بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Friday, 6 May 2011

Cerpen: Sucikanlah Dirimu Dengan Taubat

“Akh, ana nak tanya siket boleh tak?”

“Asalkan bukan hal akademik, tanya lah.”

“Hehe. Apa pendapat antum tentang taubat?”

“Pendapat ana? Ana student chemical kot. Mana boleh main bagi-bagi pendapat ni.”

“Alah, bagi je lah tahu.”

“Ok ok, tapi bukan pendapat ana lah ye.”

“Tak kisah lah.”

“Hmm.. First, apa makna taubat?”
“Erm.. kembali?”

“Entah lah, nanti kita google benda tu, tapi akh, taubat ni boleh dikatakan sebagai satu ritual yang dilakukan oleh orang-orang yang berbuat dosa, kemudian dia menyesali perbuatannya dan mahu kembali kepada jalan yang benar semula.”

“Hmm.”

“Apa yang ‘hmm’?

“Eh, tak de apa-apa.”

“Islam ni special akh, sebab kalau kita nak bertaubat, kita tak terikat dengan apa-apa pun. Yang penting adalah keinginan yang kuat, dan seberapa banyak nilai kesungguhan yang kita letak untuk ke arah itu.”

“Maksudnya?”

“Ada agama yang kita kena menggunakan perantara manusia kalau nak bertaubat, ada juga agama yang menyuruh kita membunuh diri jika mahu bertaubat, ada juga agama yang kita kena beli dan isi borang-borang tertentu kalau nak bertaubat.”

“Hah?! Isi borang?”

“Yup. Tapi Islam itu mudah, kalau kita kata kita nak bertaubat, first kita kena menyesal dulu perbuatan kita.”

“Kenapa menyesal?”

“Kalau tak menyesal, macam mana kita nak stop. Adeh, itu pun nak tanya ke?”

“Hehe. Saje je.”

“Lepas dah menyesal dan sedar apa yang kita lakukan itu satu kesalahan atau kemaksiatan kita kepada Allah, apa kita kena buat?”

“Ermm..”

“Mohon ampun pada Allah. Istighfar sebanyak mungkin, dan terus buat solat sunat taubat, jangan tangguh-tangguh.”

“Kenapa pula?”

“Sebab kita tak tahu bila kita mati. Cuba baca surah ke-3 ayat 102” 
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim.” 
[QS ‘Ali Imran, 3:102]
“Jangan sampai kita mati dalam keadaan kita bermaksiat, berdosa, inikan syirik dan kafir terhadap Allah. Nauzubillah min zalik. Dan bacakan surah ke-7 ayat ke-14.”
“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.” 
[QS al-‘Araf, 7:14]
+++ 
“Bila kita akan mati?”

“Tak tahu..”

“Tett.. Salah. Jawapannya ‘bila-bila’ je kita boleh mati. Jadi, kita kenalah bersedia dengan memastikan kita mati, dalam keadaan kita muslim.” 

“Tapi, macam mana akh, kalau kita dah cuba bertaubat dah, berdoa, solat taubat, menyesal, itulah, inilah, tapi masih lagi kadang-kadang mengulang benda yang sama. Kadang-kadang rasa diri ni hipokrit lak.”

“Akh, ingat tak apa Allah firman dalam satu hadis qudsi tentang dosa yang ke langit tu?”

“Ingat-ingat, jap ye..”

“Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan daripada-Ku, Aku ampunkan engkau walau apa pun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan daripada-Ku, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” 
[HR at-Tirmidzi, dinilai hasan oleh al-Albani]

“Hmm. Jadi akhi, jangan pernah kita putus asa dengan rahmat Allah. Ya akh, mungkin kita pernah berdosa, bahkan setiap dari kita ada masalah serta sejarah dia masing-masing. Tapi akhi, yang menentukan masa depan kita bukan masa-masa lalu tu, sebab itu semua dah lepas. Tapi, masa sekarang. Sejauh mana kita benar-benar menyesal dan berbuat sesuatu untuk itu.”

“Hmm. Tapi masalahnya akh, ada satu dosa tu, ana susah lah nak tinggal. Cuba dah, doa dah, tapi masih gagal. Macam mana?”

“Doa tu memang patut akh, menyesal pun memang patut, dah nama dosa. Tapi antum agak-agak lah, dah cukup ke usaha yang antum letakkan dalam nak tinggalkan benda-benda tu? Kalau ye, memang dah berusaha sehabis baik gila-gila mungkin dah, maka cuba antum lihat balik pada taubat antum pulak. Adakah taubat antum hanya sekadar ritual, pada perbuatan zahir, atau ianya memang datang dari hati…”

“…..”

“Eh, jangan nangis. Tak macho lah.”

“Ha? Mana ada. Ngantuk je..”
+++


‘Ya aku menangis.. Aku menangis kerana aku tidak mempunyai hati dalam bertaubat rupanya selama ni.’

+++
“Akh, cuba bacakan hadith ni.”

“Hmm..” 
“Seorang telah melakukan dosa, lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.” Lalu Allah SWT berfirman: “Hamba-ku telah melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya)”. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: “Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa … ampunilah dosaku.” Lalu Allah SWT berfirman: “Hamba-ku telah melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya)”. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: “Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa … ampunilah dosaku.” Lalu Allah SWT berfirman: “Hamba-ku telah melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya maka Aku ampunkan hamba-Ku ini, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau.” 
[HR al-Bukhari dan Muslim, dan lafaz adalah lafaz Muslim]
“Hadis ni bukanlah lesen untuk kita buat dosa ye, tapi dia menceritakan tentang seseorang yang dah bertaubat bersungguh-sungguh, tapi dia gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa tersebut. Setiap kali berdosa, dia ikhlas memohon ampun kepada Allah, sebab tu Allah ampunkan dia. Kalau kita? Ikhlas tu ada ke tak de, pun mungkin boleh diragukan lagi.”

“Maknanya, kita jangan putus asa, dan usaha sungguh-sungguh untuk tinggalkan dosa-dosa tu, sambil disertai dengan keikhlasan. Macam tu?”

“Yup. Pandai pun. Jangan sekali kita rasa diri kita tak berguna, pastu mintak nak keluar halaqoh, tak nak join orang buat kerja dakwah, tak nak kawan dengan budak-budak baik lagi, sebab kononnya takut mencemari mereka. Tak akh, jangan. Dah tahu kita ni hina, kotor, gelap plus tak berguna, lagi lah patutnya kita kena bergaul dengan mereka.”

“Hah?”

“Cuba bayangkan, kalau dah tahu bau diri tu busuk, pastu lari dari orang-orang yang pakai minyak wangi. Huh, macam mana nak kita nak berubah jadi wangi kalau macam tu?”

“Oh.. Faham faham..”

“Ok lah, kalau dah faham. Ana just nak ingatkan antum, jangan pernah putus asa dalam mengejar rahmat Allah. Ok?”

“Ok..”
“Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa: sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”  
[QS az-Zumar, 39:53]
“Jaga hubungan dengan Allah, pastu study betul-betul. Jangan main-main. Macam mana nak excel, kalau hang asyik dok wat dosa je.”

“Hehe. Menusuk kalbu tu..”

"Tak pe, akh. Yang penting, biar kita jadi bekas ahli maksiat. Jangan jadi bekas ahli kebaikan sudah."

+++ 


"tangan pendosa"
khir al-imtiaz
1047pm
06-05-2011

13 comments:

  1. saya suka, thnks bayak2,, moga allah merahmati kamu :)

    ReplyDelete
  2. cerpen yg sgt baik......bnyk pngjrn yg boleh didapati......syukran

    ReplyDelete
  3. dakwah yg bagus...alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. salam. gaya penulisan yg mantap, tak perlu panjang berjela tp mesej sampai. semoga saudara dipermudah segala urusan dan boleh produce lg banyak cerpen mcm ni..insyaAllah. :)

    ReplyDelete
  5. mintak share entry ni.boleh?

    ReplyDelete
  6. silakan~~

    sertakan link blog ni sekali..

    ReplyDelete
  7. Tika pagi datang, org yg lalai akan berfikir apa harus dikerjakannya.. sedangkan org yg berakal akan berfikir apa yg akan dilakukan Allah kpdnya...
    -ibnu Athaillah-

    Apabila bangun tidur setiap hari, tanya kepada diri: "Kenapa ALLAH hidupkan aku pada hari ini?"

    Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: Kerana dosaku banyak. ALLAH izinkan aku untuk bertaubat.

    ReplyDelete
  8. salam... syukran bt empunye blog.. ana de ambk bhn dr blog enta utk progrm rohani ana... dan alhmdllh ksn yg sgt baik... rmi sgt yg m'nitiskn air mate bile ana kongsikn tntg ksh RASULULLAH SAW yg ana dpt dr blog enta... syukran lg skali bt enta... mg mnjadi hmba yg slalu mndpt cnta ALLAH n t'lalu rindukn kekasihNYA... amin... maaf dr ana... salam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita hanya berusaha.. taufik dan hidayah itu milik Allah..

      Delete
  9. Alhamdulillah... mohon share ye.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++