Cerpen: Jangan Ubati Dirimu Dengan Racun

“Macam tak sihat je?”  
“Ana ok. Tak sakit apa-apa pun.” 
+++ 

UTP sekarang telah pun memasuki satu fasa yang dinamakan sebagai, study week. Fasa yang sangat rawan bagi sesetengah pelajar. Terutamanya bagi para dai’e. Inilah fasa di mana mereka harus all out habis-habisan untuk akademik mereka. Dalam masa yang sama, kerja-kerja dakwah tidak akan sekali cuba untuk dianak-tirikan, inikan terus tinggalkan. Baik dari segi dakwah pada diri sendiri, mahupun kepada orang lain. 

+++ 
“Antum solat di mana tadi?” 
“Err. Di bilik.”  
“Kenapa di bilik? Kenapa tak turun ke surau? Bukan jauh pun.”  
“…”  
“Antum sakit ke?” 
+++ 
“Akh, ana tak tahulah nak cakap macam mana. Fizikal mungkin sihat, tapi dalaman teruklah. Mutabaah down gila-gila sejak seminggu dua minggu ni.”   
“Hmm. Biasalah tu, akh. Kita bukan para nabi dan rasul, inikan pula malaikat. Iman kita memang akan sentiasa menaik dan menurun. Normal lah tu.”  
“Tapi kali ni melampau-lampau. Tahajjud cuma 3 kali je minggu ni, itupun buat setakat gitu-gitu je. Tak de feeling. Tilawah pun teruk. Study lagi lah tak de mood.” 
“Hmm. Macam ni, akh. Let’s stop talking about the issue, now we move into the solution, ok? Apa usaha antum dah buat untuk selesaikan masalah antum tu?” 
“…”  
“Akh, antum patut bersyukur kepada Allah SWT, kerana antum masih lagi berfikir mengenai iman di saat antum semakin kehilangannya. Ada orang yang tak pernah kisah pun, sama ada ‘ada iman di hati mereka’ atau tidak. Tapi cuba lihat, antum berfikir mengenainya. Dan kenapa antum berfikir mengenainya? Ana yakin, mestilah kerana antum takut akan kehilangannya. Sebab melalui imanlah akan lahirnya ketaqwaan dan seterusnya keikhlasan.” 

Aku hanya mendiamkan diri. Menantikan setiap kata yang ingin diluahkan. Hati yang hitam memang seharusnya dicerahkan semula dengan tazkirah.

“Akh, kalau betul antum nya iman sedang menurun, ditambah dengan amal yang menurun dan semangat yang memudar. Maka antum kena sedar, akh. Yang bahawa antum sedang diazab oleh Allah SWT sebenarnya.”  
“Ha?”  
“Tengok firman Allah dalam surah ke-6, surah al-An’am ayat ke-125. Cuba bacakan.”  
“Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya sesat, Dia akan jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”  
[QS al-An’am, 6:125] 
“Kenapa kita merasa berat dalam melaksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah?” 
“…”  
“Kerana nilai keimanan dalam diri kita mula menurun, kerana apa dia menurun?”  
“Dosa...”  
“Ya. Dosa dan maksiatlah yang akan menghitami hati-hati kita, membuatkan kita kehilangan akan kemanisan serta kekhusyukan dalam berbuat untuk agama Allah.”  
“Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’”  
[QS al-Baqarah, 2:45]  
“Sebab itulah, akhi, kalau kita merasakan diri kita semakin melemah, sepatutnya kita kena semakin dekat kepada Allah SWT. Bukan semakin menjauh. Dah tahu iman lemah, pergi main games buat apa? Tengok movie, chatting dengan perempuan tanpa ada urusan penting, tak pergi solat berjemaah, tinggal qur’an, tinggal tahajjud. Astaghfirullah al-‘azim. Macam mana kita nak expect iman kita akan meningkat semula, kalau itulah amal yang kita buat ketika iman kita melemah?!” 
Tunduk. 

“Kalau itulah benda-benda yang antum rasa boleh mendatangkan ketenangan dalam diri antum, ana sarankan antum perbaharui semula hakikat perhambaan antum sebenarnya pada siapa? Adakah Allah yang bertakhta di hati antum selama ni, atau ada benda lain yang dah mengotorinya. Sebab apa akh, sebab orang-orang yang beriman itu hanya akan tenang apabila dia kembali kepada Allah.” 
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”  

[QS ar-Ra’d, 13:28] 
+++ 
“Akh, kadang-kadang ana rasa ana tak layak untuk berada kat dalam saff yang ada ni. Ya lah, kita nak dakwah pada orang lain agar diorang makin dekat dengan Allah, dan tinggalkan maksiat. Tapi, diri kita pun sebenarnya masih terumbang-ambing.”  
“Akh, itulah kerja syaitan. Dari kemaksiatan-kemaksiatan yang kecil inilah, dia akan cuba menghubungkan kita dengan kemaksiatan yang lain. Dan semestinya, antara target paling besar dia adalah, kita meninggalkan jalan tarbiyah dan dakwah ni, akh.”  
“Maknanya?”  
“Maknanya, jangan sekali-kali kita tinggalkan satu kebaikan hanya kerana kita dah melakukan kesalahan. Tapi sebaliknya, kita semakin bersungguh-sungguh dalam mengerjakan kebaikan itu, kerana, cuba lihat dalam surah ke-11, ayat ke-114 hingga 115.” 
“Dan laksanakanlah solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatanbaik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah). Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan.”  

[QS Hud, 11:114-115] 
“Dan..”
"Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa. Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki disisi Tuhannya. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang berbuat baik. Agar Allah menghapus perbuatan mereka yang paling buruk yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan."  
[QS az-Zumar, 39:33-35]  

"So? Nak berhenti?" 
"Hehe. Tak nak."
“Sekarang, akhi, ikhlaskan semula niat antum berada atas jalan ni. Dan bertaubat kepada Allah selagi Allah masih lagi beri antum peluang untuk bernafas. Kalau dah tahu iman kita semakin sakit, jangan antum ubati dia dengan racun games, movie, tak baca qur’an dan lain-lain. Macam mana nak baik kalau macam tu. Ok?”  
“Hehe. Ok. Terima kasih, akh, kerana ziarah ana dan bagi nasihat pada ana.”  
“Tak de hal lah. Yang terakhir, kenapa kadang-kadang istighfar kita kepada Allah tidak mendatangkan rasa takut?" 
"..." 
"Kerana mungkin istighfar kita hanya di mulut, bukan di hati.” 
+++ 

Sama-sama kita bermuhasabah. Terutamanya dah nak masuk exam week ni. Ikhlaskan niat kita, kenapa kita belajar, dan jangan bermaksiat kepada Allah, sebab Allah-lah yang akan memberikan kita kejayaan atau kegagalan.. Jadi,,dekatkanlah diri kita dengan Allah, dan usaha bersungguh-sungguh baik untuk akhirat, dan juga dunia. Sebab, Allah pesan dalam surah ar-Ra;d, surah ke-13 ayat ke -11, 
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana, maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. 
[QS Ar-Ra'd, 13:11] 
Dan, 
"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya"  
[QS an-Najm, 53:39] 
 Tapi, janganlah hanya ingat Allah time exam je. Waktu lain kena gak. Islam secara keseluruhan. Sebab kita tak tahu bila kita mati.



"rehat, lepas ni sambung"
khir al-imtiaz
06:08pm
04-05-2011

Comments

  1. "Pecah kaca pecah gelas
    dah baca harap balas."

    mungkin itu pantun yg sesuai diletakkan di penghujung sudut cerpen yang memberi silau kepada hati ini..huhu..

    terusakan dan terus menyampaikan kebenaran dari Tuhan..semoga segala kebaikan berbalik kepada empunya..jzkk.
    -sedikit celoteh dari yg sentiasa bersemangat dgn izinNya-
    =P

    ReplyDelete
  2. "dua tiga kucing berlari
    empat lima kucing berlari"

    jazakallahu khairon katsiro

    ReplyDelete
  3. pisang emas dibawa kebandar.
    goreng sebijik di atas kuali.
    hutang dinar boleh dibayar.
    hutang ilmu, dibawa ke syurgawi.

    wa iyya ka
    =)

    ReplyDelete
  4. apa yg perlu dilakukan oleh seseorg itu andai imannya hilang entah kemana? bagaimana jika ada rasa tidak yakin dalam sesuatu ibadah..?jika dibiarkan penyakit ini akan terus parah..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kerana dia tahu bahawa dia sedar bahawa imannya telah hilnag.. maka carilah kembali.. itulah tanda Allah masih sayangkan dia. kerana dia sedar imannya dah hilang. daripada orang yang tak pernah kisah dia ada iman ke tidak, itu lagi azab.

    tidak yakin dalam sesuatu ibadah. kenapa tak yakin?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?