Berkorban Demi Cinta

Cinta perlukan pengorbanan. Satu kalimat yang sering di dengar, dan sudah terlalu banyak figur-figur yang sudah membuktikannya. Kita lihat dalam sejarah, matinya firaun kerana pangkat, matinya Qarun kerana harta, matinya Abu Jahal kerana kesombongan, matinya Romeo kerana seorang wanita. 


Persoalannya, kenapa mereka sanggup mati untuk benda-benda mengarut tu? Maaf.

Kerana mereka cintakan benda-benda tu.

Dan apa yang orang akan buat bila dah mula cinta akan sesuatu perkara tu, tak kisah lah benar ke batil?

Pengorbanan. 

Ok fine. Itu cerita lama, sekarang zaman dah maju. Zaman dah moden. Tak main dah Abu Jahal, firaun ni. Ok, baik, kita beralih ke pada sesuatu yang lebih up-to-date.. 

+++ 

Pernah dengar tentang Mother Teresa. Dia dilahirkan pada 26 Ogos 1910 dan mati pada 5 September 1997. Mother Teresa merupakan seorang wanita yang dikatakan sangat berjasa baik terhadap masyarakat miskin di India dan juga agama yang dianutinya, iaitu kristian. Dia meninggalkan kebahagiaan dan keseronokan pada usia 18 tahun, dengan meninggalkan rumahnya di bahagian timur eropah dan menjadi rahib di India. 
Di situ dia terkejut melihat penderitaan orang yang hidup di kawasan berpenduduk sesak di bandar. Dia sendiri terjun ke dalam perkampungan orang-orang India dan bergaul sama dengan mereka, mengeluarkan biaya yang bukan sedikit,bahkan dia pernah membuat satu perkampungan sendiri untuk orang-orang miskin di sana! Mother Teresa bekerja keras memberi bantuan makanan dan ubat kepada orang miskin dan sakit. 

Pernah pada suatu hari, Mother Teresa meminta semua penumpang memberi sisa makanan mereka kepada dia untuk diberikan kepada orang miskin! Kerana apa? Kerana dia yakin dengan janji tuhan dia, akan itulah kecintaan yang dicarinya. Hasilnya? Lebih daripada 2 juta jiwa di India yang berjaya dikristiankan oleh dia. Dan, puncaknya ialah pada tahun 1979 tatkala ia memperoleh hadiah Nobel Perdamaian. Hadiah wang sebesar 6000 dollar Amerika yang diperolehnya disumbangkan kepada masyarakat miskin di Kalkuta, India. Cinta melahirkan pengorbanan. 

+++ 

Beralih kepada golongan-golongan yang cuba merosakkan Islam dari dahulu sampai sekarang. Gerakan bawah tanah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sejak terusir dari tanah Arab. Intervensi mereka ke dunia akademik, khususnya filsafat, demikian juga ke dunia politik sangat terasa pada awal-awal perjalanan Islam. Mereka bahkan mampu menyusup masuk hingga ke jantung kaum muslimin. 

Permusuhan demi permusuhan yang terjadi antara tokoh-tokoh Islam di awal pergerakan Islam adalah ulah tangan mereka. Yang menghasut rakyat untuk membunuh Khalifah Utsman bin Affan, adalah Yahudi. Demikian juga yang memanas-manasi agar kaum muslimin menuntut balas atas kematian Utsman. Akhirnya Utsman tewas, demikian juga Ali. 

Dalam proses perkembangannya, penyusupan orang-orang Yahudi ini semakin canggih, hingga pada saatnya negara-negara besar juga berada dalam kendalinya. Yang paling mencolok adalah Amerika dan Inggeris, yang kini sedang berupaya mengalihkan perhatian dunia atas Israel dengan mengintimidasi Iraq. Secara ekonomi, kaum Yahudi di kedua adidaya itu sangat mampu, yang kemudian mereka boleh mengendalikan sektor politik. 

Setelah semua jaringan itu dirasa kuat, maka sejak itu mereka secara terbuka menyampaikan secara terang-terangan hendak membuat negara sendiri yang berdaulat dengan membawa bendera Yahudi. Negara yang dipilih adalah Palestin, yang didakwa sebagai tanah leluhur mereka. 

Pada tahun 1882, beberapa tokoh Yahudi mengumumkan gagasannya untuk menjadikan Palestin sebagai negara Yahudi dan mengusir ummat Islam dari sana. Umat Islam harus dipindahkan ke negara-negara tetangga yang masih luas. Gagasan yang berani ini kemudian direkomendasi oleh kongres Yahudi pertama, tahun 1897. Disebutkan di sana bahawa negara Palestin cukup menampung 15 juta bangsa Yahudi yang terserak di mana-mana. 

Kenapa mereka berani terus-terang menyampaikan gagasan ini? Karena memang negara-negara besar sudah berada dalam dominasinya. Selain Amerika dan Inggris, ada juga Perancis sudah boleh dikatakan “oke” terhadap semua gagasan Yahudi. Tokoh Yahudi memang menampati posisi-posisi strategis di negara-negara tersebut, yang dimulai dari media massanya. Orang-orang Yahudi menggunakan tangan Inggris untuk mewujudkan niatnya. Pertama-tama bangsa Arab dipujuk agar mahu memerangi pemerintahan Turki Utsmani dengan janji akan dimerdekakan. 

Setelah tentara Utsmaniyah diusir oleh bangsa Arab sendiri, maka Inggeris mulai ingkar janji. Inggeris tetap menguasai Palestin dengan cara menjadikannya sebagai pangkalan militer. Alasannya demi untuk melindungi terusan Suez. Dalam waktu yang sama imigrasi Yahudi ke Palestin terus membanjir, mencapai ratusan ribu orang. 

Diam-diam Inggeris sudah membuat perjanjian dengan Yahudi, yang kemudian dikenal dengan nama deklarasi Balfour. Isinya jelas, iaitu menjanjikan bangsa Yahudi untuk mendirikan negara merdeka di wilayah Palestin.  


Berjaya tak mereka untuk menguasai dunia? Ya, hampir berjaya. Pastinya kerja macam ni tidak memakan 10 hingga 20 tahun, tapi, seratus hingga seribu tahun. Biayanya juga bukan sedikit. Hasilnya, kita dapat lihat mereka berjaya hampir dalam semua perkara. Menguasai dunia, hinggakan hampir semua bidang, daripada hiburan, masuk ke politik, masuk ke perniagaan, mempengaruhi minda masyarakat hinggakan masyarakat kita sekarang jadi macam lembu, hidup semata-mata makan, tidur, kahwin, membiak, mati. Yang istimewanya lagi, mereka ni tak pernah merasakan mereka perlu menentang golongan-golongan memusuhi Islam ini. 

Semua mereka pegang! Kenapa? Kerana mereka yakin dengan apa yang mereka buat. Mereka yakin dengan janji dari tuhan mereka, “The Promises Land”. Dari mana datangnya yakin? Dari cinta. Dan ingat, Cinta melahirkan pengorbanan. 

+++ 

Belum lagi kita cerita tentang kes murtad di Malaysia yang dilaporkan oleh Ann Wan Seng (cari di Internet kalau tak kenal), lebih daripada 2 juta Muslim yang murtad sejak tiga tahun kebelakangan ni. Huh. Baru-baru ni wujud lak kisah Osama Berjaya dibunuh AS. Betul atau tak, saya tak tahu. Tapi kalau betul sekali pun, maknanya, AS berusaha selama 10 tahun untuk membunuh Osama, dan hasilnya, Osama mati. Tapi, apa pula kejayaan yang dah dicapai oleh umat Islam sejak 10 tahun kebelakangan ni? 

Negara-negara arab masih lagi duduk membisu dalam kekayaan melampau. Yang berperang saudara masih je macam tu. Yang Malaysia ni pula masih lagi tak berubah, jadi alat mainan golongan Yahudi dalam nak berikan kepentingan kepada mereka. Belum lagi kita masuk kepada cerita Kristian nak jadi agama rasmi, betul atau tak, saya tak tahu. Tapi kalau betul, maknanya nampaklah bibit-bibit usaha mereka dalam nak kuasai Malaysia ni. 

Kuncinya, akh. Kenapa mereka berjaya dalam apa yang mereka buat adalah, satu, kerana rasa cinta. Dari rasa cinta akan melahirkan rasa yakin. Dari situ pula akan melahirkan rasa untuk berkorban, berusaha bersungguh-sungguh.sampai ke tahap, biarkan mati, asalkan aku mati, dalam keadaan aku dah berbuat sesuatu untuk apa yang aku cintai. Macam tentera kamikaze Jepun, sanggup mati (bunuh diri) kerana cinta kepada maharaja. 


“Orang-orang yang beriman, mereka berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Taghut, maka perangilah kawan-kawan syaitan itu, sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah.”  
[QS an-Nisa’, 4:76] 
+++ 

Persoalannya. Kita di mana? 

Kita yang kononnya berada di atas agama yang benar, aqidah yang sejahtera, agama yang direhai Allah, agama yang menjadi rahmat sekalian alam ni. Kita di mana? 

Sejauh mana kita dah berbuat demi agama yang kita kata kita cinta separuh mati ni? 

Banyak mana harta yang kita dah habiskan untuk agama Allah ini? 

Banyak mana buah fikiran kita kita dah habiskan untuk agama Allah ini? 

Banyak mana pula masa dan tenaga kita kita dah habiskan untuk agama Allah ini? 

Atau, sebenarnya, kita merasa rugi apabila disuruh untuk berinfak, atau berkorban atas jalan Allah? 
'Rugi nanti aku akan tak ada duit, tak cukup masa, tak cukup makan, tak de portion nak having fun? ' 
Akhi, cuba dengar apa Allah pesan pada kita dan beberapa sirah untuk dijadikan sebagai pengajaran.. 

+++ 


Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Zaid bin Thabit, ketika Zaid bin Thabit menjadi penulis Rasulullah dan sedang menulis surah at-Taubah sehingga sampai kepada ayat perintah jihad, dia meletakkan pen ditelinganya. Rasulullah SAW menunggu wahyu yang seterusnya. Kemudian datang seorang buta bertanya. 

“Bagaimana saya yang buta ya Rasulullah?” 

Maka turunlah ayat ini (surah at-Taubah, 9:91) dengan member kelonggaran supaya tidak ikut berperang kepada orang yang lemah, cacat ataupun miskin (sampai tak ada apa-apa) asalkan mereka ikhlas kepada Allah. 

“Orang yang lemah dan orang yang sakit, dan juga orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidakl;ah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang yangnberusaha membaiki amalannya, dan Allah Maha Penagmpun, lagi Maha Mengasihani.” 
[QS at-taubah, 9:91] 

Masya-Allah! Seorang yang buta bertanya kepada Rasulullah akan kedudukannya dalam berkorban untuk agama Allah! Kita yang sihat ni pernah tak terfikir nak tanya tentang benda-benda tu semua? 

Dalam riwayat lain pula, dari Ibnu Hatim dari al Ufi dari Ibnu Abbas, ketika Rasulullah memerintahkan orang-orang berangkat berjihad bersamanya, datanglah segolongan sahabat di bawah pimpinan Abdullah bin Maqil al Muzani yang berkata, 

“Ya Rasulullah! Berilah kami tunggangan.” 

Rasulullah bersabda, 

“Demi Allah tidak ada lagi tunggangan yang dapat mengangkut kalian semua.” 

Berlinanglah air mata mereka menyesali diri kerana tidak ada bekalan dan tunggangan untuk turut serta berjihad dan berkorban di jalan Allah. Maka turunlah ayat, 

“Dan tidak juga berdosa orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu,” mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan air mata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).”  
[QS at-Taubah, 9:92] 

Mereka menangis sebab tak dapat nak pergi buktikan cinta mereka.. 

Kalau kita macam mana? Menangis atau sebaliknya? 

+++ 

Inilah peribadi-peribadi generasi yang akhirnya mampu membuat perubahan melalui dakwah mereka. Mereka bukan mencari alasan untuk tidak pergi berkorban dan berjihad, tetapi merekalah yang mencari-cari peluang, walaupun mereka buta, cacat, miskin tahap hardcore, dan lain-lain. Sampai menangis! Kita? 


Motor punya mahal. Kereta punya gempak. Duit punyalah berlambak. Badan punyalah tough. Lidah punyalah petah. Tapi apa yang kita dah sumbangkan untuk Islam? 

“Dan di antara orang-orang arab badui itu ada yang memandang apa yang diinfakkannya (di jalan Allah) sebagai suatu kerugian; dia menanti-nanti marabahaya menimpamu, merekalah yang akan ditimpa marabahaya. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” 
[QS at-Taubah, 9:98] 

Manakala, 

“Dan di antara orang-orang arab badui itu ada yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan memandang apa yang diinfakkannya (di jalan Allah) sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah dan sebagai jalan untuk (memperoleh) do’a Rasul. Ketahuilah, sesungguhnya infak itu suatu jalan bagi mereka mendekatkan diri (kepada Allah). Kelak Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat (syurga)-Nya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” 
[QS at-Taubah, 9:99] 

Belajarlah, belajarlah untuk berkorban. Kerana cinta perlukan pengorbanan. Demi cinta kita pada Allah. 

Jadi macam Abu Bakar as-Siddiq. Bukan setakat harta yang dikorbankan, bahkan jiwanya sahaja sanggup diberikan. Begitu juga dengan sahabat yang lain. 

Kerana apa kita kena berkorban? Selain daripada pembuktian cinta, kita mahukan apa yang digelar sebagai perubahan. 

Bagaimana kita nak expect masyarakat kita sekarang ni akan berubah. Jika dai’e nya sahaja masih bermalas-malasan, masih lagi bermatematik dalam nak berinfak untuk jalan Allah, tak sanggup mengorbankan masa, harta, perasaan untuk agama Allah. 

“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.” 
[QS al-Baqarah, 2:207] 

Dakwah itu mencipta perubahan. Sepertimana Rasulullah SAW mencipta perubahan pada bangsa yang jahil, kepada bangsa yang menjadi rujukan semesta alam! 

“Dan Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.” 
[QS al-Anbiya’, 21:107] 

Macam mana kita nak jadi rahmat kepada seluruh alam, jika kita masih lagi suka beralasan untuk tidak mahu melakukan tanggungjawab atau bebanan dakwah, masih lagi bermalas-malasan, dan lain-lain. 

Bukalah mata.. Bukalah hati.. 

“Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu. Janganlah kamu memilih yang buruk-buruk untuk kamu keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata (enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah Allah Maha Kaya, Maha Terpuji.” 
[QS al-Baqarah, 2:267] 
Berkorbanlah dengan kadar yang terbaik... 

“Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putra Adam, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka (kurban) salah seorang dari mereka berdua diterima dan dari yang lain tidak diterima. Dia (yang tidak diterima) berkata, “Sungguh aku akan membunuhmu!”. Dia berkata, “Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertakwa.” 
[QS al-Ma’idah, 5:27] 

Kedua-dua anak Adam itu berkorban, tetapii Allah hanya menerima korban dari orang yang bertakwa.

Mulakan pengorbanan itu dari hawa nafsu kita, terus menuju ke arah yang lebih susah hinggalah harta dan diri kita.. 

Setahap demi setahap.. 

Tapi, akhi, kalau antum hanya sekadar melafazkan cinta, tetapi pembuktiannya tidak ada. Baik antum tarik balik kata-kata tu. Memalukan. Kerana cinta perlukan pengorbanan. 



"macam mana mereka nak berkorban kalau cinta mereka pun masih tak betul..?"
khir al-imtiaz 
0057 
13 Mei 2011 

Comments

  1. sedih bila mana x ramai yg benar benar sanggup untuk berkorban demi Islam.

    ReplyDelete
  2. kena banyak bermuhasabah, bermujahadah. nak jadi orang yang bertaqwa macam inilah pengorbanan kena buat di dunia sebab mereka yakin di dunia ni bukan tempat untuk bersenang lenang. dan mereka yakin yang Allah lah sebaik-baik pelindung.

    ReplyDelete
  3. kena banyak bermuhasabah, bermujahadah. nak jadi orang yang bertaqwa macam inilah pengorbanan kena buat di dunia sebab mereka yakin di dunia ni bukan tempat untuk bersenang lenang. dan mereka yakin yang Allah lah sebaik-baik pelindung.

    ReplyDelete
  4. tq 4 this article.really inspired me :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?