Luahan: Untuk Hati Yang Keras


Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang kesunyian sahaja, maka yang paling sunyi itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia..

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang kurang kasih sayang sahaja, maka yang paling kurang kasih sayang itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia..

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang gagal dalam hidup atau kecewa sahaja, maka yang paling gagal dalam hidup dan paling kecewa ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia..

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang tiada tujuan hidup sahaja, maka yang paling tiada tujuan hidup ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia..

Tetapi, betulkah Rasulullah SAW dan para sahabat dia adalah orang-orang yang kesunyian, kurang kasih sayang, gagal dalam hidup, kecewa, dan tiada tujuan hidup?

Atau sebenarnya, merekalah orang yang paling bahagia, hidup penuh dengan cinta, menguasai dunia dan akhirat serta paling berjaya baik di dunia mahupun di akhirat?

Dan, atau sebenarnya KITALAH orang-orang yang kesunyian, kurang kasih sayang, gagal dalam hidup, kecewa, dan tiada tujuan hidup?

Jiwa kita kosong... Tiada pengisian.. Kalau ada sekalipun, hampir semuanya tertutup dengan dosa-dosa kita yang jaaauh lebih banyak dengan taubat yang sedikit dan sementara! 



ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ۚ وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]



Batu itu sudah meluncur jatuh kerana takutkan Allah. Bila pula kita dan hati kita mahu menjatuhkan diri kita kerana takutkan Allah?


----------
khir
12.49am
29-01-2013
cairo, egypt

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?