Teruslah Bersangka Baik Dengan-Nya

Senario minggu peperiksaan di UTP..
"Akh, teruklah.." 
"Apa yang teruk?" 
"Entahlah, ana dah cuba sehabis baik dah. Tapi, mungkin agak terlewat." 
"Hmm.. Nak ana bacakan tazkirah untuk antum tak?" 
"Apa dia?"

Ikhwah itu segera mengambil telefon bimbitnya dan membacakan..

+++
Jangan menangis... Jangan lemah... Jangan takut...
Berikan usaha yang terbaik
“Dan bahawa manusia hanya akan memperoleh apa yang telah diusahakannya” 
[QS an-Najm, 53:39]
Dan bersangka baik terhadap Allah bahawa Dia juga akan memberikan kita yang terbaik...
أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله 
"Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan." 
[HR Ahmad, Ibn Hibban]

"Macam mana?" sambil tersenyum melihat ke arah aku.

+++

Terdetik di dalam hati..

'Dia baca tazkirah yang aku mesej pada ikhwah-ikhwah semalam. Masya-Allah. Hebatnya percaturan Allah.' 

Mungkinlah, kerana itu Nabi Muhammad SAW sendiri suka apabila mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran dari mulut para sahabatnya. Kerana mungkin ianya lebih masuk ke dalam hati kita sendiri..

+++

Daripada Abdullah bin Mas'ud berkata, telah bersabda Nabi kepadaku,
"Bacakanlah al-Quran untukku". 
Lalu aku berkata,
"Wahai Rasulullah, bagaimana aku akan membacakannya sedangkan ianya turun kepadamu? 
Rasulullah bersabda,
"Aku suka mendengarnya daripada bacaan orang lain". 
Maka aku bacakan surah An-Nisa' sehinggalah sampai pada firman Allah Ta’ala:
"Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu)".
Maka Rasulullah SAW tak dapat manahan tangisnya, air matanya meleleh dan dengan tangannya diisyaratkan kepada Ibnu Mas’ud yang maksudnya: 
“Cukup …,cukuplah sudah, hai lbnu Mas’ud …!”
[HR Bukhari]
+++

Ikhwah lain yang turut ada di sana turut bersuara,

"Tak pe, akh. Yang penting antum dah berusaha. Sekarang ni antum bersangka baiklah terhadap Allah. Jangan fikir yang bukan-bukan. Ada dua lagi paper yang antum kena fokus sekarang ni."

Ketenangan mulai hadir di celah-celah keindahan ukhuwwah yang diikat atas dasar iman. Insya-Allah.

Jangan kalah sebelum bertanding!
+++

Pesanan untuk diri:

Teruskan berusaha. Selamatkan apa yang masih boleh diselamatkan. Dan anggaplah bahawa ini amaran dari Allah untuk dirimu buat kali ketiga.

Jika kau masih lagi kekal dalam keadaanmu yang lama, tidak mahu berubah, masih lagi bermalas-malasan dan tidak bermujahadah (bersungguh-sungguh). Maka sama ada kau akan menangis, atau lebih teruk lagi kau membuat mereka yang menangis.

Terus dan tetap terus berusaha!

Dan bersangka baiklah terhadap Allah bahawa Dia akan berikan kita yang terbaik.

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني 
"Aku berada di atas sangkaan hamba-hamba-Ku, dan Aku bersama mereka apabila mereka mengingati-Ku. 
[HR Muslim]

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi,

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله 
"Aku berada di atas sangkaan hamba-hamba-Ku, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan."
[HR Ahmad, Ibn Hibban]
insya-Allah, ada satu untuk aku. Ameen.
terus susun strategi dan mujahadah dalam melaksanakannya

dan jangan putus asa dengan doa
"Strive"
khir al-imtiaz
0410pm
9-9-2011

Comments

  1. doa ; antara doa akan dimakbulkan serta merta, doa akan dimakbulkan selepas jangka masa yg amat panjang, doa yg akan dimakbulkan ketika hari kiamat. hebatnya perancangan Allah SWT

    ReplyDelete
  2. belum lambat kot nak wish good luck utk exam akhi
    All the best ye
    bit taufiq wan najah fi imtihan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?