Merasakan Hidup Tidak Bermakna?

Kehidupan adalah sesuatu yang abstrak dari kaca mata seseorang yang tidak tahu apa tujuan hidupnya. Kehidupan pula merupakan sesuatu yang sangat objektif bagi mereka yang tahu apa tujuan hidup mereka. 

Apabila merasakan hidup ini seolah-olah tiada makna, itu beerti dia tidak tahu apa sebenarnya tujuan hidupnya. Seperti kita membaca buku kimia, tetapi tidak tahu apa tujuan kita membacanya. Tiada siapa pula yang menerangkan kepada kita apa tujuan kita membaca. Maka kita akan merasakan benda itu sia-sia dan tiada makna, dan pasti kita akan meninggalkan pekerjaan tersebut kerana perkara itu tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupannya berbanding main games, bercouple atau stay up tengok movie yang for sure dapat memuaskan hawa nafsu dengan alasan release tension kononnya.



Mengapa hidup perlu ada tujuan? 

Segala yang berlaku itu pastilah ada tujuannya, tidak akan saja-saja ada. Sedangkan tahi di tepi jalan pun ada tujuan kenapa ia diciptakan di situ, inikan pula manusia yang semulia-mulia dan sebaik-baik ciptaan.

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ  
"Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam.." 
[QS Al-Isra', 17:70] 


لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." 
[QS At-Tin, 95:4]
Mustahillah bagi sesuatu yang dimuliakan Allah dan dicipta dengan baik dengan Allah, tetapi hidupnya tak ubah seperti sampah yang kita lihat mereka seolah tiada tujuan kenapa ia wujud, tetapi hakikatnya menyusahkan masyarakat sekitar.


Hidup kita tidak sia-sia

Perhatikanlah pesanan Allah kepada mereka yang mengimani dan menjadikan al-Quran sebagai pakaian dalam kehidupannya,

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ  
Apakah kamu mengira bahawasanya Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maha tinggi Allah Raja Yang Maha benar. Tiada sesembahan -yang benar- kecuali Dia, Rabb Yang memiliki Arsy yang mulia.”  
[QS al-Mu’minun, 23:115-116]

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ۚ ذَٰلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ 
"Tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di antara keduanya ini untuk kesia-siaan. Itu adalah persangkaan orang-orang kafir saja, maka celakalah orang-orang kafir itu kerana mereka akan masuk ke dalam neraka.”  
[QS Shaad, 38:27]

Carilah tujuan atau matlamat dalam hidup kita. Ayuh kita bersama-sama, menyusun kembali matlamat kehidupan kita berpaksikan untuk mencari keredaan Allah.

Apabila kita sudah bermatlamat, maka langkah seterusnya ialah menuju ke sana, perlu kita sama-sama sedar bahawa jalan untuk ke sana tidak mudah seperti yang kita dambakan. Kita perlu persiapkan diri kita dengan keimanan dan keislaman yang sempurna. Di sini terletaknya kepentingan tarbiyah dalam memastikan perkara itu sentiasa berkesinambungan. Tiada jalan lain selain jalan dakwah dan tarbiyah yang dapat menjanjikan kita dan keluarga kita untuk memelihara keimanan dan keislaman itu. 

"Kalau macam itu Ya Allah, kau matikanlah hamba-Mu ini. Aku hidup di dunia hanya untuk menyusahkan orang lain." 

Ingat semula pesan Rasulullah SAW kepada kita,

"Jangan sekali-kali seseorang diantara kamu mengharapkan kematian karena penderitaan yang dialaminya. Jika ia harus berbuat begitu, maka hendaklah ia mengucapkan, 'Ya Allah, hidupkanlah aku jika hidup itu lebih baik bagiku; dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku." 
[HR Bukhari dan Muslim] 
"Dan jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu mengharapkan kematian, karena kalau ia orang baik maka boleh jadi akan menambah kebaikannya; dan jika ia orang yang jelek maka boleh jadi ia akan bertaubat dengan tulus." 
[HR Bukhari] 
"Jangan sekali-kali salah seorang diantara kamu mengharapkan kematian dan jangan pula berdoa memohon kematian sebelum datang waktunya. Sesungguhnya kematian itu apabila datang kepada salah seorang di antara kamu maka putuslah amalnya, dan sesungguhnya tidak bertambah umur orang mukmin itu melainkan hanya menambah kebaikan baginya." 
[HR Muslim] 

+++

"ya ALLAH, aku bagai batu yang berselerak dipijak, tidak memberi apa-apa makna,"

Sekali lagi saya tegaskan, sedangkan tahi di tepi jalan pun ada tujuan kenapa ia diciptakan dan diletakkan di situ,  inikan manusia yang ada akal untuk berfikir mengenai Tuhannya.

"Aku harap benda ni dapat buat kau faham yang aku bukannya selalu gembira"

Nabi Muhammad pun pernah bersedih. Siap ada Tahun Kesedihan lagi. Sedih kerana kematian isterinya,Khadijah, pakciknya Abu Talib, penolakan dakwah di Taif dan lain-lain. Takkanlah kita nak sentiasa happy. Sedangkan kita tahu iman Nabi Muhammad itu sangat tinggi dan dia adalah kekasih Allah. 

Kita?

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ 
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”  
[QS al-‘Ankabut, 29:2-3] 




كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[QS al-Baqarah, 2:216]


"looking"
khir
11.40pm
13-December-2011

Comments

  1. hamdalah, sgguh b'makna post ni... smoga mnyuburkan ht yg lalai ni dgn titisan hidayahNya... syukran..=) erm ana mohon share ya...

    ReplyDelete
  2. camne bole sentiasa ada idea nak buat entry?? bagus betul.. semoga Allah berkati usaha nta.. macam nak masuk UTP pun ada.. nampak cam satu medium baik untuk menguatkan iman.. tapi peluang untuk masuk guna result trial da terlepas :(

    ReplyDelete
  3. dekatkan diri antum dengan Allah dengan menjaga keimanan dan ketaqwaan kerana idea itu milik Allah, segalanya milik Allah.. kemudian persiapkan dengan bacaan buku-buku dan turun sendiri ke medan dakwah..

    maka antum akan mendapatkan terlalu byk sebenarnya kisah yang boleh dikongsikan kepada penduduk dunia akan apa sebenarnya hakikat dakwah...

    ReplyDelete
  4. terima kasih, jakallahu khair.. tapi, persekitaran memainkan peranan tak?? ana dapati ana masa kat asrama lebih senang dekatkan diri dengan benda2 camni.. tapi masa kat sekola lama, tak pena terfikir pun.. kalau la ana tak masuk asrama agak2nye sampai skarang pun masih leka lagi. syukur Allah bukakan penglihatan ni.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..ya syeih,kt tmpt sy amat sukar nk jmpa rkn dlm berdakwah nie sehinggakn sy sndiri pn mkin jauh dariNya..cmna nk atasi??

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam,..

    hmm.. amat sukar, maknanya masih ada orang-orang yang baik.. so, kawanlah dgn mereka.. jgn kawan dgn yg teruk2 tu..

    masalah itu bukannya hanya di tempat saudara shj.. di mana2 mmg berlaku.. cuma, kita kena kuatkan diri kita agar tidak dimamah suasana.. kuatkan dgn apa? pastinya dgn ibadah dan amal soleh disertakan sekali usaha dakwah..

    sekarang ni, kitalah yg kena keluar dari keadaan dan membina suasana sekeliling, bermula dgn diri kita. jgn harap pada orang lain.. mereka tu tahu nak merosakkan kita shj.. 6:116.. tak boleh dalam kampus, cuba di luar kampus.. pasti ada insyaAllah.. yg penting usaha..

    boleh baca entri saya: http://mohamadkhirjohari.blogspot.com/2011/11/mengalirlah-jangan-membusuk.html

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.Syukran saudara Khir.Entry saudara dapat membuka hati saya untuk mendekatkan diri pada Allah

    ReplyDelete
  8. Sye selalu dimarahi ibu bapa saya... Mreka memarahi saye dengan perasaan bnci... Adakah hidup saye sudah x ermakna lagi??

    ReplyDelete
  9. boleh tolong jelaskn tentang tahi di tepi jalan?

    ReplyDelete
  10. Good do ak in hidup gue smoga gak ada penderitaan ya






    ReplyDelete
  11. Saya dalam dilema kerana belajar di universiti bagi saya tidak ada makna kepada diri saya. Saya dlm dlema patutkh sy berhenti belajar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tujuan kita belajar kerana ianya perintah Allah selain daripada ianya untuk memenuhi keperluan diri dan masyarakat. Hal yang besar nilainya biasanya pahit, tapi yakinlah dihujung nanti ada kemanisan.

      Delete
  12. saya seorang yg hampa dgn kehidupan

    ReplyDelete
  13. Terharu baca nya.. Ampuni saya ya allah..

    ReplyDelete
  14. Tq.. Kekadang rasa hina plak sbb terlampau sangat pikir negative.. Tq again sbb sdrkan saya yg ujian tu hanya layak kpd yg terpilih

    ReplyDelete
  15. Saya ada banyak impian, makin dikejar makin hilang.. Tapi saya tak berputus asa sampailah 1tahap saya hilang segala2nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup kita secara lumrah ada naik dan turun, kita cuma hilang segala-galanya apabila kita gagal memiliki syurga. Sesusah manapun kehidupan kita, moga sama-sama kita berusaha untuk memastikan kematian kita tetap selamat.

      Delete
  16. Entah kenapa tetiba tergerak hati nak buka baca tajuk ni..terasa kosong dah jiwa ni..banyak betul dugaan sye hadapi sampai sekarang sye dah putus asa rasanyer nk teruskan hidup..sepertinya dunia ini tak adil buat sye..xkn ada yg tahu apa sye rasekn saat ini dan prjalanan hidup sye..sungguh perit..semoga yg membaca pos sye ni teruskan perjuangan hidup kamu org ye..simpan di sini 23hb march 2022 sebgai kenangan..

    ReplyDelete
  17. Selagi kita hidup, itu tandanya masih ada peruntukan rezeki dari Allah untuk kita. Mudah-mudahkan urusan tuan/puan sentiasa diberkahi dan dibantu oleh Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran