Ramadhan: Lubuk Menuju Allah



Alhamdulillah. Segala kepujian dan kebaikan itu kita pulangkan kembali kepada Rabb sekalian alam. Selawat dan salam untuk hamba dan Rasul-Nya, Muhammad SAW. Tak dilupakan juga untuk para nabi dan para rasul yang pernah bertungkus lumus, bermandikan duri, darah dan tengkorak demi menjulang tinggi agama Allah SWT. Dan juga kepada mereka yang telah pergi atau masih lagi berjuang dan berkorban, untuk menjayakan visi utama kenapa diutusnya Rasulullah SAW di muka bumi ini, iaitu.. 

“Dan Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.” 
[QS al-Anbiya’, 21:107] 

Dan 

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.“  
[HR. Bukhari, Ahmad, Al Hakim] 

Indahnya Ramadhan

Satu bulan yang dinantikan oleh hampir semua manusia. 

Ada yang seronok. Ada juga yang bersedih. 

Cuma persoalannya, 

Seronok kerana apa? Dan sedih kerana apa?



Ada yang mungkin seronok kerana lagi sebulan kita akan menyambut hari raya. 

Ada juga yang seronok menyangka bahawa inilah masanya untuk menurunkan berat badan. 

Ada juga yang seronok kerana inilah musimnya orang akan beramai-ramai keluar mencari perhiasan baru untuk rumah dan diri, maka mereka dapat mengaut keuntungan yang lumayan daripada mereka. 

Ada pula yang sedih. 

Sedih kerana tidak dapat makan pada waktu siang. Terpaksa berlapar. 

Sedih kerana tak dapat hisap rokok, tekak terasa masam je kerjanya. 

Sedih kerana bonus yang diberikan majikan terpaksa dihabiskan untuk menyambut hari raya lagi sebulan. 


Tetapi, cuba kita lihat balik, muhasabah kembali.. 

Berapa ramai di antara kita yang gembira dalam untuk menyambut Ramadhan kali ini, 

Kerana inilah peluangnya dia untuk mendekatkan diri dengan Sang pencipta? 

Kerana inilah masanya dia akan membina semula keimanan dan ketakwaan terhadap Allah dengan segala kemudahan dan kelebihan yang telah dikurniakan Allah di dalam bulan ini, setalah setahun berlalunya Ramadhan yang lepas? 

Kerana inilah peluang untuk dia mentarbiyah dirinya sendiri untuk menahan segalanya yang ada pada dirinya daripada hal-hal yang dapat menjauhkan dirinya daripada kasih sayang dan rahmat Allah SWT? 

Berapa ramai? 

Mungkin ramai, atau mungkin tidak. Tetapi, persoalannya, KITA DI MANA? 

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" 
[QS Al-Baqarah, 2:183] 

Kalau kita tadabburi kata-kata allah di atas. Outcome atau hasil daripada ibadah berpuasa ini adalah agar kita bertakwa. 

Jadi, kalau kita nak lihat, berkesan atau tidak tarbiyah Ramadhan kita yang lepas, mudah je. Cuba muhasabah kembali amal kita. Adakah jumlah kemaksiatan itu lebih kecil berbanding dengan kebaikan? Atau sebaliknya? 

Jika sebaliknya, maknanya, Ramadhan kali ini kita perlulah segera menemukan solusi baru dalam menjalani Ramadhan kali ini agar, tujuan utama Ramadhan itu tadi tercapai.
Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ 
“..agar kamu bertakwa” 
[QS Al-Baqarah, 2:183] 


Samakah dengan yang Lepas?

Adakah Ramadhan kita kali ini masih sama dengan Ramadhan yang lepas? 

Cukuplah!

Sudah berapa banyak Ramadhan yang kita sudah lalui, tetapi hasilnya cuba lihat pada diri kita pada hari ini.

Inilah hasilnya! Membanggakan? 

Jika tidak, maka mulakanlah satu transformasi atau revolusi dalam kita menghadapi Ramadhan kali ini. 

Walaupun mungkin kita dah merasakan Ramadhan kita yang lalu sudah terlalu baik dan perfect. Tapi, cuba lihat hasilnya pada diri kita sekarang. Adakah kita sudah cukup bertakwa? Jika tidak, maknanya Ramadhan kita yang lepas-lepas itu tidaklah sehebat mana. 


Perbaiki Diri Kita. 

Tahanlah mata, tangan, kaki, hati dan segalanya daripada semakin jauh dari Allah. 

Jadikan Ramadhan kali ini sebagai lubuk untuk kita mentransisikan diri kita ke arah yang lebih baik. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan bagi dosa-dosanya yang terdahulu." 
[Muttafaq 'alaih] 

Cukuplah dengan segala kesenangan dan keseronokan dunia yang menipu selama ini. 

Jika sebelum ini al-Qur'an itu cuma terperuk di atas rak ataupun laci.. Berhabuk. Maka marilah kita melazimi hari-hari Ramadhan kali ini dengan menjadikan dia sebagai teman hidup yang bertakhta di hati kita. Terasa rindu jika tidak ditatap dan dibaca serta ditangisi. 

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)..." 
[QS Al-Baqarah, 2:185]

Beautiful Ramadan Wallpaper

Jika solat terawih kita sanggup bersesak panas dan payah untuk menunaikan ia dengan berjemaah di surau atau masjid. 

"Biar tak solat Isya' berjemaah, tapi terawih jangan sampai tak berjemaah"

Maka, mari kita aplikasikan ia untuk Solat Subuh dan solat-solat yang lain juga.

Jika sebelum ini aurat pada kita seolah lalat yang tiada harga, marilah kita sekarang menjaga aurat itu seperti permata yang sangat berharga.

Cukuplah!

Buka buku baru dalam kehidupan kita Jadikan Ramadhan kali ini sebagai titik mula menuju keimanan dan ketakwaan.

Dan, pastikan kita tidak jadi seperti mereka yang di sebut oleh Rasulullah SAW. 

"Berapa banyak orang puasa hanya mendapatkan lapar dan dahaga; dan berapa banyak orang yang mendirikan ibadah di malam hari, hanya mendapatkan begadang saja." 
[HR. Nasa'i]
Dan tidak termasuk di antara mereka yang celaka.. 

Nabi SAW mengaminkan doa dipohon Jibril AS ketika Baginda menaiki mimbar. Ketika itu Jibril berdoa: “Celaka seseorang yang masuk Ramadan, puasa pada siangnya dan solat pada malamnya kemudian meninggal dan tidak diampuni dosanya dan ia dimasukkan ke neraka.” 
[HR Bukhari dalam Adab al-Mufrad]


Menuju Yang terbaik Dari Sekarang

Dari Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dilawan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." 
[Muttafaq 'alaih] 

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Nabi s.a.w. bersabda: 

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan tidak pula meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta, maka tidak ada keperluannya bagi Allah dalam ia meninggalkan makan dan minumnya." Maksudnya: Di waktu berpuasa itu hendaknya meninggalkan hal-hal di atas, agar berpahala puasanya tadi. 
[HR Bukhari]

Dari Abu Said r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Tiada seorang hambapun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah - yakni semtata-mata menuju kepada ketaatan kepada Allah, melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya - yakni dirinya -kerana puasanya tadi, sejauh perjalanan tujuh puluh tahun dari neraka." 
[Muttafaq 'alaih]

Indahnya Allah

Subhanallah. terlalu banyak kelebihan yang Allah sudah bukakan untuk kita. Peluang sudah diberikan, tanpa perlu dicari!

Sekarang, tinggal pada diri kita sahaja.

Sama ada MAHU, atau tidak untuk memanfaatkannya.

“Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.” 
[HR Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal]

Destinasikan Ramadhan kali ini menuju ketakwaan dan kemuliaan di sisi Allah.

Inilah masanya..


khir al-imtiaz
0505pm
01-August-2011M
01-Ramadhan-1432H

Comments

  1. assalamualaikum,nk tnya pasal kterangan hadis berikut:

    Nabi SAW mengaminkan doa dipohon Jibril AS ketika Baginda menaiki mimbar. Ketika itu Jibril berdoa: “Celaka seseorang yang masuk Ramadan, puasa pada siangnya dan solat pada malamnya kemudian meninggal dan tidak diampuni dosanya dan ia dimasukkan ke neraka.”
    [HR Bukhari dalam Adab al-Mufrad]

    mksudnye org yg x khusyuk or etc ke?maaf,kurg jelas..

    ReplyDelete
  2. setakat pembacaan dan pemahaman saya..

    mungkin sahaja orang yang dimaksudkan di dalam hadits itu tadi adalah mereka yang berpuasa, tetapi ada masalah pada niat.

    "Kenapa kita berpuasa?"

    adakah kita berpuasa sebab bulan ini bulan Ramadhan?

    Atau kita berpuasa kerana Allah yang menyuruh kita berpuasa dalam bulan Ramadhan?

    mula dari situ dahulu. keikhlasan.. khusyuk itu lahir dari hati yang murni (ikhlas)..

    sekiranya saya jumpa atau dapat penerangan yang lebih jelas, saya akan update di sini kelak.

    ReplyDelete
  3. syukran ya akhi. insyaALLAH ana try ubah diri ana and iqtiqomah lepas ramadhan..
    takot gak byk godaan puase2 ni.. antum puase di mesir-kah?
    jzkkk.

    ReplyDelete
  4. berkaitan dengan hadith yang bahawasanya Baginda Nabi Muhammad SAW berkata amin sebanyak tiga kali lalu di tanya para sahabat maka Baginda Nabi SAW menjawab telah datang malaikat Jibril lalu berkata celakalah seorang hamba itu,dia sempat memasuki Ramadhan dan sehingga Ramadhan berlalu meninggalkannya,sedikit pun ALLAH tidak mengampuni dosa-dosanya,maka kata Nabi Aamiin...sehingga selesai hadith...ada pun yg dinyatakan oleh admin itu kuranglah tepat berbanding apa yang disyarahkan oleh para muhaddithin...ada pun itu menurut pandangan admin tidaklah salah cuma alangkah indah dan cantiknya jika disandarkan kepada para ulama' yang muktabar...^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?