Insya-Allah, Tempatnya di Syurga

TAIPING 10 Oktober 2011 - Perjalanan mencecah dua jam sememangnya meletihkan. Menunggang LC pinjam dari ikhwah lain, semata-mata untuk menghalaqohkan seorang mad’u yang sedang kebingungan. Pulangan dunia? Bukan itu yang aku harapkan ..insya-Allah.. Tetapi, apalah sangat keletihan yang aku rasa ini jika mahu dibandingkan dengan keletihan para sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah yang sememangnya jauh, peperangan Dzaturriqo’ yang membuatkan kuku para sahabat tercabut dan macam-macam lagi. Setibanya di Masjid Daerah Taiping, hujan terus lebat membasahi bumi tanpa memberikan sedikit ruang untuk lantai tanah terbiar kering. Nasib baik aku sampai awal, walaupun di sisi yang lain terpaksa menunggu selama 2 jam lebih kerana miscommunication tentang waktu outing si mad’u. Aku benci menunggu. Selesai solat, aku menunggu sambil mendengar deruman air hujan yang memang lebat. Baring. Kemudian duduk. Baring lagi. Duduk kembali. Air menitik atas beg aku. Basah. Bumbung mas...