بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Monday, 21 January 2013

Dakwah: Kejamnya Cinta


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah. Segala yang terpuji hanya untuk Allah. Segala selawat kita berikan kepada pesuruh Allah SAW. Sama-sama kita tajdid niat di hati kita untuk menuntut ilmu, membaca bahkan bekerja kerana Allah semata-mata.


4 bulan yang lalu. 

27 September 2012, Kuala Lumpur International Airport. Petanda bahawa sesuatu yang besar bakal menanti. Bukan kapal terbang atau jet pejuang, tetapi tanggungjawab yang tersedia menanti. Murobbi aku berpesan berkali-kali untuk mengikhlaskan niat, kemudian sempat bergurau dan berketawa bersama-sama ikhwah-ikhwah yang datang dari Perak. Ada yang escape kelas dan macam-macamlah mereka. Biasalah, ikhwah~. Call dan mesej daripada mereka yang tidak dapat hadir juga ada.

Merekalah yang mengajarkan aku erti kehidupan. Mengertikan kehidupan aku dengan tarbiyah dan dakwah.

Saat yang aku paling tidak mampu untuk lupakan ialah lambaian selamat tinggal daripada keluarga yang menjadi asbab kepada hidupnya aku di dunia ini. Ayah. Ibu. Angah. Acik. Akim. Melihat air mata mereka. Aku cuma mampu membalas dengan senyuman, tetapi sebenarnya hatiku juga deras. Entah bilalah agaknya aku dapat berjumpa dengan mereka. Teringat kata-kata ayah,

“Kalau ayah hidup lama lagi, kita jumpa lagi ya, nak..”

Ok.. Airmata pun dah mengalir. Cukuplah dengan intro yang menyedihkan. Supaya aku sentiasa ada di batas realiti.

~kredit~

ini cerita sekarang..


Keperluan sebuah kehidupan

Kalau hidup untuk keperluan dunia sahaja kita tidak mampu untuk bina dalam keadaan bersendirian. Inikan pula hidup untuk keperluan tarbiyah dan dakwah disamping membina dunia dalam keadaan bersendirian, tentu sahaja kita akan mudah merasa lemah, letih dan jemu. 

Impaknya sahaja mungkin tidak sebesar mana. Mungkin, itulah yang saya sedang hadapi sekarang. Ada ikhwah, tetapi mereka jauh di Malaysia, tidak dapat membantu banyak melainkan motivasi dan masukan serta idea.

Namun, saya bersyukur kepada Allah, dicelah-celah keseorangan itulah saya belajar untuk membina diri. Tarbiyah dzatiyah perlu diperkemaskan lagi. Pergantungan kepada Allah perlu diperkuat. Penghayatan terhadap sirah perlu diperdalam. Skill dalam dakwah, pengisian dan pembinaan perlu dinilai dari masa ke semasa.

“Akhi, ana cemburu tengok antum..” 
“Allah.. Akhi, antum jangan cakap macam tu..” 
“Kenapa antum tak pernah putus asa?”
"Putus asa? Hmm. Kalau ana mahu berputus asa, tentu sahaja masa di UTP dahulu ana dah berputus asa. Tetapi, kalau ana berputus asa, apa lagi yang ana mampu untuk lakukan? Tarbiyahlah yang menghidupkan ana..”


Tarbiyah menghidupkan kita?

KENAPA KITA TARBIYAH?

KENAPA KITA BERDAKWAH?

KENAPA KITA BERUKHUWWAH?

KENAPA KITA MENJADIKAN HIDUP KITA BUKAN UNTUK DIRI KITA TETAPI UNTUK ISLAM?

KENAPA?

pemandangan dari bilik


Tanyakan pada diri. Kamu ada jawapannya. Kalau tiada, bolehlah mencari skema jawapan daripada murobbi masing-masing atau pada ‘Encik Hati’ masing-masing.


Itu semua angkara cinta

Pada saya, tarbiyah dan dakwah itu adalah cinta.

Cinta? Ya, cinta. 

Dia akan mengambil, merampas dan mengikis segala-galanya yang ada pada diri kita baik cepat mahupun perlahan.

Dia akan menuntut usia, harta, profesi, keluarga, bahkan diri kita sendiri untuk kepentingan dia. Satu demi satu. Tanpa rasa kasihan.

Dia akan ceroboh fikiran kita hinggakan setiap saat kita akan berfikir mengenainya.

Dia akan merobek hati kita dan menghalau segala-galanya keluar agar cuma dia sahaja di dalamnya.

Dia akan menyita mimpi-mimpi kita hinggakan dalam tidur kita pun dia hadir.

Dia akan membutakan dalam kelazatan beriman dan beribadah kepada Allah.

Dia akan menggilakan kita dalam menentukan sikap yang benar hingga manusia memandang kita sebagai “ghuroba”

Dia akan melupakan kita tentang perasaan peribadi kita, yang penting ialah Dia.


Cinta itu ialah tarbiyah. Itulah dakwah. Itulah hidupku. Itulah jalan kekasih Allah. Itulah jalan kepada Allah..

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ 
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[QS Ali 'Imran, 3:31]

قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ 
Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".
[QS Yusuf, 12:108]


Kejamnya cinta? Tak terseksa ke?

Bila sudah cinta, taik kucing pun rasa coklat.

Percayalah, sebuah kehidupan itu pasti tiada makna jika bukan Allah menjadi tujuan.

WaAllahu'alam

hadiah daripada seorang al-akh @mabitUTP2011


KHIR
0211 hours
21 January 2013
#doakan aku bertemu cinta-Nya dan keredaan-Nya

6 comments:

  1. assalamualaikum...dh lma sy x snggah blog akhi. akhi belajar dkt mna sekarang? jordan ka?
    akhi, apa mksud "ghuroba'?
    n sy nak tnya akhi, mcm mna kita nak cintai sseorang itu kerana Allah, bukannya kita cintai kerana nafsu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) akhi belajar dkt mna sekarang?
      "ana di Mesir.."

      2) akhi, apa mksud "ghuroba'?
      ghuroba itu membawa maksud asing, pelik, dagang..

      3) "mcm mna kita nak cintai sseorang itu kerana Allah, bukannya kita cintai kerana nafsu?"

      hmm.. cinta seseorang kerana Allah tentu sahaja perlu dilihat pada niat. jika niat memang benar kerana Allah, alhamdulillah, satu markah.. ^^

      cuma, niat sahaja belum tentu menghalalkan cara. maknanya, cara untuk bercinta itu juga perlu dilaksanakan atas jalan-jalan yang telah ditetapkan oleh Allah.. bagaimana? hehe.. tentu sahaja dengan pernikahan..

      jika tidak mampu maka berpuasalah untuk menundukkan hawa nafsu.. ada hikmah lain iaitu puasa dapat berjimat cermat untuk belanja kahwin nanti,.. =)

      Wa Allahu 'Alam..

      Delete
  2. Benarlah bila cinta ia menuntut pengorbanan . Moga Allah redha

    ReplyDelete
  3. salam,

    sepertinya pemandangan dari arma,bukan?

    moga teguh dgn tarbiyah dzatiyah. moga teguh dgn bantuan2 dari Allah. moga teguh dgn doa2, dan semangat dari ikhwah seperjuanga..

    harus diingat anda juga hak ditarbiyah. tuntutlah ia supaya anda boleh mentarbiyah dgn baik. :)

    ReplyDelete
  4. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++