بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Tuesday, 24 April 2012

Reunion di Syurga

"Akhi, ana dah plan dengan kawan-kawan untuk buat reunion." 
"Reunion? Untuk apa?" 
"Reunion itu kami rancang nak buat di syurga." 
"Ha? Syurga?"

Masya-Allah. Terkejut aku mendengarnya. Ada juga orang yang membuat ketetapan seperti itu dalam kehidupan mereka.

"Jadi, sebelum kami buat reunion, kami rancang untuk..."

Ok, aku dah tak ingat apa janji setia yang mereka ucapkan. Kerana hati aku duk sibuk berfikir mengenai reunion yang sangat pelik, tapi hakikatnya sangat indah. Teringat pula ada ikhwah yang memberitahu  satu musykilah semasa atas motor menuju ke surau untuk solat maghrib.

"Akh, ada yang bertanya, di dalam syurga nanti kita akan bersama dengan siapa? Ikhwah-ikhwahkah, zaujahkah, keluargakah, atau siapa?"

Hmm.. Satu sahaja jawapan yang aku teringat dan terfikir,

"Dia akan bersama dengan siapa dan apa yang dia cintai.."

Dari Anas bin Malik r.a dia berkata:

“Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “Bilakah hari kiamat akan berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.”  
[Imam al-Bukhari dan Muslim] 

Dalam hadis yang lain iaitu riwayat Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa dia berkata: 

“Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Ya Rasulullah, apa pendapat baginda tentang seseorang yang mencintai suatu kaum namun dia tidak mampu menyamai (amalan saleh) mereka?” Maka Rasulullah saw menjawab, “Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai.” 
[Imam al-Bukhari dan Muslim]

Kisah lain yang aku dapat pada hari yang sama,

"Anak saya sekolah di SMKA Bota, kamu rasa apa dia patut ambil lepas SPM nanti ya?"

Dengan sangat bersemangat seperti seorang motivator, ikhwah itu pun bertanya dalam erti kata mahu menolong pakcik yang dalam dilemma itu tadi,

"Anak pakcik itu, dia cenderung ke mana?"

Dengan tenangnya pak cik itu menjawab,

"Dia kata, cita-citanya nak mati syahid."

Ikhwah itu pun terus diam. Malas nak sambung. Kalau dah itu cita-citanya, mana ada universiti yang sesuai nak dicadangkan.


Itulah idaman hati

Ramai orang yang mahu merebutkan syurga dan saya yakin kita yang sedang membaca sekarang ini juga mengimpikannya.

Nabi Nuh dituduh gila bersama dengan kapalnya ditengah padang pasir kerana yakin tentang syurga, Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api kerana yakin akan syurga, Nabi Musa dituduh 0pemberontak dan penyesat kerana yakin mengenai syurga, Nabi Isa dikhianati oleh kaumnya kerana yakin terhadap syurga, dan Nabi Muhammad SAW bermandi darah, dituduh pemecah belah kaum, ahli sihir dan orang gila hanya kerana yakin terhadap syurga. Maka, kita bagaimana?

Abu Bakar menginfakkan seluruh hartanya berkali-kali dalam sejarah umat Islam, hanya kerana mahukan syurga. Umar yang keras dalam urusan dunia, tetapi menangis seperti kanak-kanak ketika tahajjud bersama Rabb-nya kerana impikan syurga, Khalid bin Walid terus menerus mengejar kesyahidan memburu syurga dalam setiap peperangan hinggalah dia akhirnya wafat di atas katilnya sendiri. Kita?

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ  
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”  
[QS al-‘Ankabut, 29:2-3] 

Ayuh..

Impikanlah syurga itu dan carilah jalan untuk ke sana. Ingat pesan Rasulullah,

"Syurga itu telah dihiasi dengan perkara-perkara yang tidak disukai, dan neraka itu telah dihiasi dengan perkara-perkara yang sesuai dengan syahwat,”  
[HR Muslim]

Jadi, bersabarlah. Jangan kita expect bila kita nak ke syurga, maka jalan kita itu akan dihamparkan dengan karpet merah. Tidak. 

Tetapi, dakwah ini akan terus mengalir menuju redha Allah. Marilah kita letakkan diri kita bersama alirannya. Sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar kita benar-benar dapat mencapai tujuan akhir daripada hidup kita, itulah Redha Allah.



Konklusinya

JOM! KITA REUNION DI SYURGA NANTI!

“Seutama-utama orang yang mati syahid adalah orang-orang yang berperang di barisan yang paling pertama dengan tidak memalingkan wajah mereka sama sekali hingga terbunuh. Mereka itu akan berguling-guling di kamar-kamar utama di syurga. Rabb-mu tersenyum kepada mereka. Jika Rabb-mu tersenyum kepada seorang hamba di suatu tempat, maka tiada hisab (perhitungan) lagi atasnya.” 
[HR Ahmad, Abu Ya’la dan Thabrani dari Abu Nu’aim bin Hammad]

Tapi...

"Akh, syurga tu banyak tingkatannya, kita nak buat reunion di tingkat mana satu?"

Kalau dapat buat reunion geng-geng tukang sapu syurga pun jadilah. Daripada buat reunion geng-geng maharaja dalam neraka. Hoho..


الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ  
"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa." 
[QS Az-Zukhruf, 43:67]

7 comments:

  1. wah, bez nyer dpt wat reunion.. nk cr ramai geng2 lah..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, seronoknya punya sahabat yang sentiasa mengingatkan ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah akh, udah dibaca

    ReplyDelete
  4. salam. alhamdulillah,pengisian yg amt baik. maaf,sy yg amat dhaif ingin berbicara..mohon diperbetul ats sgla silap dan kekurangan sy.
    dlm artikel ini ade ditulis>Abu Bakar menginfakkan seluruh hartanya berkali-kali dalam sejarah umat Islam, hanya KERANA MAHUKAN SYURGA..
    ade seseorg yg amat sy hormati & kasihi ade menyebut..para shbt dan wali2 ALLAH bile melakukan sesuatu hnylah kerana ALLAH, bkn kerana syurga. dan kalau x silap sy, ade wali ALLAH atau ahli tasawuf yg menghukum kafir jika melakukan sesuatu krn inginkan syurga. ( yg ini x silap sy hny utk ahli tasawuf yg nyata bkn seperti kite org awam, tetapi mrka ini sgt tinggi darjatnya dan hukum ini hny UTK DIRI MEREKA SHJ[ahli tasawuf] bkn utk org awam spt kite)>mohon diperbetul kenyataan ini jika salah.. yg ingin sy bawakan di sini ialah ini menunjkkan betapa mrk tdk membenarkan diri mereka bernafas dan melakukan satu ape pun melainkan hny krn ALLAH semata -mata. Dan sy amat yakin para shbt yg sgt tinggi darjatnya, mereka melakukan sesuatu krn cinta mrka kpd ALLAH, bkn krn mereka mahukan syurga. mereka ini golongan yg sgt mencintai ALLAH yg x meminta syurga sbgai blsn di ats amalan mrka.
    saya amat yakin penulis tdk bermaksud para shbt melakukan sesuatu perkara krn igin menghuni syurga. .tetapi ayat penulis seakan-akan menyatakan shbt melakukan perkara itu krn mahukan syurga.dan sy sdh nyatakan diatas bhwa mrk tidak sesekali melakukan sesutu krn mahukan syurga ttp semata-mata krn cinta mrka kpd ALLAH.barangkali ayat penulis mgkn boleh diubah sedikit agar tidak lari dari mksd sbnr
    maaf andai ape yg sy bicarakan tidak betul atau silap. sy ternyata amat dhaif,, mohon diperbetulkan sgala salah dan silap sy.

    ReplyDelete
  5. Jzzk Akh sebab buat Taman-taman syurga dulu dalam setiap penulisan Akh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++