بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Tuesday, 30 August 2011

Selamat Menjaga Ketakwaan

Pantas. Sekejap. Itu sahajalah kata-kata yang mampu saya gambarkan untuk Ramadhan kali ini. 

Adakah saya telah gunakan ia dengan sebaik mungkin? 

Entahlah. Harapnya ya.. 

Takbir raya mula bergema di masjid-masjid dan surau-surau.. 

Alhamdulillah. Seisi alam mula meraikan hari kemenangan dengan mensucikan dan memuji Allah SWT. Indah.

Tetapi, adakah benar kita sudah menang?

Ya. Kita sudah menang. Tetapi, ini baru 1/12 perjalanan.

Masih terlalu awal..

Ada lagi lebih 95% perjalanan yang perlu kita tempuhi untuk membuktikan sama ada Ramadhan yang kita lalui sebentar tadi berjaya atau tidak..


Kita mungkin sudah menang dengan nafsu kita kerana kita mampu beribadah kepada Allah dengan sempurna. Mutabaah hampir semuanya penuh. 

Tetapi, adakah perkara yang sama akan tetap kekal atau bertambaik baik mulai saat ini? 

Itu yang perlu kita sama-sama tanyakan pada diri kita sekarang. 

Jika masa Ramadhan kamu belajar menggunakan tudung bagi yang perempuan, adakah itu akan kekal sampai ke akhir hayat? 

Jika masa Ramadhan kita mula belajar untuk beriktikaf dan membaca Al-Quran satu juzuk sehari, adakah itu akan kekal atau hanya menjadi sebahagian daripada kenangan manis? 

Jika masa Ramadhan kita mampu bangun pagi untuk sahur tanpa pernah tertinggal. Buat segala jenis persiapan untuk bangun sahur. Menangis jika tertinggal sahur. Adakah lepas ini kita akan menangis juga jika tertinggal apa yang namanya tahajjud? 

Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar dia mengekalkan kita hidup dalam keadaan bernaungkan keimanan dan ketakwaan. Kerana itulah target hasil akhir daripada Ramadhan. 

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" 
[QS Al-Baqarah, 2:183]

Amin.

Sudah bertemukah aku dengan fitrahku?


Hati-hati ketika bergembira

Di saat kita sedang bergembira untuk menyambut hari kita kembali kepada fitrah kita, iaitu beriman dan bertakwa kepada Allah dengan sempurna. 

Jangan pernah kita lupa bahawa ada sahaja “pihak-pihak” yang sentiasa menunggu ruang dan peluang untuk merosakkan fitrah yang suci itu. 

Maka bersiaplah dengan persiapan yang rapi untuk berperang.

Baik dari segi mental iaitu keinginan yang sangat kuat.

Juga dari sudut praktikal iaitu dari segi kedekatan kita dengan Allah. 

Lazimi masa kita dengan bacaan Al-Quran di saat orang mula bercerita mengenai hal dunia yang tidak akan pernah berkesudahan. 

Pencilkan diri kita untuk kekalkan ibadah tahajjud dan Dhuha atau ajak sahaja siapa-siapa yang kita rasa ok, itu lebih baik. 

Gunakan peluang yang ada ini untuk kita memperkenalkan Islam kepada keluarga kita, saudara mara, kawan-kawan, musuh-musuh dan sebagainya. 

Ingat!!! Kita beribadah, jadi baik, tidak bermaksiat bukan kerana Ramadhan ataupun Lailatul Qadar.. 

Tetapi kerana Allah semata-mata. Kerana mahu menjadi hamba yang bersyukur dan hamba yang bertakwa..

Inilah medan yang sebenarnya!!!

Peperangan sebenar sudah bermula.

Kesan berjayanya sesuatu program itu bukan sahaja dilihat ketika mana program itu sedang berlangsung, tetapi yang paling utama ialah selepas program itu tamat. 

Adakah madrasah Ramadhan yang sepatutnya mengajar kita erti ketakwaan ini mampu akhirnya membawa kita ke syurga. Dan mampu membuatkan kita dan keluarga kita sama-sama berpimpinan tangan menuju syurga atau sebaliknya? 

Inilah masanya..

لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
“..agar kamu bertakwa” 
[QS Al-Baqarah, 2:183] 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.. 


Selamat Menjaga Ketakwaan..

"yakin!"
khir al-imtiaz
12.23am
30-8-2011

2 comments:

  1. Assalamu'Alaikum..
    peringatan yang sangat baik
    tetapi ada satu benda yang sangat ingin saya kongsikan...
    perkara yang mungkin remeh di mata dunia.. tetapi agak besar sebagai bukti kecintaan kita pada Rasulullah,yang berjaya menyebarkan Islam sehingga akhirnya sampai di hati kita.. subhanallah.. besar sungguh pengorbanan baginda..

    apa yang saya ingin kongsikan ialah kekesalan saya pada pemakaian seorang muslim.. kali ini bukan kerana tidak menutup aurat.. tetapi masalah pemakaian mengikut sunnah.. ya, sangat sikit orang yang pandang pada benda ni..
    saya sangat kesal dengan pemakaian sesetengah yang bergelar uztaz sekarang.. (tetapi seharusnya pd semua muslim. cuma uztaz lebih ditekankan kerana mereka adalah contoh pd yg lain) kononnya sempoi, pakai cam biasa2, t-shirt dan jeans je.. ya, tidak salah.. tapi, ia mematikan sunnah.. saya rindu melihat pemakaian seorang muslim itu, berkopiah/berserban.. berjubah... tetapi sekarang.. mind-set rata2 fikir.. 'ala, tak payah kot.. cam nampak alim.' 'tak sesuai dengan tempat' atau 'pakai cam biasa je la, janji tutup aurat.tak payah berlebih-lebihan.kan kita digalakkan bersederhana?'
    ya Allah dimana kita lempar cinta kita pada kekasih Allah ini?

    sesungguhnya barangsiapa yang menghidupkan sunnah Rasulullah pada zaman kerosakan umat, pahalanya seumpama 100 orang mati syahid..
    dan..
    sabda Nabi Muhammad S.A.W
    sesiapa yang mengamalkan sunnahku, bermakna dia cinta padaku, sesiapa yang cinta padaku, maka dia akan bersama-samaku di syurga'

    walaupun banyak lagi sunnah spti makan berjemaah, urutan potong kuku n sbgnya, pemakaian pun perlu dititikberatkan.. amalkanlah sunnah rasulullah dari sekecil-kecil sunnah sehingga sebesar-besar sunnah...

    maaf, saya tidak pandai menulis spt saudara..
    mungkin apa yang saya tulis banyak kecatatannya, atau menyakiti mana2 pihak.. maafkan saya, ini sekadar perkongsian.. saya cuma sangat berharap agar insan2 terpilih yang menyedari hakikat cinta pd Allah untuk memikirkan hal ini..
    maafkan saya atas segala-galanya...

    ReplyDelete
  2. salam..

    benar apa yg akhi utarakan.. itu semua pendapat antum..

    pada ana, ana memandang orang yg menghidupkan sunnah berjubah dan berserban itu sebagai mereka yang sangat baik dan sangat bagus kerana cuba menghidupkan sunnah yang ada..

    cuma, jangan kerana kita pendakwah yg berjubah dan berserban, maka kita melihat pendakwah yang ber'jeans' dan bert-shirt itu sbg org yang melakukan dosa..

    pakaian kenalah mengikut tempat, itu satu hal yg perlu dilihat juga.. jangan hanya kerana mengaku diri tu membawa mesej2 keislaman, maka nak pergi kerja atau lecture pun dah jd x senang nak pakai baju biasa kondisi di malaysia ni.. bid'ah!!!

    tidak.. bukan macam tu..

    baca ni.. mungkin kata-kata seorang ustaz lebih masuk ke dalam hati kamu berbanding kata-kata seorang yang tidak suka berkopiah..

    http://ustaz.blogspot.com/2011/08/imam-diangkat-bukan-kerana-pakaian.html

    merujuk kepada hadith, "sesungguhnya barangsiapa yang menghidupkan sunnah Rasulullah pada zaman kerosakan umat, pahalanya seumpama 100 orang mati syahid.." hadith ni status dia sangat dhaif.. jadi, ianya tidak boleh disampaikan dan menjadi hujah..

    hadith ni pula, "sesiapa yang mengamalkan sunnahku, bermakna dia cinta padaku, sesiapa yang cinta padaku, maka dia akan bersama-samaku di syurga'" apa statusnya?

    benar, semua sunnah dari yg kecil ke besar kita kena amalkan sebagai tanda cinta, tetapi.. kita kena faham juga, apa sunnah yg paling utama untuk dilaksanakan pada zaman kerosakan uamt sekarang ni..

    adakah membela janggut? atau dakwah?

    adakah berkopiah? atau belajar dan mengajarkan al-Quran?

    banyak sebenarnya yang perlu kita perhatikan..

    cuma, insya-Allah, apa yang akhi utarakan di sini sangat bermanfaat. semoga kita sama-sama dikurniakan hidayah untuk menerima mana yang benar, dan menolak mana yang sesat..

    “Katakanlah: ‘Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah aku (Muhammad), nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.’ Dan, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani”
    [QS Ali ‘Imran, 3:31]

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++