بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Thursday, 17 May 2012

Perkongsian: Serahkan pada Allah




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 

“Akh, hujung minggu ini ana ingat nak buat dauroh di U ana,” 
“Hah, baguslah. Apa masalahnya?” 
“Tapi, ana takut kalau tak ada orang yang datang. Setakat ini baru ana dan seorang lagi ikhwah saja yang confirm nak datang. Ikhwah lain semua ada urusan dan diorang tak dapat nak datang. Mad’u ana pun tak dapat nak pastikan mereka datang atau tidak. Diorang tu main ikut-ikut kawan.” 
So?” 
So, macam mana ya?”

Oh. Musykilah rupanya. Ingat nak berkongsi cerita. =) 

Hmm.. Fikir sat.. 


“Akhi, ana pernah dengar ikhwah cerita pada ana. Walaupun ana sendiri tak pernah menyaksikan dengan mata ana sendiri, tetapi ana yakin bahawa apa yang diceritakan oleh ikhwah itu memang benar-benar tidak mustahil untuk terjadi,” aku pun bersuara.

Dua orang ikhwah merenung dengan penuh taat. 

“Dia cerita, kalau orang tabligh tu, akh, kalau dia seorang diri pun kadang-kadang dia akan pegang kitab Fadhilat Amal dia tu, dan dia baca. Dia tak pernah kisah pun, ramai atau tidak. Bahkan, kalau tiada pun, dia akan membaca buku tu. Minima, dia akan baca untuk diri dia sendiri dan juga kumbang serta serangga yang ada di sekitarnya. Kalau kita? Awal-awal dah cakap, ‘Akh, kita cancel je lah dauroh, ada seorang saja yang nak datang,’”

Tiba-tiba, ikhwah tadi tu tersenyum. 

“Hah? Kenapa?”

“Tak ada ar, ana cuma teringat, ada pak cik tabligh dekat rumah ana tu, ana pernah tengok dia bermesyuarat sorang-sorang,” sambil mengayakan cara orang bercakap seorang diri, tapi seolah-olah ada orang kat sebelah dia. 
“Hah? Maknanya dia cakap sorang-sorang?” 
“Yup. Ana gelak je tengok dia masa tu. Haha.” 
“Gelakkan pula. Antum tengok tu, dia elok je bermesyuarat sorang-sorang. Jadi?”

Ikhwah tu tersengih. 

“Jadi akh, buat saja. Pedulikan ada orang atau tidak. Yang penting kita usaha dan buat. Minima, dia ni dah confirm nak datang. Haha.” 
"Baik, akh. Ana faham."
"Kita akan tetap berbuat, akh. Orang datang atau tidak, itu kita serahkan pada Allah. Hidayah itu milik Allah. Tapi, on our side, sudahkah kita bersungguh-sungguh dalam mengajak umat ini untuk mengenal Allah? Itu persoalan yang perlu kita jawab. Bukan bentuk kata-kata, tapi amal itu yang lebih utama."



Tapi, ketetapan Allah mendahului segala-galanya. Ikhwah tersebut bersama lagi seorang ikhwah kemalangan melanggar kerbau yang terdampar di atas jalan raya. Kecederaan di mulut, badan, patah tangan, retak dan lain-lain. Motor terpaksa diangkat naik truk. 

Namun, dauroh tetap berjalan dengan kehadiran mencecah belasan orang yang hadir, walaupun mereka berdua yang pada awalnya yang confirm mahu datang, tidak dapat hadir kerana masih injured

Semoga Allah menyembuhkan kalian. Ibadah orang time sakit ni lebih mahal daripada orang sihat! Jadi, kita serahkanlah segala urusan kita kepada Allah. Dan, manfaatilah peluang kesakitan yang Allah beri…
=)

4 comments:

  1. ksian ikhwah tu... tapi akh, x dramatik la... jgan cakap dorg langgar kerbau... cakap dorg melanggar lembaga hitam bertanduk dua... hehehe...

    Jzkk akh, Allah menetapkan ntm menyuntik semangat utk kami semua d sni i.A... doakan keikhlasan kami ya...

    ReplyDelete
  2. nice :)
    perkongsian yg menghidupkan.
    malu pula dengan aktivis tabligh. cereka di tempat ana pun sama.
    ibrah yg wajar dicelup

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum tuan...minta maaf la banyak-banyak.....bole tak lepas nie jangan guna istilah "tabligh"..nampak mcm berpuak-puak pulakan....nie adalah usaha atas iman...jadi semua org yg islam kena usaha atas iman...btulkan.....tidak kira la org IKRAM,USRAH,ABIM,IKHWAN MUSLIMIN,TARIQAT,PAS UMNO,PKR or JIK...semua kena usaha atas iman....kita nak semua org tidak kira la org IKRAM,USRAH,ABIM,IKHWAN MUSLIMIN,TARIQAT,PAS UMNO,PKR or JIK....ambil bahagian dalam usaha atas iman nie,n semua org dapat satu hatin satu fikir,x ada kutuk mengutuk n semua dapat masuk syurga Allah...suka sgt bila kita semua dapat makan satu talam...mesti bestkan....insyallah,i hope one day....maaf la salah n silap....hamba yg daif lagi jahil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. terima kasih atas cadangan dan pendapat.. =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++