بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Friday, 5 August 2011

Cerpen: Transisi Cinta

“Akh, ukhuwwah setiap daripada kita ini diikat atas dasar cinta kita kepada Allah. Seandainya ada di antara kita yang meletakkan cintanya selain daripada Allah, maka lambat atau cepat, akhirnya dia akan terkeluar dari mereka yang berukhuwwah berpaksikan keimanan.”  
“Meletakkan rasa cinta selain daripada Allah? Maksudnya?”  
“Kalau kita cintakan seorang perempuan. Lihatlah apa yang kita sanggup lakukan. Kalau rumah dia jauh, kita sanggup habiskan duit, masa dan tenaga kita untuk pergi ke sana. Tidak beralasan pun jauh, penat, tak ada duit. Kadang-kadang hampir seluruh masa yang kita ada kita peruntukan hanya semata-mata memikirkan dia. Apa yang dia suka, kita pun akan suka, walaupun pada asalnya kita tak suka benda tu. Apa yang dia benci, kita juga akan bencikan benda tu. Kadang-kadang kita selalu cuba untuk membuat satu perkara yang dia suka, pastikan dia gembira, tergelak dan makin sayangkan kita. Padahal dia tak suruh pun kita buat benda-benda macam tu. Keluar duit untuk beri hadiah, calling, belanja makan. Belum cerita tentang masa dan tenaga. Kita tidak pernah merungut. Bahkan rasa puas!”  
“…”  
“Tapi, sejauh mana kita sudah berbuat benda yang sama dengan Allah SWT? Kita kata kita cintakan Allah. Tapi, cuba tengok balik pada usaha-usaha kita tadi, sama tak dengan apa yang kita buat pada Allah? Inikah cinta?”  
“Benar. Tapi,..”
“Sekali lagi ana ulang, ukhuwwah setiap daripada kita ini diikat atas dasar cinta kita kepada Allah. Seandainya ada di antara kita yang meletakkan cintanya selain daripada Allah, maka lambat atau cepat, akhirnya dia akan terkeluar dari mereka yang berukhuwwah berpaksikan keimanan.” 
“Tapi macam mana? Ana tiada kekuatan untuk itu!”  
“Kekuatan harus dibina. Bukan ditunggu. Kalau antum mahu menjadi seorang yang gagah, maka antum perlukan usaha yang sangat intensif dalam membina kekuatan. Itu untuk membina kekuatan diri. Sama juga untuk kekuatan meninggalkan maksiat. Antum kena bina.”  
“Tapi…”  
“Jika kita sayangkan pasangan kita. Lepaskanlah dia. Jangan kita terus menerus meletakkan diri kita dan dia di dalam suasana kemaksiatan. Cinta itu ibadah. Hidup itu ibadah. Jangan kita cemari ibadah itu dengan kemaksiatan.” 

+++++

Tapi, aku akan kehilangan dia. 

Tapi,.. 

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  
[QS al-Baqarah, 2:216] 

Tapi, aku yakin, Allah akan gantikan dia dengan yang lebih baik!

Janji Allah itu pasti

+++++

Dalam keadaan yang aku sendiri tidak tahu. Aku sebenarnya ada di mana?

Aku berfikir.

Patutkah aku buat begitu?

Mestikah?

Perlukah?

Aku berperang dengan perasaan aku sendiri.

"Cinta aku untuk siapa sebenarnya?!"

Bertemankan rasa berat..

Jari jemari aku mula menulis sesuatu.. 

Salam.. 
Saya harap awak sihat dan kekal sihat serta bahagia.. Tambahan setelah mendapat satu rezeki yang amat bernilai baru-baru ini.. Tak semua dapat apa yang awak dapat.. Syukur segala kepujian kita pulangkan semula kepada Allah.. Sampaikan salam saya kepada ibu awak serta adik beradik yang lain.  
Saya tak tahu nak mula dari mana, jadi saya mulakan dengan bismillah..  
Mungkin tiada hubungan istimewa antara kita,  
Tapi saya rasa saya perlu memberitahu awak satu perkara.  
Saya harap awak baca emel ni sampai habis.. Ok?  
Saya tak tahu bila, dan macam mana saya boleh kenal awak dulu..  
Saya tak tahu kenapa saya sukakan awak dulu..  
Saya tak tahu bagaimana saya boleh jatuh hati pada awak dulu..  
Mungkin kerana saya jahil, atau terlalu mengikut rasa hati remaja yang memang jahil ini..  
Tapi,  
Sekarang saya sedar, apa yang saya buat selama ini adalah tidak selari dengan islam...  
Sekarang saya sedar, apa yang saya harapkan selama ini adalah tidak selari dengan islam...  
Saya dibuai dengan rasa indah cinta yang tidak halal..  
Saya dibuai dengan rasa kasih yang pasti diadakan oleh nafsu,  
Tetapi,  
Saya tidak salahkan awak  
Kerana saya percaya, saya yang memulakan segalanya....  
Malahan saya yang bodoh kerana terpedaya dengan pujuk rayu syaitan yang membisikkan tentang hubungan kita selama ini betul...  
Tapi saya silap..  
Saya tak pasti apa yang saya cakap ni awak faham atau tidak,...  
Tapi saya harap awak faham dan akan faham satu hari nanti...  
Awak sangat baik pada saya, terlalu baik...  
Tapi,  
Saya tak nak saya menjadi asbab kepada jauhnya awak kepada cinta yang hakiki, iaitu cinta Allah....  
Saya tak nak awak menduakan cinta pada Allah, kerana kekhilafan diri saya sendiri,  
Saya tak nak semua itu berlaku pada awak, kerana saya sayangkan awak... 
Maafkan saya dan saya harap kita tak lagi berhubung...  
Seandainya ada jodoh, pasti kita akan bertemu juga.. Tapi janganlah awak menunggu saya..  
Carilah cinta Allah, kerana ianya tidak menyakitkan..  
Saya doakan awak bertemu dengan cintanya serta keredhaannya.. 
"..perempuan yang baik, hanya untuk lelaki yang baik.." 
[QS An-Nuur, 24:26] 
Asif,  
Wassalam... 

SUNDAY, 14 March 2010 05:30pm

+++++

Ketika dalam perjalanan ke suatu tempat bersama murobbi..

"Akh, ana dah clash.." 
"Hah?! Clash?! Sejak bila antum bercouple?" 
"Sejak dulu lagi. Antu saja tak tahu." 
"Tak bagi tahu ana pun. Ok, soalan ana. antum tinggalkan dia, atau dia tinggalkan antum?" 
"Ana tinggalkan dia.." 
"Ok, maknanya antum termasuk dalam kategori macho lah ni. Haha." 
"Haha. Boleh lah kot."

Suatu ketika yang lain.. Salah seorang dari teman bertanya kepada aku..

“Kau apa cerita dengan budak tu?”  
“Aku dengan dia dah tak contact dah. Dia busy hal dia, aku busy dengan hal aku.”  
“Kau lepaskan dia ke?”  
“Lebih kurang macam itulah.”  
“Kau tak menyesal ke? Dia kan…”  
“Aku lebih menyesal jika aku tidak dapat mengejar cinta dari Allah.”  
Then, apa perasaan kau sekarang?”  
“Aku rasa lebih tenang dan selesa dalam nak kejar dan bercerita tentang cinta Allah.”

Ya. Aku tidak menyesal. Kerana aku yakin, ada cinta yang lebih agung di sebalik wajah itu.


"perumpamaan terindah itu milik Allah"
khir al-imtiaz
0615pm
05-08-2011

13 comments:

  1. Bile bce entri ni tertnye..cmne cre yg sbnr dlm islam?tunang bkn lesen besar utk berdua2..jd tunang n kapel sme kn?cmne lak kalo kte ade kwn yg pd penglihatan baik tp berkapel?

    ReplyDelete
  2. akhir nya terluah juga isi hati yg dipendam...:):):)

    ReplyDelete
  3. sape kate tunang lesen besar utk berdua2?? dah mnjdi budaya org kta bile brtunang ske ati je agkut pi mai pi mai.. bertunang tdk mghalalkn ap2 pun..namun hanyalah skdr mngikat janji..

    ReplyDelete
  4. dah banyak kali saya jatuh cinta pada lelaki...
    ada yang bertepuk sebelah tangan...
    n sekarang...
    saya rasa saya telah terjatuh cinta kepada seorang yang telah tunggu saya selama 2 tahun...
    saya terbuka hati padanya...
    n dalam masa yang sama...
    saya rasa saya masih lagi menyimpan perasaan terhadap lelaki yang saya minat hampir 3 tahun...
    kadang2... saya jadi bengong dengan semua nie...
    last...saya cuba tak mahu serabut2 fikir...
    hanya menyusahkan hati, jiwa, fikiran dan stady saya...
    n kadang2...
    saya menangis atas semua ni...
    tak patut kan??

    ReplyDelete
  5. sering kita keliru tentang cinta.. doktor terbaik buat cinta adalah hati kita, teringat kalam insan yang bersungguh menebarkan cinta iaitu Rasulullah y mafhumnya : mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan adalah apa yang menyenangkan hatimu manakala kemaksiatan adalah apa yang menggusarkan hatimu dan kau rasa malu apabila ada org lain mengetahui kau melakukannya meskipun orang disekelilingmu membenarkannya,

    persoalannya? bagaimana hatimu? bila terdtik dosa lantas memohon ampun atau menangguh kan ea lantas akhirnya terleka?

    -bicara hati selalu berbicara jujur tapi nafsu kita yang mendustakannya-

    ReplyDelete
  6. hnya mampu tersenyum.
    saya dah agak entry awak ni mmg genre cinta manusia vs Allah.
    syabas kerana masih berterusan menulis kepada pencinta-pencinta yg mencari cinta sbnr.

    ReplyDelete
  7. untuk anon yang pertama, sila bacak post ni.. http://umairzulkefli.blogspot.com/2009/05/bagaimana-bercinta-dalam-islam.html

    ReplyDelete
  8. SMS 

    Pertama, tahniah utk org dlm cerita sbb dh x couple. Allah berpesan kpd kita agar jgn hampiri zina. Malah bercouple ni bagi saya byk kesan antara: 

    a) kita telah cemari kesucian& harga diri yg mungkin bukan hak kita kelak. Bimbang jika kita kotori, hati & perasaan serta kesucian aurat yg mungkin hak org kelak, kita x nk kita pun dapat pasangan yg telah pernah bercouple. Lelaki baik utk wanita yg baikkn? Kcuali Allah nk uji bagi pasangan yg lain mungkin ada tugasan di sebalik @ sementara.

    b) Slh 1 factor kecurangan dlm perkahwinan sbb pernah bercouple. Bila jumpa kembali terbuai mimpi silap. Yg jd mangsa pasangan & ank2. Ada bw kpd penceraian. & paling daif suami isteri punya couple luar.

    c)  Kita jg kena ingat kalu kita x nk kesalahan masa muda diamalkn ank kita kelak, kita sbg makayah jgn buat masa muda. Ingat zaman mereka mungkin makin mencabar.

    ReplyDelete
  9. SMS
     Kedua: pemuda dlm cerita mungkin telah memilih jalan berhikmah dgn menerangkn jelas & sebaiknya knp hubungan diputuskn. 
    Cuma knp mesti bila kwn tanya clash itu seolah riak, rasa hebat& macho jika meninggalkn wanita dhulu? Duhai kaum lelaki @ wanita elakkn dari bercouple @ sekadar mainkn perasaan hamba Allah. Apalg jika org itu tidak suka diganggu tp kita yg beria2 jg. Ibarat menangkap ikan bila ikan liar termakan pancing bukan dipancing utk dimakan (bernikah), ttapi sekadar suka & dilepaskn ikan itu menderita kesakitan. Ingatlah doa org teraniaya itu mustajab & adakh org2 yg bertindak zalim akan berbahagia atas penderitaan org lain.Jika anda pemula & tersedar, akhirinya dg sebaik & berhikmah.
    Sekadar berbincang. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  10. @SMS

    suasana di akhir cerpen ketika mana bila ditanya oleh kawan itu hanya sekadar bahan untuk menceriakan suasana. berislam itu memang kita kena serius, tetapi serius itu tidak bermakna tiada hilai tawa..

    ya lah, setiap periadi ada tafsiran masing-masing yg tersendiri..

    anyhow, jazakillah khairan katsiro..

    ReplyDelete
  11. soalan:
    "cmne cre yg sbnr dlm islam?tunang bkn lesen besar utk berdua2..jd tunang n kapel sme kn?cmne lak kalo kte ade kwn yg pd penglihatan baik tp berkapel?"


    jawapan dari Akh Abu Faruq (satuummah.blogspot.com);

    salam,
    pertama, ana ingin menjelaskan dahulu konsep pertunangan..

    Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-

    وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ “Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan ” [surah al-Baqarah : 235]

    Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda juga pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

    Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi :-

    إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
    “Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan” [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].

    Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi.

    KESIMPULAN:Bertunang adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara’, bertunang adalah “seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya”. Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara’, memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin.والله اعلم
    sumber: http://dilemaduniaislam.blogspot.com/2009/12/bertunang-dalam-islam.html

    Makanya, tunang dan couple itu tidak sama. bertuang maknanya sudah mengikat janji untuk menikah, tertapi, couple tidak meletakkan apa2 ikatan perjanjian untuk menikah, dan boleh jadi couple ini berlaku kpd remaja yang belum baligh mahupun yang dah baligh atau tua.
    pertunangan ini membolehkan pasangan menilai semula samada ingin meneruskan pernikahan atau sebaliknya. jadi, beberapa tempoh masa diberi kpd pasangan diberikan sementara menyiapkan urusan perkahwinan.

    jadi, couple tidak sama dengan tunang.

    berkenaan kawan yang baik tapi bercouple, samalah kita katakan seorang imam atau tok haji yang memakai serban tetapi merokok, kita memuji kebaikan amalnya seperti selalu ke masjid, tetapi amal keburukannya merokok itu mesti ditinggalkan oleh setiap muslim.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  12. what's the great words.. ;-) may ALLAH bless on your hard

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++