada dalam kerugian!

Tetapi, Allah menyebutkan dalam ayat seterusnya akan ciri-ciri mereka yang terselamat dari kerugian. Iaitu mereka yang beriman, beramal soleh, saling berwasiat dengan kebenaran, dan saling berwasiat dengan kesabaran.”

1. Mereka yang beriman

Adakah kita tergolong dalam golongan insan yang beriman? Mari kita telusiri sedikit pertanyaan yang diungkapkan untuk kita bermuhasabah sejenak. 

Kita percaya akan Allah. Tetapi di saat kita bermaksiat, kita melakukannya seolah-olah Allah SWT tidak pernah wujud, melihat apa yang kita lakukan. Betul tak?

Kita percaya akan malaikat. Tetapi di saat kita melakukan maksiat, kita melakukannya seolah-olah tiada malaikat yang akan mencatat segala amal perbuatan kita. Betul tak?

Kita percaya akan kitab-kitab Allah. Tetapi bilakah kali terakhir kita membacanya, kemudian kita menghayatinya, kemudian kita berhukum dengannya, kemudian kita menyampaikannya? Atau kita kata kita percaya, tetapi dalam diam kita membenci kitab Allah itu sendiri. Betul tak?

Kita percaya akan nabi-nabi dan para rasul. Tetapi sunnah-sunnah mereka hampir tidak ada yang kita ikuti. Bahkan, kita kadang-kadang malu untuk mengakui yang kita telah melakukan sunnah-sunnah seperti dakwah, solat berjemaah, tahajjud, membaca al-Quran dan sebagainya. Betul tak?

Kita percaya akan hari akhirat. Tetapi hakikatnya, kita mencari hidup di dunia seolah-olah dunia ini tidak pernah berakhir. Seolah-olah kita tidak akan dibangkitkan semula di hari pengadilan nanti. Betul tak?

Kita juga percaya akan qada’ dan qadar. Tetapi di saat kita merasai kejayaan, kita merasakan bahawa itu semua hasil dari penat jerih titik peluh kita semata-mata. Tidak ada sedikit pun campur tangan Allah di dalamnya. Manakala tatkala kita menempuhi kegagalan, sering kali kita menyalahkan takdir dengan mengatakan “Takdir tidak adil”, daripada menyalahkan diri kita sendiri kerana kita gagal. Betul tak?

Jika jawapannya “betul” lagi banyak. Maka muhasabahlah takat keimanan kita, dan mermujahadahlah untuk memperbaikinya dengan tarbiah.


2. Mereka yang beramal soleh

Mari kita review sedikit mengenai solat kita.

Berawal dari wudhu, adakah yang kita bersihkan itu terbatas hanya sekadar muka, tangan, kepala dan kaki? Atau secara keseluruhan, luar dan dalam, seperti hadis Muhammad SAW,
“Jika seseorang berwudhu’, maka ketika berkumur dosa-dosanya akan keluar dari mulut; lalu ketika membasuh muka, dosa-dosanya akan keluar dari kelopak mata; kemudian ketika dia membasuh tangannya, maka dosa-dosa pun akan keluar dari bahagian dalam kuku-kukunya. Ketika dia mengusap kepala, maka dosa-dosanya akan keluar dari kepala bahkan di bawah telinganya. Dan ketika dia membasuh kakinya, maka dosa-dosanya juga akan keluar dari kaki dan bahkan kuku-kuku kainya.” 

[HR an-Nasa’i dan Ibn Majah]

Ketika menghadap kiblat. Adakah hanya wajah kita sahaja yang menghadap kiblat, sementara hati kita tertutup? Adakah hanya wajah kita sahaja menghadap kiblat, bukannya dengan hati? Adakah hanya wajah kita sahaja menghadap kiblat, sedangkan hati kita berpaling? Maka ingatlah di saat kita menghadap kiblat, berusahalah untuk mengarahkan pandangan hati kita ke arah kiblat itu, bukan hanya sekadar wajah dan dada.

Amal soleh bukan hanya sekadar solat, tetapi semuanya. Baik ibadah-ibadah khusus, mahupun adat kebiasaan. Selagi mana ianya menepat syariat Allah dan disucikan dengan keikhlasan. Maka ianya adalah amal soleh.


3. Mereka yang berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran

Berwasiat dengan kebenaran, atau nama lainnya, dakwah. Merupakan antara pekerjaan yang paling tidak popular di era modenisasi dan sekularisme ini. Tetapi inilah salah satu perkerajaan yang mampu menyelamatkan diri insan itu dari kerugiaan. Tohmahan, cacian, fitnahan, cubaan, dugaan dan lain-lain, pasti mendatang kepada insan yang mahu melakukan kerja-keraja yang berbau dakwah ataupun berwasiat dengan kebenaran. Maka, Allah juga mengangkat martabat orang yang berwasiat dengan kesabaran. Kerana dalam menyampaikan kebenaran, kesabaran sangat diperlukan, kerana jalan yang ditempuhi oleh pembawa kebenaran adalah jalan yang di mana ramai manusia bukan sekadar diuji dengan hartanya, tetapi dengan nyawanya. Maka kesabaran adalah tunjang keteguhan.

Adakah kita insan yang rugi ataupun beruntung? Pilihlah ikut kemahuanmu, kerana Allah SWT sendiri tidak pernah memaksa kita untuk memilih yang baik, juga untuk kita memilah yang buruk.

Allah telah mengurniakan kita deria dan akal, agar kita mampu melihat, mendengar dan berfikir, yang mana satu kaca, yang mana satu berlian. Hanya insan-insan yang berakal sihat sahaja yang mampu menjumpainya. Namun tidak menafikan juga akan taufiq serta hidayah daripada Allah SWT.

Ingatlah kewajipanmu hidup di dunia ini bukan hanya sekadar bersuka ria dan mencari keseronokan, tetapi ada kewajipan yang lebih besar yang akan menempatkan kita sebagai insan yang beruntung. Hinggakan gunung sahaja boleh berkecai jika memikul tanggungjawab yang diberikan kepada kita. Perjalanan kehidupan kita mungkin masih panjang dan jauh, tetapi itu tidak bermakna ianya masih lama.



“mencari semula keimanan”
Khir al-imtiaz
1607 hours
27-03-2011

Thursday, 24 March 2011

Nilai Sebuah Keikhlasan

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Alllah, Rabb semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku..”
[QS Al-An’am, 6:162-163]

***

Ikhlas. Sebuah perkataan yang sangat mudah diungkapkan dengan lidah. Namun terkadang terasa amat berat untuk mengimplementasikannya. Sebuah kata yang sangat ringkas. Tetapi mempunyai maksud yang sangat mendasar hingga kita jarang dapat mendalaminya.

 Saya yakin, ramai sahaja di antara kita yang masih keliru, bahkan tercari-cari akan makna keikhlasan yang sebenar. Keikhlasan yang dikatakan akan mendatangkan kebahagiaan. Manakala, ketiadaan keikhlasan dikatakan mampu menyebabkan segala amal kita tidak ada maknanya. Maka, kita dapat lihat betapa ramai manusia yang keluar dari jalan tarbiyah hanya kerana mengatakan di mereka tidak ikhlas dalam berbuat. Apa sebenarnya hakikat keikhlasan yang perlu kita tahu?


Definisi ikhlas


Ikhlas didefinisikan sebagai murni, bersih, suci atau kosong.

Ikhlas dapat dimaksudkan dengan menghalakan segala ucapan, perbuatan, diam, bergerak, yang dirahsiakan, yang ditampakkan, hidup atau mati, berorientasikan hanya untuk redha Allah semata-mata.

Ikhlas ialah mengkhususkan tujuan semua perbuatan hanya untuk Allah semata-mata.

Ikhlas adalah melupakan pandangan manusia, sehinggakan kita hanya melihat Sang Pencipta sahaja.

Ikhlas ialah tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang, namun berharapa agar mendapat saksi dari Allah semata-mata.

Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hamba-Nya. Ia tidak diketahui oleh malaikat, sehingga dia tidak mempunyai kuasa untuk menuliskannya. Tidak pula diketahui oleh syaitan, sehingga dia tidak mampu merosakkannya.

Itulah ikhlas. Kunci kepada amalan hati. Semua amal soleh tidak akan sempurna tanpa dilandasi keikhlasan.

Wednesday, 23 March 2011

Jagalah Lisanmu



“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya”
[QS al-Isra’, 17:36]

***

Perkataan seseorang tidak akan berguna jika ia mengucapkan perkataan yang sia-sia. Sebaliknya, ia hanya akan berguna dan terjaga apabila hanya mengharapkan keuntungan dan peningkatan dalam agamanya. Jika seseorang itu ingin mengatakan sesuatu, maka dia akan melihat, apakah dalam perkataannya itu mengandungi kebaikan dan faedah atau tidak. Jika dalam perkataannya tidak mengandung manfaat, maka ia akan menahan ucapannya itu.


Jika kita ingin mengutarakan apa yang ada di dalam hati kita, maka ungkapkanlah dengan lisan. Kerana, lisan akan mengungkapkan segala apa yang ada di dalam hati, baik ia menginginkan sesuatu atau atau ia menolak sesuatu.

Yahya bin Mu’adz berkata,
“Hati bagaikan periuk yang mendidih kerana apa yang ada di dalamnya dan lisan adalah gayungnya. Lihatlah seseorang ketika ia berbicara kerana sesungguhnya lisannya yang akan mencedok segala apa yang ada dalam hatinya; dari yang manis, yang asam, yang tawar, yang masin atau yang lainnya, dan akan menjelaskan kepadamu segala cita rasa yang ia inginkan dengan perantara lisannya.”
Selalunya, kita akan merasakan makanan yang ada di dalam bekas dengan lisan kita, maka barulah pengetahuan akan makanan itu akan diketahui dengan hakikat yang sebenarnya. Begitu juga dengan cita rasa yang ada di dalam hati seseorang. Ianya hanya dapat diketahui melalui lisannya.

Muhammad SAW pernah ditanya mengenai sesuatu yang menjadi penyebab utama dimasukkannya manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab:
“Mulut dan kemaluan.”  
[HR Ahmad, Ibn Majah, dan at-Tirmidzi]
Mu’adz juga pernah bertanya kepada Muhammad SAW tentang perbuatan yang dapat memasukkan seseorang ke dalam syurga dan menjauhkan dari neraka. Muhammad SAW pun memberitahukan pokok perkara dalam islam dan puncak tertingginya. Baginda bersabda:
“Mahukah engkau aku beritahu tentang perkara yang boleh menjaga hal tersebut?”
Mu’adz menjawab,
“Mahu, Ya Rasulullah”
Kemudian Muhammad SAW memegang lisannya seraya bersabda,
“Jagalah oleh mu ini (lisan)” 
Mu’adz bertanya,
“Bukankah kita akan dimintai pertanggungjawaban dari segala apa yang kita katakan?”
Muhammad SAW menjawab,
“Celakalah engkau wahai wahai Mu’adz! Bukankah yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka dengan wajah tersungkur adalah akibat lidah mereka? 
[HR at-Tirmidzi]
+++

Namun secara realitinya, ramai di antara kita yang lebih mudah untuk menjaga dirinya daripada memakan sesuatu yang haram, berbuat zalim, berzina, mencuri, meminum khamar, memandang sesatu yang diharamkan dan sebagainya. Tetapi, sangatlah amat payah untuk kita menjaga lidah kita. Bahkan, seseorang yang terkenal dengan agamanya, ibadahnya, dan kezuhudannya, boleh sahaja mengatakan perkataan yang dapat mendatangkan kemurkaan Allah. Dan lebih malang laig jika dia tidak merasakan bahawa perkataannya itu tercela. Dia mengatakan satu ucapan yang ucapan itu jauh antara timur dan barat.


Berapa ramai pula manusia yang mampu menjaga diri dari kekejian dan kezaliman, namun lidahnya berdusta dengan kedustaan yang mencapai puncaknya. Sampai-sampai dia tidak peduli dengan apa yang dia katakan. Jika kita ingin mengetahui hal apa itu, lihatlah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam shahihnya dari hadits Jundub bin Abdullah. Muhammad SAW bersabda:
“Seseorang berkata, ‘Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si Fulan,’ maka Allah berfirman, ‘Barang siapa yang bersumpah kepada-Ku bahawa aku tidak akan mengampun si Fulan, sesungguhnya Aku telah mengampuni si Fulan dan Aku akan menghapuskan segala amal perbuatanmu."
Nauzubillah min dzalik. Inilah gambaran seseorang yang mungkin ibadahnya sangat hebat kepada Allah dengan melakukan apa sahaja yang dikehendaki Allah, namun hanya dengan satu kata sahaja, seluruh amal perbuatannya terhapus kerana perkataannya.

Perkara seperti ini ditegaskan dalam hadits Abu Hurairah, Abu Hurairah berkata, 
“Bicaralah hanya dengan satu ucapan, maka apa yang kamu usahakan di dunia dan akhirat semuanya akan musnah.”
Di dalam Shahihain dari hadits Abu Hurairah dari Muhammad SAW, baginda bersabda:
“Sesungguhnya seorang hamba yang mengatakan satu perkataan dari apa yang Allah redha kemudian dia tidak menghiraukannya, maka Allah akan mengangkat darjatnya. Dan sesungguhnya seorang hamba dengan mengatakan satu perkataan yang dapat mendatangkan kemurkaan Allah kemudian dia tidak memikirkan akibatnya, maka dia akan dilempar ke dalam jahannam.”  
[HR Bukhari]
Imam at-Tirmidzi juga menyebutkan dengan sanad yang shahih dari Muhammad SAW:

“Di antara tanda-tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi dirinya” 
[HR Muslim dan at-Tirmidzi]
Di dalam hadits lain juga ditegaskan:
“Apabila seseorang bangun di waktu pagi, maka sesungghunya anggota badannya itu tunduk kepada lisannya. Anggota badan itu berkata kepada lisan : takutlah engkau kepada Allah dalam menjaga hak-hak kami, kerana sesungguhnya kami akan mengikutimu, jika kamu sitiqomah (dalam ketaqwaan) maka kami juga akan istiqomah, namun jika kamu berbelok maka kami juga akan berbelok.”
Maka, marilah kita sama-sama memerhatikan semula, apa yang mahu dikatakan oleh lidah kita. Agar segala yang keluar itu bukan sahaja bermanfaat untuk diri insan yang sedang mendengarnya, tetapi yang penting adalah setiap kata-kata kita itu akan bermanfaat dan menjadi peringatan untuk diri kita sendiri.


Lidah adalah senjata yang sangat berbahaya. Namun kita kena ingat bahawa sesuatu yang berbahaya itu jika kita mampu mengawalnya dengan benar, iaitu dengan tatacara Islam, maka ia akan menjadi satu senjata yang sangat hebat dalam memberikan manfaat untuk Islam itu sendiri, dan kepada pemiliknya.

Ingat kembali pesan Allah kepada kita,

“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya” 
[QS al-Isra’, 17:36]

Wa Allahu ‘Alam

p/s: bukan nak menghalang para dai'e dari berkata-kata, cuma mengharapkan agar kata-kata kita selepas ini lebih bernadakan Islam dengan hujah, agar kita tidak rugi dengan penat lelah kita berkata-kata... =)


"sabar"
khir al-imtiaz 
0613pm 
23-03-2011

Sunday, 20 March 2011

Agar Kedua Tangan Tetap Mengadah ke Langit


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan otrang yang mendoa apabila dia berdoa kepada ku”

[QS al-Baqarah, 2:186]


Ibadah Yang Terindah

Ibnul Qayyim mengatakan,

“Sesungguhnya di dalam hati terdapat satu sobekan yang tidak boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah ‘Azza Wajalla.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah ‘Azza Wajalla dan ketulusan berinteraksi berinteraksi dengan-Nya. Pun di dalam hati terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegellisahan itu menuju Allah. Ada juga gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perinttah, larangan dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.

Di dalam hati juga terdapat tuntutan yang kuat tidak akan berhenti sebelum Allah menjadi satu-satunya tujuan. Di dalamnya pun ada keperluan yang tidak akan terpenuhi kecuali oleh kecintaan kepada Allah ‘Azza Wajalla, mengingat-Nya terus menerus, serta keikhlasan penuh kepada-Nya, Bahkan jika hati ini diberi dunia beserta segala isinya, keperluan tersebut tetap tidak akan terpenuhi.”



Saturday, 19 March 2011

Bukalah Matamu Menuju Perubahan



"Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik."
[QS Ali Imran, 3:110]

***
Sejarah


Islam merupakan satu agama yang hebat. Kehadiran islam yang disambung perjuangannya oleh Muhammad SAW dan para pengikutnya telah berjaya merubah satu tamadun yang merupakan antara terteruk di dunia, hinggakan kuasa-kuasa besar yang sangat berpengaruh ketika itu, Romawi dan Parsi, tidak pernah menyangkakan bahawa akan wujudnya kebangkitan dari padang pasir yang terkenal dengan penipuan, penzinaan, berperang sesama sendiri itu, akhirnya bukan sekadar bangkit, bahkan menawan mereka.

Bukan sekadar itu, tamadun yang dibina berasaskan ketauhidan tuhan Yang Satu ini telah berjaya menguasai hampir 2/3 dunia. Bermula dari ufuk Sepanyol di Eropah mencecah ke ufuk Timur di China bahkan tertempias juga di Alam Melayu.

Tetapi, itu hanyalah berkisarkan di arena sejarah. Hanya ilusi jika dilihat pada pandangan mata hari ini. Kerana manusia lebih mudah terkesan dengan sesuatu yang dapat dilihat, daripada hanya sekadar fakta sejarah.


Realiti

Mari kita lihat dunia hari ini, umat islam hari ini, spesifikya di Malaysia.

Bangsa Melayu, yang secara kasarnya hampir kesemuanya daripada bangsa ini islam, mendominasi terlalu banyak carta yang terdapat di dalam negara, bahkan di peringkat antarabangsa.

Jika ditanyakan siapa juara dalam rempit? Nescaya jawapannya adalah, Melayu yang agamanya Islam.

Jika ditanyakan siapa juara dalam vandalisme? Nescaya jawapannya adalah, Melayu yang agamanya Islam.

Jika ditanyakan siapa juara dalam keciciran dalam bidang pendidikan? Nescaya jawapannya adalah, Melayu yang agamanya Islam.

Begitu juga kesnya dalam kemunduran dalam ekonomi, pelacuran, pergaduhan, muflis dan sebagainya.

Ya. Mungkin kita boleh mengatakan bahawa, 


"Memanglah macam itu trend yang kita nampak. Dah Malaysia ni majoritinya melayu."

Baik, mari kita lihat di Singapura dan Indonesia. Saya yakin, kes yang sama juga teraplikasi kepada Melayu Islam di sana?

Awal bulan Januari lalu saya pergi ke Bandung, Indonesia. Dikhabarkan oleh ikhwah di sana, bahawa populasi masyarakat cina di Indonesia cuma lebih kurang 5%. Tetapi, mereka menguasai ekonomi Indonesia sebanyak hampir 98%! Realiti atau ilusi?

Seorang pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Khaidir Ismail melaporkan dalam kajian yang dijalankan terhadap seramai 887 orang perempuan, hanya satu sahaja daripada keseluruhan jumlah itu yang menyatakan bahawa dia tidak pernah berzina! Dalam satu kajian yang lain, 92.5 peratus dari jumlah responden mengatakan diri mereka berzina itu bukan atas dasar terpaksa, tetapi sukarela! Inilah perangai yang ditampilkan oleh kebanyakan golongan intelek hari ini. Maka cuba kita bayangkan golongan yang hanya berpendidikan SPM, atau lebih bawah dari itu. Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Inikah Islam?

Sepanjang musim Piala Dunia 2010 yang lepas. Satu lagi fenomena yang ditunjukkan oleh NEGARA ISLAM MALAYSIA ini yang mungkin boleh membuatkan kita merasa bangga iaitu, dilaporkan pada 19 Julai 2010, sebanyak 290 serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa, dan hasil tangkapan dari serbuan perjudian itu membawakan hasil sebanyak RM417.7 juta! Huh.. Inikah Islam?

Maaf, ini baru yang dinamakan yang berjaya diserbu oleh pihak berkuasa. Macam mana pula yang tidak dapat diserbu? Macam mana pula dengan konsep 'perjudian halal' seperti di kasino di Pahang atau lain-lain?  Yang diserbu itu cuma 'perjudia haram' sahaja. Macam mana pula jika yang berlaku tidak rasmi seperti di kilang-kilang, kedai kopi, dan sekolah-sekolah antara pelajar-pelajar, di televisyen, SMS dan lain-lain? Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Inikah Islam?

Antara kes terbaru yang dilaporkan dari Putrajaya, pada 3 Mac 2011, purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009. Menurut beliau, statistik perceraian itu terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda. Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Inikah Islam?


Keliru? 

Maaf. Adakah mereka semua yang terlibat dengan masalah-masalah yang saya sebutkan tadi itu tidak tahu bahawa benda yang mereka buat itu berdosa, atau minima, salah dari segi moraliti. Mana ada agama yang mengagungkan zina, judi, perceraian dan penipuan, melainkan agama (cara hidup) hawa nafsu.

Masyarakat lebih mengambil berat akan tarikh Tahun Baru berbanding Maal Hijrah, Hari Valentine berbanding Maulidur rasul.

Kaum-kaum wanita menagisi insan yang tidak dikenali kerana terkeluar dari program realiti TV, kaum-kaum lekainya pula khayal bersama dunia nafsunya.


Para penuntut ilmunya terjumud pemikirannya dalam menuntut ilmu semata-mata mengharapkan ijazah yang akan memberinya kesejahteraan hidup berbanding bergantung harap kepada tawakal kepada Allah. 
Majalah hiburan dan gosip artis menjadi topik utama perbincangan berbanding al-Qur'an dan sirah perjuangan para pejuang Islam.


Dambakan ketenangan

Semua manusia mendambakan ketenangan. Tetapi sayangnya, mata kita dikaburkan dengan ketenangan yang hakiki oleh musuh-musuh islam.

Kita diperkenalkan sejak dari kecil bahawa, KESERONOKAN itu akan melahirkan ketenangan. Dipampangkan dalam akhbar akan tenangnya berasuah. Dipampangkan di TV akan tenangnya zina sebelum nikah. Dipampangkan di TV juga akan tenangnya apabila melepak di kelab malam dan berlumba motor atau kereta.

Tetapi, hakikat sebenarnya, KESERONOKAN hanya akan mendatangkan kegelisahan. Contohnya, mana mungkin seseorang akan tenang setelah zina, dengan ketakutan akan kehamilan, AIDS, ditangkap dan lain-lain. Mana mungkin seseorang yang seronok berjudi akan tenang selepas perjudian dikeranakan takut akan datangnya along memburu hutang dan kehabisan wang kerana kalah.

Tidak! Kerana KESERONOKAN tidak pernah akan mendatangkan ketenangan tetapi, KETENANGAN itulah yang akan mendatangkan keseronokan.

Dan formula untuk mendapatkan ketenangan yang diajarkan oleh Pencipta manusia itu sendiri terkandung sejak lama lagi di dalam al-Quran, tetapi telah dilupakan oleh kebanyakan masyarakat hari ini.

"(Iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram"
[QS ar-Ra'd, 13:28]
Persoalannya sekarang, berapa ramai di antara kita yang mengamalkan formula yang diajarkan oleh Allah kepada orang-orang mu'min ini? Minima, tanya pada diri kita sendiri.


Inilah salah satu dari pelbagai kejayaan yang telah berjaya dicapai oleh musuh-musuh islam. Menjauhkan orang islam dari sumber kekuatan mereka iaini al-Quran, dan kemudiannya memperkenalkan apa yang namanya game, couple, hiburan dan lain-lain yang berpaksikan hawa nafsu semata-mata.

Muhammad SAW pernah berpesan,
"Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah ditimpa oleh umat-umat terdahulu: berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu-menipu dalam merebut harta dunia, saling marah, hasut-menghasut sampai menzalimi satu sama lain"
[HR al-Hakim]
Dan pesan Muhammad SAW lagi,
"Kamu akan mengikuti jejak lagkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demin sehasta, sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, kamu akan mengikuti mereka" 
Sahabat bertanya, "Yahudi dan Nasrani?" 
"Siapa lagi?"
***
Sekadar Renungan

Cuba kita lihat ke dalam diri kita. Dan kemudiannya mengimbau kembali segala amal atau perbuatan yang pernah kita lakukan, karat-karat seperti couple, meninggalkan solat, pukul orang, menengking ibu bapa, dan lain-lain. Adakah kita layak untuk dikatakan sebagai penghuni syurga? Atau mungkin sahaja ada di antara kita yang sudah berfikiran,
"Alah, asalkan aku islam dah cukup. Nanti masuk surga gak. Cuma kat neraka lama siket lah."

Nauzubillah min zalik.

Layakkah kita untuk ke syurga? Nak tahu layak atau tidak, cuba kita jawab dahulu antara pertanyaan yang pasti akan ditanyakan pada saat di mana tidak ada lagi jual beli dan perniagaan, akhirat.

Apabila manusia sudah berhimpun di hadapan Allah SWT, maka setiap orang akan ditanya tentang lima perkara sebagaimana yang diterangkan oleh sebuah hadis
عن ابن مسعود عن النبي (ص) : قال لا تزول قدما ابن أدم يوم القيامة من عند ربه حتى يسئل عن خمس : عن عمره فيما أفناه ؟ و عن ششبابه فيما أبلاه وعن ماله من أين اكتسبه وفيم أنفقه ؟ وماذا عمل فيما علم ؟ 
Maksudnya : Daripada Ibnu Mas’ud daripada Nabi Saw bersabda : Tidak berganjak kaki anak Adam berdiri di hadapan Allah pada hari Qimat sehinggalah dia ditanya tentang lima perkara iaitu umurnya bagaimana ia dihabiskan, waktu mudanya bagaimana digunakan, hartanya bagaimana diperolehi dan bagaimana pula harta itu dibelanjakan dan ilmunya apakah ia telah amalkan ? 
Saya akan membahaskan sedikit tentang dua soalan pertama sahaja.

1- Umurnya bagaimana ia dihabiskan

Adakah jawapan yang kita hendak utarakan nanti ialah,
"Lahir, sekolah, IPT, kerja, kahwin, tua, lepas itu mati." 
Sama sahaja dengan yang agamanya bukan islam?

Atau,
"Penuh dengan jihad menentang hawa nafsu untuk berbuat di jalan Allah, amal ibadah, kerja-kerja dakwah dan lain-lain yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu"
Tepuk dada, tanyakan iman di dada. yang mana kita prefer.


2- Waktu mudanya bagaimana digunakan?

Satu pertanyaan yang sangat spesifik. Waktu muda.

Maka adakah jawapan kita nanti adalah,
"Game, movie, study hingga tinggalkan hak-hak aku terhadap Allah, couple, rokok, rempit, zina, minum arak, having fun semata-mata"
 Atau,
"Penuh dengan air mata menangis di saat bersama-Mu di dalam tahajjud, berperang dengan jiwa dan nafsu kerana ditolak dalam berdakwah, letih kudratku dalam beramal mendekatkan diri kepada-Mu"
Jadi, boleh lah kita fikir sejenak. Agak-agak lepas tak interview kita dengan Allah nanti?

Jika jawapannya tidak, maka solusinya,

Mulakan lah perubahan dari dalam dirimu dengan taubat. Bersihkan semuanya. Dan dekatkan diri kita semula dengan Allah. Bina semula bangunan iman dalam diri kita, dengan dakwah dan tarbiah. Bukan hanya sekadar berislam.
***

Urgensi dakwah

Dakwah. Satu perkataan yang boleh dilabelkan sebagai satu pekerjaan yang ekstrim oleh kebanyakan masyarakat sekarang. Apabila di sebut sahaja dakwah, maka mula dah terbayangkan bayangan-bayangan seperti serban, sejadah, usrah, 'keluar', miskin dan sebagainya.

Satu budaya yang pernah menjadi satu keaiban pada suatu masa dahulu (zaman awal-awal keislaman) jika ditinggalkan, tetapi menjadi satu perkara yang normal pada mata masyarakat sekarang. Ini lagi satu kejayaan musuh-musuh islam. Menjadikan kita takut dengan identiti agama kita sendiri.

Maaf. Islam itu tidak akan tersbar hanya kerana Muhammad SAW dan pengikutnya memakai serban. Islam itu tidak akan pernah menguasai dunia hanay kerana Muhammad SAW dan pengikutnya memakai jubah. Tetapi, Islam itu tersebar dan menjadi guru seluruh alam selama hampir 800 tahun keran kerja DAKWAH dan TARBIAH yang benar.



Gambar hiasan
Dakwah dapat diertikan sebagai mengajak atau menyeru. Mengajak ke arah kebaikan, atau keburukan.

"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman; dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Mereka mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran."
[QS al-Baqarah, 2:221]

Cuba kita perhatikan perkataan "mengajak" dalam bahasa melayu itu, jika digantikan dengan perkataan arabnya, maka kita akan dapatkan yad'una, perkataan yang berakarkan perkataan da'a atau secara umumnya dakwah.

Dakwah atau proses pengajakan ini terbahagi kepada dua jenis jenis, seperti yang difirmankan dalam ayat di atas iaitu:

1- Mengajak ke neraka.
2- Mengajak ke syurga.


Dan, seperti yang kita semua sudah sepakati, destinasi akhir kehidupan sebagai seorang yang mengatakan diri mereka beriman pasti mahukan syurga yang sangat mahal harganya. Maka, 'mengajak ke neraka' pastinya bukan pilihan yang terbaik.

Itulah secara ringkasnya definisi dakwah yang saya dapat kongsikan.


Mengapa perlu berdakwah?

1- Besarnya pahala para da'ie

Carilah peluang untuk kita berbuat kebaikan, dan mencegah kemungkaran, kerana apa? Kerana itulah perniagaan yang sangat besar nilainya.

Perniagaan yang mana hasilnya hanya akan terzahir di akhirat kelak.
"Barangsiapa yang menyeru kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi dari pahala-pahala mereka itu sedikti pun"
[HR Muslim]

Jika kita mampu berdakwah kepada satu orang sahaja, hingga dengan perjuanganmu itu, dia mampu menempuh jalan hidayah dan beristiqomah di dalamnya,


"Yakinlah, sekalipun engkau tidur di saat dia solat malam: engkau berbuka di saat dia berpuasa; engkau tinggal di rumah di saat dia berhaji; dan engkau tidak turut bergabung di saat dia berjihad di jalan Allah, pahalanya tetap mengalir untukmu, sebanding dengan pahala orang itu, tanpa dikurangi sedikit pun. Bagaimana lagi jika engkau berhasil membimbing manusia lebih dari satu orang? bagaimana jika lenih dari sepulah? Sungguh engkau akan mendapatkan berlipat-lipat pahala" 
- Abdul Malik Al-Qasim


 2- Manusia menantikan dakwahmu


Ya. Manusia pada zaman ini telah mencapai takat kegemilangan dari segi material, tetapi mereka sebenarnya kehausan akan kebenaran. Ramai di antara mereka yang hidupnya seperti robot. Terikat dan merasa selesa dengan sistem yang telah direka oleh musuh-musuh Islam.


Mampu mendeteksi atom, menyelam ke dasar lautan, menjelajah ke angkasa lepas, menyingkap rahsia langit dan fenomena alam, bahkan masih lagi berkembang luas tahap kemajuan material masyarakat kita. 



Namun, seiring dengan kemajuan material itu adalah hidup yang penuh dengan kegelisahan, kesedihan, gundah gulana, penyakit jiwa, keruntuhan akhlak, dan pelbagai masalah sosial yang lain. Sedangkan kejujuran dan nilai-nila murni hanyalah terdapat di alam fantasi semata-mata. Kerana apa?



Kerana nikmat-mikmat yang diberikan Allah hanya akan terasa keindahannya apabila kembali berpaksikan keimanan. Mereka hidup dengan ketiadaan tujuan hidup tanpa aqidah dan agama yang benar. Hidupnya seperti binatang ternak, sekadar untuk makan, minum, menikah, mengembang biak, tanpa pernah memikirkan nasibnya setelah mati.


Inilah budaya materialime yang perlu disucikan kembali dengan dakwah dan tarbiah yang benar. Jika Muhammad SAW berjaya membuka mata masyarakat yang terlena di dalam kegelapan, maka kenapa kita tidak mampu untuk membuka mata insan-insan yang terlena di dalam cahaya Ilahi ini?



Mulakanlah perubahan


Hari ini mungkin kita mendengar kisah jahil mengenai orang lain. Tetapi esok lusa mungkin kita akan mendengar kisah jahil itu berlaku dalam kalangan saudara-mara kita. Esok lusa mungkin adik-beradik kita pula. Bahkan tidak mustahil suatu saat nanti, mungkin terjebak kepada anak-anak kita. Makanya, perubahan itu perlu dilaksanaka sekarang juga. 

Oleh siapa? Oleh setiap diri kita yang bergelar muslim.


Mulakanlah perubahan dalm masyarakt kita, bermula dengan diri kita sendiri.

Keluarlah dari zon 'selesa' yang membawa ke neraka ini, kepada zon yang 'tidak popular' di kalangan manusia, iaitu zon dakwah dan tarbiah.

Bersama kita lahirkan semula generasi Rabbani yang pernah menguasai dunia seperti masa dahulu bahkan lebih hebat, yang pernah menjadi pusat rujukan daripada tamadun-tamadun lain.

Mustahil? Tidak!

Kerana janji Allah bahawa dunia ini akan diwarisi oleh mereka-mereka yang beriman. Cuma, kenapa kita tidak menguasainya sekarang? Kerana musuh-musuh islam itu lebih berusaha keras untuk mendapatkan dunia. Dan kita pada hari ini masih terbuai mimpi enak di dalam cahaya Islam dengan sisi-sisi yang sangat lemah dari segi keimanan, ukhuwwah dan persenjataan.


"Tegakkanlah islam di dalam hati mu, nescaya ia akan tertegak di bumi mu"

Ayuh menuju ke arah perubahan!


"mencari semula rentak"
khir al-imtiaz
0344am

Wednesday, 16 March 2011

Destinasi Cinta



وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
[QS ar-Ruum, 30:21]

***
“Khir, pada pendapat kau, siapa budak perempuan dalam course kita yang sesuai untuk dijadikan pasangan?”  
“Untuk bawa ke syurga atau neraka destinasi akhirnya?”  
“Syurga lah.”
***
“Saya nak tanya pendapat abanglah. Apa yang di maksudkan dengan wanita solehah dan apa pula maksud lelaki yang soleh. Saya kelirulah.. Dan, bagaimana kita sebagai insan yang lemah ini untuk pulih daripada kekecewaan yang kita hadapi... Maaf lah. Banyak sangat soalan yang saya kemukakan.”
***

Fenomena Cinta?

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak persoalan mengenai cinta yang ditanyakan pada diri ini. Secara serius atau tidak. Macam-macam karenah, macam-macam ragam. Tetapi, secara konklusinya, ianya tetap berbalik ke arah satu destinasi. Iaitu destinasi cinta.


Seperti yang saya dah jelaskan dalam posting sebelum ini mengenai cinta iaitu Realisasi Cinta, maka sekarang mungkin saya akan mengspesifikkan skop cinta itu kepada perasaan yang dikatakan secara fitrahnya terwujud di antara lelaki dan perempuan.

“Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” 
[QS Ali ‘Imran, 3:14]

Sememangnya begitulah Allah ciptakan manusia. Penuh dengan keinginan atau bahasa islamiknya, hawa nafsu. Tetapi, adakah ituboleh dijadikan alasan di hadapan Allah kelak untuk kita membenarkan perbuatan itu (hawa nafsu)?

“Alah ustaz, biasalah, remaja. Penuh dengan gelora cinta”  
“Cinta kan fitrah manusia, takkan nak halang lak?”

Ya. Dengan manusia mungkin kita boleh berdalih, bahkan berdebat untuk membetulkan pendapat masing-masing. Kerana apabila kita bersekongkol dalam hal-hal yang maksiat, maka syaitan akan sentiasa mengilhami kita dengan pelbagai bentuk alasan untuk membenarkan perbuatan salah kita. Seperti dialog-dialog di atas.

Siapa syaitan itu?

“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.”  
[QS Al-An’am, 6:112]

Ha! Maksudnya di sini, syaitan-syaitan ini bukan setakat yang kita bayangkan iaitu yang wujud dalam entiti yang kita tidak nampak. Bahkan entiti yang kita nampak dan selalu bergaul denan kita sehari-hari, iaitu mungkin kawan-kawan kita, persekitaran dan lain-lain yang mana kerjanya sama sahaja dengan kerja syaitan. Iaitu membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia).


Promosi Cinta

Media merupakan satu medium yang sangat bernilai dan berkuasa dalam membentuk corak pemikiran atau mindset masyarakat. TV, surat khabar, majalah, buku-buku atau novel dan lain-lain. Kenapa saya cakap begitu?

Cuba kita lihat di TV. Banyak tak cerita tentang cinta? Huh, sangat banyak!

Dari yang berlatarbelakangkan ‘normal’ seperti Cinta Kolesterol, Remp-it, Bohsia, Jalang, Selamat Pagi Cinta dan lain-lain. Membawa kepada cerita-cerita lagenda seperti Romeo dan Juliet, Laila dan Majnun. Juga dalam cerita-cerita dongeng seperti Cinderella, Snow White dan yang terakhir, kononnya bertemakan islamik, Syurga Cinta, Assalamualaikum Cinta, Di Atas Sejadah Cinta dan lain-lain. Belum kita cerita tentang cerita Hindustan.. Hollywood.. Huh, sangat banyak.


Tetapi, berapa banyak pula cerita cinta yang menggambarkan atau berlatar belakangkan tema islamik yang sebenar? Maaf! Hampir tidak ada. Dan petanyaan saya seterusnya, adakah itu memang benar-benar bentuk cinta yang sebenar. Cinta yang diajarkan oleh Allah melalui lisan Muhammad SAW atau para rasul, ataupun itu semua hanya rekayarsa ‘mereka’ yang mahu membuatkan manusia percaya, bahawa cinta yang pegang-pegang tangan, dating sebelum nikah, having fun dahulu sebelum jadi baik pastu dapat perempuan soleh yang suci itulah cinta sebenar?

Maka mari kita lihat tugas-tugas syaitan pengikut iblis ini,

“Iblis berkata: Wahai Tuhanku, oleh sebab engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka”  
[QS al-Hijr, 15:39-40] 

Itulah tugas iblis, disambung oleh para syaitan baik dari jenis manusia atau jin. Membuat kita memandang indah perbuatan maksiat itu. Jelas Allah pesan dalam surah al-Isra’, 17 ayat ke-32;

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (lucah). Dan suatu jalan yang buruk” 
[QS al-Isra’, 17:32]
Tetapi hakikatnya pada hari ini, zina adalah suatu pekerjaan yang sangat indah, nikmat dan sebagainya. Manusia berani untuk berbangga jika mereka bercouple, tayang sana-sini, bahkan boleh bercerita tentang pengalaman ‘indah’ sedang berzina dengan pasangan mereka. Maaf! Tetapi inilah kenyataannya, antara topik perbualan utama di dalam kelas saya semasa di sekolah semua lelaki di Johor Bahru dahulu ialah, PEREMPUAN. Dan saya percaya ini merupakan fenomena biasa di semua sekolah pada masa ini, bahkan mungkin di sekolah rendah.

Dia ni dah pegang-pegang tangan, dah “ringan-ringan”, dah cium mulut, dah “ikat” dan macam-macam lah. Astaghfirullah al-‘Azim.

Inikah cinta yang diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya? Atau ini semua hanya nafsu semata-mata, yang bernaungkan nama cinta. Untuk menutup kekejian yang sebenar. Na’uzubillah min zalik.


Fitrah Cinta

Cinta itu adalah sesuatu yang membawa ke syurga.

Maka jika bukan syurga yang menjadi destinasi akhirnya, maka itu bukanlah cinta.

Islam hadir bukanlah untuk mengharamkan cinta. Kerana islam itu fitrah, dan cinta itu fitrah.


Hadirnya islam adalah untuk mengawal satu perasaan yang sangat suci ini, agar ianya tidak tercemar dengan jalur-jalur kehitaman nafsu.

Diharamkan zina, dihalalkan nikah.

“Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (bernikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” 
[QS an-Nuur, 24:32]
Cuma mungkin salah satu musibah yang kita hadapi sekarang ini ialah,

“Apabila zina lebih mudah daripada nikah”

Pesanan Cinta

1- Buat mereka yang sedang seronok bercinta melalui ikatan pernikahan

Ikhlaskan-lah cinta kalian semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Paksikanlah kecintaan antara kalian berasaskan keimanan. Maka bukan sekadar syurga di dunia yang kalian kecapi, bahkan bersama-sama di akhirat. Jadikan Allah dan Rasul-Nya adalah penyebab kenapa kalian akan tetap bersama.

2- Buat mereka yang sedang seronok bercinta di luar nikah

Tanyakan iman di dada. Adakah anda tulus ikhlas mencintai si dia? Jika ya dan anda benar-benar mencintai dia, maka adakah anda sanggup untuk melihat dia terjerumus ke jurang neraka kerana silap anda bercouple dengan dia? Dosa yang terkumpul hampir setiap nafas kerana sentiasa merindui anda berbanding Tuhannya, anda merosakkan imannya dengan perkara-perkara yang tidak halal baginya. Maka, lepaskanlah dia jika anda benar mencintai dia. Dan berdoalah agar dia bertemu dengan cinta kepada Allah agar syurga berada bersamanya. If you love somebody, let them free. Free to the heaven. Jika tidak mahu, maka bernikah lah, jika tidak mampu, maka berbalik kepada cadangan yang pertama, lepaskan. Dan sucikanlah cintamu kepada Allah dengan taubat.

3- Buat mereka yang merasa ingin bercinta

Jika ingin bercinta itu bermaksud ingin bernikah, maka teruskan, jangan pandang ke belakang. =)

Tetapi, jika bercouple atau lain-lain, maka lupakanlah. Ingin bercinta ini bermakna ingin membawa diri kita da diri pasangan kita ke syurga. Maka, adakah anda sudah bersedia untuk itu? Anda yakinlah dengan firman Allah,

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka. Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia.” 
[QS an-Nuur, 24:26]

Maka, jika kita mahukan pasangan yang mentarbiyah dirinya dengan al-Qur’an, menjaga hubungan dengan Allah dan manusia, mantap dari segi dakwah dan ibadah. Maka kita kenalah jadi seperti itu dulu.

4- Bagi mereka yang tidak pernah merasa ingin bercinta 

Salurkanlah cinta anda kepada Allah. Kerana seseorang itu akan bersama dengan apa yang dincintainya di akhirat nanti. Jika maksiat yang dicintainya, maka dia akan bersama dengan maksiat. Jika Allah adalah yang dicintainya, maka Allah-lah bersama dengannya kelak di akhirat. Insya-Allah.


Mahalnya Cinta

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”  
[QS ar-Ruum, 30:21]
Susunan yang telah ditetapkan oleh Allah itu sangat jelas di mana dia akan berkan kita pasangan dahulu, kemudian rasa cenderung, tenteram, kasih dan sayang.

Bukan seperti kebanyakan manusia pada hari ini, mencari sayang, kasih, tenteram, cenderung dan kemudiannya baru pasangan.


Indahnya Cinta

Allah akan berikan kita pasangan, bila tiba saat yang di mana kita benar-benar memerlukannya. Bukan di saat kita menghendakinya.

Maka, bersiaplah untuk bercinta dengan manusia dengan percintaan dengan Allah SWT.

Mantapkan akhiratmu, mantapkan duniamu.

Paksikan cintamu, atas dasar keimanan kepada Pemilik Cinta Yang Satu.



"ikhlaskan niatku!"
khir al-imtiaz
0747pm
16-03-2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++