بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Friday, 4 January 2013

Oh Tenang~


Assalamualaikum WBT..

Pertama sekali, bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan saya peluang untuk menulis. Ops, silap, bukan peluang kerana peluang itu sentiasa ada, cuma kekuatan untuk menulis itu yang mungkin kurang. Apa masalahnya? Kalau nak diciptakan alasan, macam-macam kita boleh berikan, jadi biarlah rahsia~ -,-

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan sahabiahnya, ahli keluarga baginda, serta semua umat islam yang bertungkus lumus menegakkan kalimah syahadatain di dalam hati-hati masyarakat dunia pada hari ini yang kebanyakannya masih terkeliru denga hakikat berhala di dalam hati mereka masing-masing. Kita doa sama-sama pada Allah agar kita dan mereka diberikan rezeki untuk melihat suatu kebenaran itu sebagai kebenaran dan diberikan rezeki untuk mengikutinya.

Sama-sama juga kita berusaha untuk sentiasa mengikhlaskan diri kita masing-masing dalam menuntut ilmu dan beramal kerana mencari redha Allah dan mengharapkan syafaat daripada Rasulullah SAW.

Ketenangan Adalah Kurnia



Ketenangan. Sesuatu yang menjadi idaman semua yang bernama manusia. Baik dia adalah seorang raja mahupun hamba, hartawan atau miskinan, tua ataupun masih kanak-kanak, semua mengimpikan sesuatu yang kita panggil, ketenangan.

Apa itu ketenangan? Kalau kita lihat dari sudut medis, ketenangan itu ialah ketikamana seluruh fungsi, organ dan proses yang berlaku di dalam badan kita berjalan dengan normal secara fisiologi. Jantung kita akan berdegup lebih kurang 60-70 saat setiap minit, pada setiap saat itu juga setiap sel darah merah yang jumlahnya sebanyak 5 juta/mm3 akan mengalir di dalam salur-salur darah untuk menghantar oksigen dan nutrient yang mencukupi ke seluruh ceruk sudut di dalam badan dan di dalam masa yang sama mereka mengambil bahan buangan yang merbahaya seperti toksik dan karbon dioksida untuk disingkirkan melalui hati dan paru-paru dan lain-lain. Kemudian hati pula akan memainkan fungsinya dengan normal dan begitulah seterusnya.

Betapa hebatnya rekaan Allah SWT, ketika kita duduk diam tanpa masalah seperti sekarang, kita tidak merasai pun degupan jantung kita yang sentiasa berdegup deras setiap saat untuk memenuhi keperluan badan. Juga tidak merasa pergerakan darah yang berada di dalam salur-salur darah kita sekarang, sedangkan mereka terus mengalir dan mengalir. Kita juga tidak merasa pergerakan makanan yang kita makan yang sedang dihadam di dalam perut kita sekarang. Ini semua kerana semuanya berfungsi secara normal, dan itulah ketenangan.

Ketika kita tidak tenang seperti ketika kita sedang cemas, degupan jantung kita mulai melaju dan kita dapat merasainya dengan jelas, pernafasan kita mulai deras, aliran darah mulai terasa, beberapa fungsi seperti penghadaman dan penyingkiran akan terhenti, dan macam-macam lagi. Sama juga ketika mungkin tiba-tiba kiraan darah merah dalam badan kita mula mengurang, maka jantung terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk memenuhi keperluan oksigen yang mencukupi untuk setiap sel yang ada di dalam badan kita. Badan kita mula berfungsi di luar kenormalan dan kita mungkin terpaksa mengambil ubat-ubat tertentu untuk menenangkan segala-galanya kembali untuk sementara waktu.

Tetapi, bukan ketenangan itu yang saya mahu ceritakan di sini kerana ketenangan fizikal seperti yang saya nyatakan di atas dapat dirasai oleh semua manusia yang normal baik namanya Barrack Obama, Shimon Peres, Queen Elizabeth II dan lain-lain. Saya di sini mahu berceloteh tentang sebuah ketenangan yang membawa kita ke syurga. Ketenangan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan orang-orang beriman.



هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا


“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi [1395] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,” [1395] Yang dimaksud dengan tentara langit dan bumi ialah penolong yang dijadikan Allah untuk orang-orang mu'min seperti malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan dan sebagainya.
[QS al-Fath, 48:4]


ثُمَّ أَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَنْزَلَ جُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا وَعَذَّبَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ وَذَٰلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ

Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang- orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.”
[QS at-Taubah, 9:26]


لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبً

“Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mu'min ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya).” 
[QS al-Fath, 48:18]


Kalau kita tadabbur tiga ayat di atas, secara mudahnya kita akan dapat lihat bahawa ketenangan itu hanya kita akan dapat apabila Allah SWT sendiri yang menurunkannya.

Kalau kita nak mendefinisikan ketenangan ialah, ketenangan itu adalah rasa senang yang membawa kita semakin dekat dengan syurga. Ia juga adalah rasa yang membuatkan kita semakin yakin dengan janji dan pertolongan Allah (baik dalam masalah peperiksaan, jodoh, masa depan, untung rugi perniagaan dan lain-lain). Ia juga adalah rasa yang membuatkan kita semakin tenteram dan makin kukuh dengan perancangan dan jejak langkah yang kita akan tempuhi.

Kerana apa saya mendefinisikan ianya seperti itu? Kerana kalau kita dapat lihat pada dunia hari ini, berapa ramai manusia yang merasa tenang dalam bermaksiat tanpa bertaubat kepada Allah SWT? Berapa ramai pula manusia yang tanggungjawab-tanggungjawab dia dengan Allah SWT tidak terlaksanakan, tetapi dia merasa tenang seolah-olah tiada masalah? Berapa ramai pula manusia yang kita lihat tenang dalam meninggalkan ibadah-ibadah yang telah disyariatkan Allah kepada mereka baik sekecil-kecil ibadah hinggalah yang paling besar? Tenang dalam lagha, tenang dalam membiarkan ahli keluarganya hanyut dalam kejahilan dan lain-lain..

Persoalannya, apakah ketenangan yang dimiliki oleh mereka itu akan membawa ke syurga? Menjadikan mereka makin yakin dengan janji dan pertolongan daripada Allah? Asif. Belum tentu. Kerana tenang dalam maksiat itu bukan ketenangan, tetapi keseronokan dan kegembiraan semata-mata.

Cuba sama-sama kita bayangkan,

Agak-agak, remaja-remaja yang menghabiskan masa-masa mereka di kelab malam, dalam masa yang sama kita dapat lihat mereka begitu tersenyum dan ketawa sambil didampingi perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki yang tidak menutup aurat, meminum minuman keras, menelan pil-pil khayal, ganja dan dadah. Mereka keluar dari kelab malam itu dengan senyuman lebar, wajah yang memerah dan ketawa yang sangat kuat. Pada pendapat kita, adakah mereka itu orang yang gembira dan seronok? YA. Tetapi, apakah mereka mendapat ketenangan dan ketenteraman daripada apa yang mereka perbuatkan?


Agak-agak, remaja-remaja yang sedang hangat bercinta dengan pasangan-pasangan tidak halal mereka, saling bermesej, bertanya khabar ambil berat, berkongsi dan menyelesaikan masalah masing-masing, bahkan lebih dahsyat sampai ke tahap memuaskan nafsu masing-masing atas nama ‘tanda kesetiaan’. Mereka selalu tersenyum dan gembira? YA. Tetapi, apakah mereka mendapat ketenangan dan ketenteraman di sebalik apa yang mereka perbuatkan? 

Kalau kita pergi ke wad psikiatrik atau Hospital Bahagia, kita akan menemukan lebih ramai lagi orang-orang yang bergelak dan berketawa seolah-olah tiada masalah! Bahagia sungguh kita lihat. Tetapi, apakah mereka itu adalah orang-orang yang tenang?

Terpulang kepada sesiapa yang mahu bersetuju atau tidak, cuma apa yang pasti ketenangan itu hanya kita akan dapat apabila kita kembali kepada Allah. Kenapa? Kalau kita tadabbur disebalik makna ayat-ayat al-Quran yang saya sertakan tadi, kita akan dapat melihat bahawa ketenangan itu adalah milik Allah SWT semata-mata, dia bukan milik makhluk! 

Makhluk mungkin mampu memberikan kita keseronokan dan kegembiraan. Tetapi, kebahagiaan dan ketenangan itu adalah milik Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Siapa? Tentu saja pada mereka yang meyakini bahawa ketenangan itu ada pada Allah dan mencari serta berusaha ke arahnya. Kita lihat sahaja bagaimana Allah SWT menurunkan ketenangan kepada pemuda-pemuda Kahfi yang benar-benar meyakini akan Tuhannya bukan setakat dengan kata-kata, tetapi amal.


وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُونِهِ إِلَٰهًا ۖ لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا

Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri [875], lalu mereka pun berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran". [875] Maksudnya: berdiri di hadapan raja Dikyanus (Decius) yang zalim dan menyombongkan diri. 
[QS al-Kahf, 18:14]


Lihat juga di dalam kisah ketika Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar As-Shiddiq, ketika Abu Bakar menyatakan kebimbangannya jika mereka ditangkap kerana jarak mereka dengan musuh masa itu sangat terlalu amat dekat!


إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quraan menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [643] [643] Maksudnya: orang-orang kafir telah sepakat hendak membunuh Nabi SAW, maka Allah s.w.t. memberitahukan maksud jahat orang-orang kafir itu kepada Nabi SAW. Karena itu maka beliau keluar dengan ditemani oleh Abu Bakar dari Mekah dalam perjalanannya ke Madinah beliau bersembunyi di suatu gua di bukit Tsur. 
[QS at-Taubah, 9:40]


Masya-Allah. Itulah peribadi-peribadi yang begitu yakin dengan janji Rabb mereka, dan kemudiannya Rabb mereka tanpa segan silu menurunkan kepada mereka ketenangan-Nya untuk semakin teguh dan tenang dalam menghadapi situasi-situasi cemas dan mencuakkan dalam kehidupan mereka.

Kalau kita, ketika kita merasa cemas, apa yang kita buat? Apakah kita akan begitu yakin bahawa Allah akan membantu kita atau kita telah awal-awal lagi putus asa dengan rahmat Allah?


يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

“Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir".
[QS Yusuf, 12:87]


Kemudian, kita kadang-kadang merasa hairan ketika ramai orang yang begitu ragu-ragu dan sukar untuk meninggalkan kekasih mereka yang tidak halal? Jika mereka mencari ketenangan disebalik perhubungan itu, maka itu satu penipuan besar kerana, “ketenangan itu akan ada bersama dengan ibadah.” Hidup itu suatu ibadah. Cinta juga suatu ibadah. Jangan kita cemari nilai kedua-duanya dengan keinginan (hawa nafsu) diri kita sendiri.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” 
[QS ar-Ruum, 30:21]

pergh~


Persoalannya...

Kenapa kita tidak merasa tenang? Kenapa? Terlalu banyak faktornya. Antaranya, kerana kehilangan atau kejatuhan iman.

Asy-syahadah yang sejati akan melahirkan as-sa'adah atau kebahagiaan dan ketenangan yang sejati. Kita lihat sahaja pada diri Rasulullah SAW, kenapa baginda begitu tenang ketika dicaci, dimaki, diejek, difitnah oleh saudara mara dia sendiri, dipulau dan diancam bunuh! Kerana dia sangat yakin pada syahadahnya. Tiada Ilah (yang melindunginya) melainkan Allah.

Kenapa Umar begitu lantangnya menyatakan keislaman dan dengan tenang dia mencabar orang-orang untuk menghalangnya daripada berhijrah? Kerana, dia bersaksi tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, dan dia yakin dengan ikrarnya itu.

Kenapa para ulama’ terdahulu dan terkini sanggup memilih penjara, sebatan, tali gantung dan tembakan-tembakan? Seperti Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Taimiyyah, Sayyid Qutb, Dr Abdullah Azzam dan lain-lain lagi. Ketika ditawarkan untuk bebas, ada di antara mereka malah siap berani mengatakan, 


"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya reda menerimanya. Tetapi jika saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang yang zalim."



Kerana mereka yakin dengan janji Allah. Mereka bukan setakat menemui ketenangan di dunia, tetapi mereka mungkin telahpun menemui ketenangan yang sebenar di sisi Allah SWT.


Tips?

1) Carilah ketenangan itu ketika kita mendengar nama Allah dan ketika kita membaca ayat-ayat-Nya. Rutinkan tilawah, menghafal dan mentadabbur al-Quran. Kalau boleh, usahakan untuk menangis. Pasanglah lagu ESQ bagi feeling-feeling sket.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat- ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”
[QS al-Anfal, 8:2]

2) Carilah juga di dalam majlis-majlis ilmu. Jangan rasa berat, malas, letih, bagi alasan dan lain-lain. Tetapi, cubalah kita mencari jalan dan bermujahadah untuk melawan nafsu kita untuk hadir. Hanya syaitan sahaja yang bergembira ketika kita tidak berbuat kebaikan dan tidak datang ke majlis-majlis ilmu.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.


وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

“Tidaklah suatu kaum berkumpul di satu rumah Allah, mereka membacakan kitabullah dan mempelajarinya, kecuali turun kepada mereka ketenangan, dan rahmat menyelimuti mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah memuji mereka di hadapan makhluk yang ada didekatnya. Barangsiapa yang kurang amalannya, maka nasabnya tidak mengangkatnya.”
[HR Muslim, Abu Daud, dan Ibnu Majah]

Jadi, lepas ini, kalau ada orang ajak kita ke pengajian, usrah, halaqoh ke apa, janganlah kita menolaknya terutamanya ketika jiwa sedang kacau. =) 


3) Kemudian, rajin-rajinkan dan ringan-ringankanlah tulang untuk hidupkan solat malam. Cuba juga untuk menangis..


يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ
قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا
نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا
إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلً


"Hai orang yang berselimut (Muhammad),
Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari kecuali sedikit (daripadanya), 
(yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit.
atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan.
Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat.
Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan."
[QS al-Muzammil, 73:1-6]


4) Jaga juga akhlak kita dalam sehari-hari kita bergaul dengan masyarakat. Kata Rasulullah SAW, 

Kebaikan itu adalah jiwa yang tenang dan hati mereka merasa tenteram kepadanya. Sementara dosa adalah jiwa yang merasa tidak tenang dan hati tidak merasa tenteram kepadanya walaupun orang-orang memberi fatwa kepadamu.”
[HR Ahmad]

Jujur itu ketenangan, dusta keraguan.”
[HR Tirmidzi]


Konklusi

Ketenangan itu apa? Ketenangan itu adalah rasa senang yang membawa kita semakin dekat dengan syurga. Ia juga adalah rasa yang membuatkan kita semakin yakin dengan janji dan pertolongan Allah. Ia juga adalah rasa yang membuatkan kita semakin tenteram dan semakin kukuh dengan perancangan dan jejak langkah yang kita akan tempuhi.

Di mana nak dapatkan ketenangan? Minta dan carilah pada Pemilik ketenangan itu sendiri... 


يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
وَادْخُلِي جَنَّتِي


"Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,
masuklah ke dalam syurga-Ku.
[QS al-Fajr, 89:27-30]


Wa Allahu ‘alam..


MOHAMAD KHIR BIN JOHARI
UNIVERSITI AIN SHAMS, MESIR

9 comments:

  1. Good entry!! Thank you for your sharing us.. Keep on writing and keep it up akhi!! Invite stop by my blog as well.. =)

    ReplyDelete
  2. aku-bukan-robot.4 January 2013 10:23

    as-syahadah yang sejati itulah yang melahirkan as-saadah yang sejati.

    totally agree. Allah!

    ReplyDelete
  3. "tenang dalam maksiat itu bukan ketenangan, tetapi keseronokan dan kegembiraan semata-mata"

    maksiat itu macam panadol. ia tak pernah menyembuhkan, cuma membuat org yg sakit itu khayal sebentar dari sakitnya. maksiat jugak macam arak dan ecstasy. kesannya kejap, pelakunya ketagih dan akhirnya rosak dan berakhir tidak tenang, sakit jiwa dan gila.

    jzkk. karya yg berterusan menyentuh jiwa.

    ReplyDelete
  4. salam. asif, rasenye yg surah Yusuf tu, sepatutnye ayat 87, bkn 84. cube rujuk balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah~ syukran atas pemberitahuan.. sudah dibetulkan.. patut ana rasa macam pelik.. maklumlah, tulisan awal pagi~

      Delete
  5. khir dah tukar ke ain shams?

    woahhh.
    medic?

    may Allah give ease.

    ReplyDelete
  6. tenang dalam kesibukan dan arus dunia susah dicapai :( saya gagal

    ReplyDelete
  7. entah kenapa, Allah hadirkan tenang. rupanya ada berita yang maha dahsat yang pasti merenggut jiwa saya jika tiada ketenangan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++