بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Thursday, 20 September 2012

Dakwah: Susahkah?




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

“Hari Khamis free tak? Malam.” 
Free. Kenapa?” 
“Aku ada buat usrah malam tu, nak join tak?” 
“Usrah? Siapa buat?” 
“Akulah.”

Tiba-tiba budak itu buat muka suspicious pada saya… 

“Kenapa? Ada masalah?”  
“Eh, tidaklah. Usrah ni under apa?”  
Under apa? Erm. Alah, kita-kita saja. Daripada kita pergi main game malam tu, apa kata kita buat usrah, kumpul budak-budak lain sekali. Penting sangatkah “under” apa tu?” 

Itulah antara perbualan yang aku dapat ketika mencari orang-orang baru untuk sama-sama duduk merasai nikmat tarbiyah. Macam-macam ragam rupanya ada. 

“Usrah? Apa tu?”  
“Usrah? Macam yang biasa buat kat sekolah itu ya?”  
“Usrah? Bukan badan agama yang rasmi kat sini dah buat ke? Kenapa kau nak buat juga?” 

Macam-macam persoalan yang memerlukan jawapan yang berbeza-beza untuk setiap target mad’u (orang yang didakwahi). Kerana itu, kita sebagai da’ie kena faham bahawa manusia ini dapat kita bahagikan kepada beberapa kategori atau tingkatan. Mereka sangat dipengaruhi oleh masalah latar belakang pendidikan, keluarga, kawan-kawan, pendedahan atau capaian maklumat, taraf kehidupan, jantina, umur, cara berfikir dan macam-macam lagi yang memerlukan seorang da’ie itu untuk bisa menganalisa mad’u mereka dengan cepat dan tepat agar kita tahu apa pengarahan yang patut kita berikan dan bila waktu yang sesuai untuk kita sampaikan kepada dia, agar niat kita untuk mengenalkan dia dengan tarbiyah dapat direalisasikan. 

Budak tahfiz berbeza caranya dengan budak bukan tahfiz (inikan pula yang buta huruf al-Quran). Budak IQ tinggi berbeza caranya dengan budak IQ rendah. Budak SBP atau MRSM berbeza caranya dengan budak SMKA. Budak SMKA berbeza dengan SMK. SMK berbeza dengan tidak bersekolah. Budak matrikulasi berbeza dengan budak IPTA. IPTA pula berbeza dengan IPTS. Even, IPTA/IPTS pun masih kita boleh perdalami lagi kaedah approach yang sesuai untuk setiap jenis IPTA/IPTS. Budak sosial berbeza caranya dengan yang pendiam. Budak yang bersifat kepimpinan berbeza caranya yang hanya mahu mengikut keadaan. Budak merokok berbeza dengan budak bercouple. Budak pula berbeza dengan bapak kepada budak dan atuk kepada budak. Dan macam-macam lagi! 

Bakti Sosial Ramadhan 1433H, Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Sg Siput, Perak

Kerana itu, kalau kita perhatikan antara penekanan utama oleh Syeikh Mustafa Masyhur dalam bukunya Dakwah Fardhiyah juga Dr Syed Muhammad Nuh dalam bukunya Dakwah Fardhiyah (juga) meletakkan proses TAARUF sebagai benda pertama yang perlu kita lakukan dan sifatnya adalah berterusan hinggalah sampai akhir tahapan. Jika saya, saya akan katakan bahawa proses taaruf ini perlu berlangsung sampailah kita mati atau mad’u tu mati. Maknanya, non-stop.

Daripada situ barulah kita dapat merancang dan berbuat sesuai dengan apa yang diperlukan oleh mad’u kita (bukan berbuat sesuatu yang kita mahu) dari masa ke semasa. Kerana perumpamaan yang sering kita berikan ialah dakwah itu seperti bisnes. 


Perumpamaan: Dakwah VS Bisnes

Dalam satu bisnes, perkara pertama yang perlu kita ada ialah modal, kemudian produk. Dalam dakwah, pastinya modal kita ialah diri kita sendiri dan kefahaman kita terhadap ilmu Al-Quran dan As-Sunnah serta produknya ialah rahmat atau lebih dikenali sebagai dakwah atau tarbiyah. 

Selepas kita ada modal dan produk, perkara seterusnya ialah pelanggan. Siapa pelanggan kita? Pelanggan juga bukan kita pilih sembarangan, kerana strategi pemasaran yang baik ialah bermula dengan target pelanggan yang tepat. Iya, dakwah untuk semua, sama juga dengan bisnes. Tetapi pastinya ada target keutamaan yang perlu kita dahulukan kerana setiap perkara pasti ada hukum keutamaan yang berlaku di situ. Maka dalam fasa dakwah sekarang ini, targetlah para remaja kerana mereka ini adalah pencari identiti diri, mudah menerima pembaharuan, suka mencuba dan bertenaga. Dalam bisnes, kita bukannya mahu memberikan kepada masyarakat apa yang kita ada, tetapi kita mahu memberikan kepada masyarakat apa yang MEREKA mahu (dan kita mengambil keuntungan daripada situ. haha). 

Untuk pergi ke masyarakat, maka kita perlukan promoter atau marketer atau orang yang pergi kepada pelanggan dan memperkenalkan kepada mereka tentang produk kita serta dia mampu meyakinkan pelanggan dia hingga akhirnya pelanggan yang pada awalnya TIDAK TAHU menjadi MAHU membeli atau menerima tawaran yang diberikan. Hah, di sini pentingnya kita “baca” pelanggan kita. Jika dia berminat, maka kita akan layan dia seperti yang sepatutnya. Jika dia tidak berminat, apakah kita akan paksa dia? 

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَنْ فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا ۚ أَفَأَنْتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ
وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تُؤْمِنَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ 
"Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya? Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya ( لَا يَعْقِلُونَ).  
[QS Yunus, 10:99-100] 


إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَٰنَ بِالْغَيْبِ ۖ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ  
"Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia."  
[QS Yaasin, 36:11]

Selepas dapat satu pelanggan, adakah kita akan duduk berpuas hati? Haha, macam mana nak untung kalau macam tu! Tentunya kita akan terus dan terus mencari pelanggan lainnya.Maka tugas kita adalah memastikan bahawa suatu hari nanti dia juga mampu berbuat seperti apa yang kita buat, bahkan dia mampu mengumpul lebih ramai pelanggan daripada kita! Kita perlu adakan latihan khusus atau intensif dalam bentuk-bentuk seperti program untuk dia. Kerana pelanggan kita belum tentu ada skill seperti yang kita ada, maka perlu kita bimbing dia. Samalah juga dengan dakwah. 


Kita mencari mad’u untuk dilatih agar dia juga mampu menjadi murobbi dan dia mampu mencari dan membina halaqoh juga seperti kita. Itulah sunnahnya. Bukan hanya pemimpin sahaja hebat, baik dan beriman, tetapi orang-orang yang mengikutinya juga. 


قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ  
“Katakanlah (Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.”  
[QS Yusuf, 12:108]

Sebagai manager satu bisnes, kita juga kena pastikan semangat kerjasama dan motivasi pekerja-pekerja kita sentiasa di tahap yang terbaik. Mereka sentiasa memberikan hasil dan perkhidmatan yang terbaik. Tekanan kerja? Alah, itu biasa. Dalam masalah dunia sahaja berjuta manusia yang menjadi gila sebab stress, inikan pula masalah dakwah. Lagi!!!! Di sini terletaknya kepentingan ibadah dalam diri seseorang. Manager perlu pantau benda ini kalau nak memastikan syarikat mereka sentiasa berada di tahap yang terbaik.


Takut untuk Promosikan Kebaikan

Ada ikhwah atau akhwat kita yang mengeluh, 

“Ana takutlah, nanti kawan-kawan cakap apa?”  
“Ana RASA budak tempat ana tidak berminat dengan apa yang ana offer.”  
“Tempat ana banyak sainganlah, akh” 

Hmm. 

Cuba kita perhatikan, ketikamana kita keluar dari bank atau pergi ke pasar malam. Tiba-tiba, ada akak atau abang yang datang kepada kita dengan BERSEMANGAT dan BERSUNGGUH-SUNGGUH datang kepada kita menawarkan suatu produk mengenai karpet import atau broadband percuma contohnya. Agak-agak kita, “mereka” (abang dan akak) itu kenal atau tidak dengan kita? For sure, mereka tidak kenal dengan kita. Tetapi mereka tetap offer tawaran mereka itu kepada 'insan-tidak-dikenali' kerana masalah duit, takut kena marah dan macam-macam lagi. Mereka serbu je. Orang marah dia buat tak tahu, orang tolak dia buat tak tahu, orang tengok slack dia buat tak tahu. Orang kutuk maki dan ludah pun dia buat tak tahu. Yang penting, dia promote apa yang dia ada. Dari situ barulah dia akan dapat mengenal dan belajar apa cara terbaik untuk mendekati, menyakinkan dan melayan orang-orang yang ada di hadapan dia. 

So, kita sekarang ini nak menawarkan tarbiyah, maka janganlah terlalu memilih dan malu (atau lebih tepat kita panggil MENGADA-ADA) hingga tak buat kerja. Kalau memilih, tapi kerja jadi, hasil nampak, at least something-lah juga. Ada sahaja budak couple yang datang ke halaqoh saya, kemudia clash. Merokok, kemudian berhenti. Tak reti beri tazkirah, kemudian pergi ke sekolah lama untuk bagi ceramah pada budak-budak. Poinnya, budak itu teruk atau nampak jahat kerana macam-macam sebab. Antara sebabnya ialah tiada orang baik yang mahu memperkenalkan Islam sebenar kepada dia. OFFER sahaja kepada sesiapa, jangan takut. Risiko paling besar adalah dia menolak. Bukan mati pun~ 


Benda yang buruk seperti ayam goreng KFC yang tidak sihat dan berkolesterol tinggi, tetapi apabila ia dipromosikan dengan hebat tanpa mengira wang yang perlu dibayar pada syarikat penyiaran dan pendapat orang ramai, maka dia menjadi kegilaan daripada budak yang paling muda sampailah orang yang paling tua! Tapi, kenapa Islam begitu asing dan ramai orang alergi dengan dia? Kerana kaedah promosi kita salah, atau KITA TIDAK MEMPROMOSIKAN sama sekali.

Pernah tak kita tengok kawan-kawan kita yang sibuk bercerita tentang kehebatannya dalam melentokkan tengkuk perempuan atau kehebatannya dalam melakukan aksi-aksi seperti minum arak atau merempit? Kenapa mereka tidak takut nak promosikan kerja jahat mereka sedangkan kita kita takut nak promosikan kerja baik kita?


Saingan dalam dakwah?

Banyak saingan? Haha. Biarkan sahaja mereka. Yang penting kita buat kerja kita. Kumpulkan orang, tarbiyah mereka dengan Iman dan Islam sehingga mereka mampu mentarbiyah orang lain. Mereka berubah, mereka juga mengubah orang lain. Seramai-ramai orang yang datang ke masjid, percayalah bahawa berjuta dan berbilion umat manusia yang masih khayal dengan petikan gitar atau laptop lalu meninggalkan solat dan al-Quran.

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ 
"Maka berlumba-lumbalah dalam kebaikan" 
[QS Al-Baqarah, 2:148]

Kita tidak risau atau takut jika IKRAM, ISMA, HALUAN, PAS, ABIM, tabligh, salafi, sufi, Hizbut Tahrir, JI atau apa-apalah gerakan yang ada kat muka bumi ini dapat grab mereka terlebih dahulu daripada kita. Sebab mereka itu adalah gerakan islam dan tujuan mereka ana yakin untuk menuju redha Allah. Alhamdulillah. Kita cuma takut andai GAMES, COUPLE, MOVIE, K-POP, buang masa, disko, rempit yang dapat grab mereka. Budak yang awalnya ketua BADAR, malahan berubah menjadi ketua BADUT. Ramai! Tak percaya cuba tengok line-up BADAR sekolah lama kita dahulu, berapa ramai sahaja yang masih buat kerja dakwah? Kenapa portion yang 'lesap' lagi ramai daripada yang masih ada?

Jadi, TAARUF lah dengan seramai-ramai orang yang ada serta bijaklah kita memanfaatkan atau mencari peluang untuk mengajak dia sama-sama ikut dalam tarbiyah bersama kita. Kita berbuat bukan kerana nak meramaikan orang dalam jemaah agar nampak hebat dan popular, bukan juga sebab person atau figur-figur tertentu, inikan pula keinginan dunia seperti duit, nama dan penghormatan. Tetapi, kerana Allah semata-mata. 


Saya Tidak Reti

Tak reti? Selalulah bertanya dan mencuba serta memperbaiki. 

Ingat tak first time kita main game "Counter Strike" atau DOTA suatu masa dahulu. Pada awalnya, kita tak tahu bagaimana nak buka perisian game tu, kemudian kita tidak tahu apa button yang perlu kita tekan serta cheat code yang ada dan boleh kita manfaatkan, kita tidak tahu apa first step yang perlu kita ambil selepas tekan butang ‘start’. Asal main je, kalah! Main je, kalah! “Terrorist win!” Tapi, berkat TIDAK PUTUS ASA serta KESABARAN, kita terus main dan main. Kita BERTANYA pada kawan-kawan kita bagaimana mahu main, kita explore sendiri di Youtube tentang “How to play counter strike” atau “DOTA for dummies”. Semata-mata untuk reti main games yang menipu masa dan tenaga kita. Maka hasilnya, berlambak-lambaklah manusia yang ketagih main games pada hari ini dan betapa expert-nya mereka sampaikan pejam mata pun tak ada hal dan boleh menang. 

Itu untuk maksiat merosakkan iman dan diri. Bagaimanapula dengan dakwah? Kita dah berbuat seperti itu? Atau kita mengambil sikap, ‘orang tak ajar, kita buat tak tahu’, nanti kita cakaplah “Dia tak ajar pun..” atau “Ana tak tahu pun..”? Janganlah macam itu syeikh. Agak-agak Allah terimakah alasan antum? 

Lagi satu, untuk menjadi seorang engineer, kita perlukan at least empat tahun kuliah. Untuk menjadi seorang doktor, kita memerlukan at least lima tahun kuliah. Itu pun, belum tentu bila kita habis kuliah kita terus expert jadi engineer/doktor. Kena tambah lagi 2 atau 3 tahun untuk masters atau PhD. Ada yang teori je lebih, kerja hampas. Ada juga yang tak pernah pergi kuliah, tapi kerja sangat bagus. Terlalu variasi.

Sama juga dalam dakwah. Variasi itu akan terletak pada individu dan masa. Ada yang memerlukan masa yang panjang untuk matang dalam dakwah. Ada yang mungkin memerlukan masa yang singkat untuk matang dalam dakwah. 

Cuma, kunci yang paling utama ialah KEINGINAN YANG TINGGI (الاخلاص) disertai usaha/amal yang BERSUNGGUH-SUNGGUH (مجهدة) dan BERTERUSAN (الاستقامة). oh ya, jangan lupa untuk BERDOA (دعاء)..

insya-Allah, you'll find the blueprint on how to do dakwah..




وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ  
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”  
[QS Al-Ankabut, 29:69]


MOHAMAD KHIR BIN JOHARI
JOHOR BAHRU

4 comments:

  1. hanya cara Rasullullah bawa kejayaan dunia n akhirat....kan2x.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan kita diminta untuk mencontohi/mengikuti/meniru cara hidup baginda.. kalau bukan baginda SAW, siapa lagi yang kita nak contoh/ikut/tiru?

      Delete
  2. Gerakan islam yg sentiasa dahagakan mad'u inilah yg menunjukkan remaja2 yg masih lalai jalan perubahan, sungguh, usah runsing fikir soal jenama atau siapa, ramai org yg terlalu memikirkn soal ini akhirnya menjauh, malah buang masa, tapi septtnya fokuslah pd tarbiyyah yg mendidik jiwa. Kerna satu hari nanti Allah akan tunjukkan juga jln/cara dakwah yg sesuai dan sebati dgn fikrah yg anda pilih. Kerna bekerja berseorangan mungkin tidak kuat oleh itu, memerlukan kepada 'amal jamaie.

    Tetap hidupkan usroh, sbb ada follow up. Jalan ini tidak ditaburi dgn bunga2. Sunnatullah daripada Nabi2 yg terdahulu, tentangan hebat dtg dri mn2 arah. Sebab itulah syurga itu indah.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, bernas sekali tulisan saudara..membantu untuk pedoman saya dalam berdakwah.. :)

    Terima kasih banyak2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++