Dakwah: Kenapa Kita Asyik Di Tolak?




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


"Weyh, maaflah, aku ada hal, tak dapat datang usrah kau. Maaf ya.."

"Aku letih sangatlah semalam, kalau aku datang pastu tidur nanti tak elok pula.."

Sebagai seorang murobbi, naqib atau secara umumnya kita gelar sebagai pendakwah, pasti akan wujud rasa sedih dalam diri kita ketikamana insan-insan yang kita ajak untuk berusrah, berhalaqoh atau secara umumnya kita katakan membuat usaha kebaikan, malahan ditolak, diberikan alasan dan macam-macam lagi yang membawa konklusi akhir iaitu, "Dia tak datang.."

Sedih itu wajar. Kerana itu Allah SWT telah awal-awal lagi mengingatkan kepada kita bahawa, 


وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ 

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

[QS Ali 'Imran, 3:139]


Kalau kita perhatikan lagi di dalam muka surat lain daripada surat cinta Allah kepada hamba yang membacanya,


فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

"Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Qur'an)."

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya."

[QS Al-Kahf, 18:6-7]


Dakwah atau seruan kita ditolak? Itu biasa. Dakwah kita difitnah sesat, tidak ikut syariat, tiada ustaz yang mursyid? Itu biasa. Orang kata kita ini syadid, keras, tidak mengikut waqi'? Itu biasa.

Yang luar biasanya ialah ketikamana kita masih juga dapat bertahan dan terus berusaha mencari benih yang baik untuk ditanam agar tumbuh menjadi pohon yang baik lagi rendang dan manfaatnya. Itu luar biasa! Ketikamana manusia lain berlumba-lumba dan saling tolong menolong untuk menebang dan mambaling batu kepada kita, kita malahan membalas perbuatan makar mereka dengan buah-buahan yang enak dan senyuman yang manis. Itu.. Luar biasa..

Kerana itu memang hakikatnya. Untuk mencari manusia yang akan membantu dan berkorban bersama-sama kita untuk mengajak manusia mengenal islam dan iman, ternyata itu sangatlah amat susah. Tetapi, untuk mencari mereka yang hendak menghalang usaha dakwah, tidak perlu dicari! Mereka akan datang sendiri. Yang lebih menyedihkan lagi apabila yang menghalang, mengfitnah dan memburuk-burukkan kita itu kadang-kadang ada title "ustaz" dan graduate dari Timur Tengah dan sebagainya, dengan alasan yang kadang-kadang tidak boleh diterima akal, "kerana kita bukan daripada jemaah mereka!"

Macam-macam..

Jadi, biasalah itu dakwah ditolak..


“Ditunjukkan padaku berbagai umat. Ada nabi yang hanya bersama seorang pengikut. Ada pula bersama dua orang pengikut. Ada yang bersama sekumpulan (kurang daripada sepuluh orang). Adapula nabi yang tiada seorang pun bersamanya…”. 

[HR Bukhari dan Muslim]


Kalau kita perhatikan kata Rasulullah SAW ini, ada nabi yang tiada pengikut! Takkanlah seorang nabi tidak berdakwah sampai tiada pengikut? Seseorang yang dapat wahyu secara langsung daripada Allah SWT. Tapi, kenapa dia tiada pengikut? Ana yakin bukan kerana dia tidak berusaha, tapi kerana masyarakat yang tidak mahu.

Namun tiada seorang nabi pun yang mengubah prinsipnya kerana inginkan pengikut. Sekalipun terpaksa menghadapi suasana kontang. Lihat saja Nabi Nuh a.s. seperti yang dirakamkan oleh al-Quran dalam surah Nuh.




Cuma akhi.. Itu semua faktor eksternal. Kita perlu mengoreksi dan mengintrospeksi kembali diri kita dengan lebih dalam untuk mencari apa sebenarnya punca masalah kita, "Kenapa dakwah kita ditolak?"

Kenapa kadang-kadang kita lihat ada orang yang gagap, tidak belajar agama, tidak pernah hadiri dauroh skill, dan macam-macam lagi kekurangan yang dia ada, tetapi begitu ramai mad'u mutarobbi yang begitu rindu kepada dia?

Kenapa kadang-kadang kita lihat ada orang yang gagah, tinggi ilmu agama, dna macam-macam lagi kelebihan yang dia ada, tetapi ramai orang yang membenci atau tidak terkesan apabila duduk bersama mereka?

Ketika saya menyelak beberapa buku untuk mencari masalah sebenar kenapa usaha dakwah saya tidak menjadi seperti saya duduk di Malaysia (walaupun tidaklah hebat manapun~ haha), saya menjumpai satu kata sepakat daripada dua orang penulis yang sangat terkenal dengan prestasi dakwah dan tarbiyah mereka iaitu Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan Muhammad Abduh. Mereka secara tidak langsung sepakat meletakkan kunci pertama dalam keberhasilan dakwah yang kita usahakan ini akan sangat tergantung kepada kekuatan Iman! Iman yang ampuh, tidak tergoda dengan kemasyhuran, kesibukan dunia, kekayaan, wanita dan macam-macam lagi!

Syeikh Muhammad Abduh dalam bukunya "Apa Erti Komitmen Aktivis Dakwah", membahagikan suatu pergerakan dakwah itu kepada dua dimensi. Satu, dimensi iman. Yang kedua, dimensi kerja. Apabila suatu usaha dakwah itu tersangkut atau gagal, maka setiap murobbi, ikhwah, akhwat atau qiyadah perlu memerhatikan kembali dua dimensi ini dalam setiap ikhwah dan akhwat yang ada. Kehilangan ruh di salah satu dimensi ini akan menyebabkan dimensi yang lain tidak dapat melakukan fungsinya dengan baik, maka wajarlah satu usaha dakwah itu gagal.

Syeikh Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi pula menggambarkan dalam bukunya, "Aku dan Ikhwanul Muslimim", bagaimana para ikhwan yang ditangkap, diseksa dan ditekan oleh pemerintah pada zaman awal-awal dakwah mereka ialah mereka yang sentiasa berfikir bagaimana hendak beriman pada Allah baik dalam keadaan bebas atau dipenjara. Sebelum mereka memasuki penjara, mereka tidak berfikir bahawa Allah telah menzalimi mereka atau memikirkan cara untuk lari dari penjara atau membunuh presiden dan sebagainya. Tetapi, yang mereka fikirkan ialah "BAGAIMANA MAHU MENGUBAH PENJARA MENJADI MASJID?".

Menjadikan mereka semakin kuat dan kuat hinggakan wajar sahaja fikrah dakwah mereka tersebar hampir ke seluruh pelusuk dunia, menggegarkan kebatilan dan memancarkan kebenaran dalam hati-hati manusia yang dahagakan identiti Islam.

Dimensi kerja? Sebagai pelajar perubatan, kejuruteraan dan macam-macam lagi bidang profesional yang kita lalui sekarang ini, saya yakin bahawa dimensi kerja bukan merupakan masalah utama kita yang menyebabkan kenapa kita ditolak, akal dan tahap IQ kita boleh berfikir dengan sangat baik untuk merancang dan berbuat. Tetapi saya yakin masalahnya terletak pada DIMENSI IMAN.

Seterusnya, saya terbaca juga sebuah hadith yang membuatkan hati saya menangis.. Saya merasakan inilah punca utama, kenapa usaha kita tidak membuahkan hasil. Kerana ALLAH BENCIKAN KITA.


"Sesungguhnya Allah jika mencintai seorang hamba. Ia akan mengatakan kepada Jibril, 'Aku mencintai seseorang, maka cintailah orang itu!' Jibril pun mencintainya. Setelah itu, dia bahkan menyeru penduduk langit, 'Allah telah mencintai seseorang, maka cintailah orang itu!' Penduduk langit pun mencintai orang itu. Kemudian ditempatkanlah rasa cinta pada dirinya dalam hati penghuni bumi. Jika membenci seseorang, Allah juga akan mengatakan kepada Jibril, 'Aku membenci seseorang, maka bencilah orang itu!' Jibril pun membencinya. Dia pun lantas menyeru penduduk langit, 'Allah telah membenci seseorang, maka bencilah orang itu!' Penduduk langit pun membencinya. Setelah itu, baginya diletakkan rasa benci pada dirinya dalam hati manusia di bumi."

[HR Muslim]


Ikhwah dan akhwat yang dikasihi, apabila Allah membencikan kita, maka kebencian Allah itu akan menjalar hingga kepada Jibril sampai ke penduduk langit dan bumi semuanya.

Hinggakan dakwah kita susah untuk diterima, tawaran kita lebih mudah ditolak, kata-kata kita hanya hebat dari segi fakta dan nada tetapi tiada ruh yang menghidupkan hati.

Kenapa Allah bencikan kita? Kerana antaranya kita sering berkata-kata, tetapi kita tidak melakukannya.

Kita hidupkan hati manusia lain, tapi hati kita tidak pernah kita hidupkan. Kita bersihkan dosa manusia lain, tapi dosa kita tidak pernah kita bersihkan. Kita sibuk memikirkan perubahan dalam diri manusia lain, tapi perubahan dalam diri sendiri tidak pernah kita usahakan.

Kita sibuk berkata, berfikir dan berbuat untuk orang lain. Tetapi, untuk diri kita sendiri tiada. Ini belum cerita tentang masalah dosa dan maksiat yang menjadi rutin dalam kehidupan kita!

Sedangkan, kita selalu baca ayat ini..


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

"Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
"Itu sangatlah amat besar kebencian di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

[QS As-Saff, 61:2-3]


Akhir kata

Cuba kita nilai kembali diri kita. Kenapa Allah SWT masih lagi menangguhkan kemenangan dan pertolongannya pada diri kita? Kerana mungkin memang kita masih lagi tidak layak untuk menjadi insan yang mulia untuk mengemban tanggungjawab dakwah yang hanya akan dipikul oleh mereka yang mulia.

Kepelbagaian fikrah dan jemaah, kerosakan mentaliti masyarakat, skill kita dalam berinteraksi dengan manusia dan macam-macam lagi faktor eksternal itu memang saya akui merupakan sebahagian yang menyebabkan kita kadang-kadang gagal. Tetapi, kita kena ingat bahawa yang mewujudkan rasa benci dan cinta itu ialah Allah. Bukan mereka.

Ayuh, kita baiki semula dimensi iman kita, dan terus memantapkan lagi dimensi kerja kita. Sama-sama kita kembali ikhlaskan niat kita dalam berdakwah, dan kemudiannya bermujahadah dalam membinca dimensi iman dan dimensi kerja kita untuk kemenangan agama Allah ini. Kemudian kita sama-sama istiqomah dan sentiasalah menadah tangan untuk berdoa kepada Allah.

Semua orang layak untuk menjadi murobbi. 

Cuma lambat atau cepat sahaja masalahnya. Bagaimana mahukan manusia cintakan kita? Maka binalah hubungan cinta kita kepada Pemilik Cinta! Insya-Allah, mata rantai dakwah ini akan mula lestari.


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ
ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ 

“Katakanlah: ‘Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.’ Dan, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani”

[QS Ali ‘Imran, 3:31]


Mohamad Khir bin Johari
Kuliah Perubatan
Universiti Ain Shams, Mesir

Comments

  1. aku-bukan-robot.1 November 2012 at 00:05

    bila kita sering menolak. khuatir andai nanti terus tertapis.
    Allah! moga masih layak untuk stay atas jalan ini.

    ya muqollibal qulub,tsabbit qulubana a'la dinik wa a'la toa'tik.


    ReplyDelete
  2. Ya muqollibal qulub, tsabbit qulubana a'la dinik wa a'la toa'tik.

    http://hanyadiailhamku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Subhanallah..pengisian yg sgt terkesan.memberi tamparan hebat kpd diri yg hina ini bhw pentingnya mengikhlaskan niat dlm stp gerak kerja dan mengutamakan Allah dlm segala urusan.jazakallah ya akh.mg Allah memberkati anta.

    ReplyDelete
  4. tersentak dgn tulisan ni... selama ni berfikir knp binaan x menjadi, knp dakwah ditolak, ingatkan Allah ingin menguji rupanya mungkin Allah membenci atas maksiat yg menjadi rutin... Ya Allah bersihkan la dri ni dri kemaksiatan agar dri ini benar2 layak menjadi seorang daie..

    ReplyDelete
  5. credit to writer.. moga Allah m,engukuhkan lngkah2 ku dan kamu di atas jln ni

    ReplyDelete
  6. Allahurobbi.. ketika binaan tidak mnjadi, ia refleksi iman sendiri..
    Pengisian yg mmbantu ikhwah akhwat yg baru mengenal tarbiah dan berusaha mnjd murobbi mantap.. syabas akh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?