Dimensi Dunia
Alhamdulillah. Selawat dan salam untuk Muhammad SAW serta para Rasul dan nabi sebelumnya, dan juga kepada sesiapa sahaja yang senantiasa bertungkus lumus menguras idea dan tenaga demi menegakkan kalimah
Baik dalam diri sendiri mahupun dalam diri orang lain.“لا إله إلا الله”
Cuba kita renungkan sejenak beberapa perkara yang biasa kita hadapi dalam hari-hari kehidupan kita, namun seringkali kita seolah-olah terlepas pandang mengenainya. Atau mungkin kita perasan mengenainya, tetapi kerana keegoan yang bertumpuk dalam diri, maka kita mengabaikannya demi kepentingan diri atau apa sahaja.

Dan cuba kita lihat disekeliling kita juga. Berapa ramai orang Islam yang mempunyai al-Quran peribadi. Atau minima, satu rumah ada satu al-Quran. Insya-Allah, saya yakin, budaya rakyat Malaysia mereka sangat saying pada al-Quran walaupun mereka kadang-kadang tak membacanya, tapi setiap rumah di Malaysia ni saya yakin dan bersangka baik, ada minima satu al-Quran. Setuju?

"Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
[QS Ali ‘Imran, 3:14]
Dan, dari banyak-banyak rumah yang memiliki al-Quran tadi, berapa ramai yang mengfingsikan al-Quran itu dengan sangat baik. Ramai-ramai ahli keluarga duduk untuk membacanya, walaupun bukan setiap malam, minima seminggu sekali. Berapa kerap pula ayat-ayat al-Quran menjadi penyeri rumah tersebut, atau lagu-lagu yang berbaur mengajak kepada kesesatan lebih mendapat tempat? Atau mungkin ayat-ayat al-Quran itu hanya menjadi hiasan dinding untuk menghalau hantu, bukan menjadi hiasan kepada hati pemilik rumah itu sendiri? Setuju?
“Dan barangsiapa berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pengasih (Al-Quran), Kami biarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya.”
[QS Az-Zukhruf, 43:36]
Berapa ramai pula ibu dan ayah kita yang bertungkus lumus mencari duit dengan alasan untuk menyara keluarga agar hidup lebih senang dan tidak susah. Tetapi hakikatnya, adakah duit itu akan menjadi penyebab ketenangan rumah tangga atau sebaliknya? Anak-anak terbiar tanpa pantauan. Orang gaji pula yang menjadi ibu bapa mereka. Lebih malang jika anak dihantar ke nursery. Tetapi, berapa ramai pula ibu dan ayah yang bertungkus lumus belajar ilmu agama dengan alasan untuk menjaga keharmonian rumahtangga dan memastikan anak-anak yang disayangi itu mendapat didikan agama yang sempurna dari keluarga sendiri, bukan cikgu yang entah mana datang pun kita tak tahu. Kalau kita mahukan didikan agama, mana lebih kita prefer? Mak ayah kita sendiri yang ajar, atau cikgu yang ajar? Yang mana lebih indah?
Berapa ramai ibu bapa yang cukup risau jika anak-anaknya mendapat keputusan teruk dalam peperiksaan pendidikan formal yang diwajibkan kerajaan. Mereka sanggup menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan, tuisyen bahkan ke luar negara untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan formal yang terbaik. Tetapi, berapa ramai di antara masyarakat kita sekarang ini yang sanngup berbuat hal yang sama agar anaknya mendapat pendidikan agama yang benar? Lebih ramai lagi ibu bapa yang sangat risau jika anaknya tidak reti membaca! tetapi, berapa ramai pula ibu bapa yang risau jika anaknya tidak reti untuk membaca Al-Quran?
Berapa ramai yang tidak mahu terlibat dengan kerja dakwah hanya kerana alasan masih belajar, takut sibuk. Jika bukan ketika masih belajar, bila lagi? Ketika sudah bekerja? Siapa yakin semasa bekerja nanti kita akan semakin mudah berdakwah kerana sudah tidak sibuk? Kalau begitu, tunggu selepas kita nikah? Siapa yakin semasa dia sudah berkeluarga nanti masa akan semakin lapang untuk berbuat kerja dakwah? Atau mungkin ketika sudah tua? Ketika mata sudah kabur, tulang sudah reput, nak berdiri pun sudah tidak larat. Di saat itu baru kita mahu memulakan langkah dakwah? Itupun jika kita sempat merasai tua.
Berapa ramai yang tidak mahu terlibat dengan kerja dakwah hanya kerana alasan masih belajar, takut sibuk. Jika bukan ketika masih belajar, bila lagi? Ketika sudah bekerja? Siapa yakin semasa bekerja nanti kita akan semakin mudah berdakwah kerana sudah tidak sibuk? Kalau begitu, tunggu selepas kita nikah? Siapa yakin semasa dia sudah berkeluarga nanti masa akan semakin lapang untuk berbuat kerja dakwah? Atau mungkin ketika sudah tua? Ketika mata sudah kabur, tulang sudah reput, nak berdiri pun sudah tidak larat. Di saat itu baru kita mahu memulakan langkah dakwah? Itupun jika kita sempat merasai tua.
Berapa ramai pula yang mengaku diri mereka Islam. Tuhan mereka Allah. Tetapi akhlak mereka tidak ubah seperti umat yang jahil. Berapa ramai masyarakat hari ini yang meletakkan tawakalnya pada Allah? Atau tawakal mereka lebih kepada duit, pangkat dan usaha semata-mata?
Kita di mana? Adakah kita sedang menelusuri jalan yang menuju syurga, atau sebenarnya jalan yang kita ikuti ini berpenghujungkan kebinasaan?
“Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan kereka hanyalah membuat kebohongan.”
[QS Al-An’am, 6:116]
![]() |
ustaz sampul.. |
“Diriwayatkan pula dari Umar RA ketika berjumpa Ali bin Abi Thalib. Ketika itu, Umar bertanya kepada Ali tentang fitnah. Ali menjawab, “Ketika mereka memahami agama bukan untuk beragama. Mereka belajar bukan untuk beramal. Mereka mencari dunia dengan amal akhirat.””
[Dr. Taufik al-Wa’iy, Dakwah ke Jalan Allah, m/s 421 (Robbani Press)]
Semua di atas hanya sekadar permasalahan atau simptom penyakit umat yang timbul. Sama ada kita terima atau tidak, bagi saya, itulah kenyataan pahit yang harus kita telan dengan air mata. Setuju?
“Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi…”
[Umar al-Khattab]
Langkah penyelesaiannya?
khir al-imtiaz
05565pm
25-September-2011
Comments
Post a Comment