بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Tuesday, 14 February 2012

Janganlah Turuti Hawa Nafsu





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 

Sebagai seorang manusia. Kita tidak akan pernah terlepas daripada melakukan maksiat. Tidak kisahlah sama ada kita ini pendakwah atau orang umum, ditarbiyah atau tidak, belajar agama atau tidak. Pasti kita tidak akan lepas daripada maksiat. Kerana apa? 

Kerana memang kita diciptakan Allah dalam keadaan yang sebegitu. 


زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ 
“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan ( الشَّهَوَاتِ ), berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.”  
[QS Ali ‘Imran, 3:14] 

Memang. Kalau dalam ayat tu, Allah SWT telah menghias (زُيِّنَ) manusia itu dengan  الشَّهَوَاتِ .. Tetapi, apakah itu alasan untuk kita kemudiannya halal bermaksiat kepada Allah? 

Tanyakan pada diri? Apakah itu bermakna kita halal bermaksiat kepada Allah?

Nanti dulu.. Cuba kita baca kata-kata Allah di tempat lain di dalam al-Quran, 


أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ  
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran.”  
[QS al-Jasiyah, 45:23] 

Siapa tuhan di hati kita? Siapa  إِلَٰه  di hati kita? Benarkah Allah atau sebenarnya itu hanya kebohongan semata-mata. Kerana apa saya kata begitu? Cuba perhatikan diri kita. 

Di mulut kita mungkin kita mampu melaungkan sekuat hati, “Aku cinta Allah!!!”. Tetapi, bagaimana pula dengan perbuatan kita? Adakah sama perbuatan kita dengan para pecinta Allah, atau sebenarnya sama sahaja dengan pengikut hawa nafsu? Kita kata kita cintakan Allah, tapi bercouple, kata mendakwah orang ke jalan Allah, tapi merokok. Kata  orang tarbiyah, tapi pandangan masih liar. Itukah yang diajar oleh Rasulullah SAW jika kita kata kita mencintai Allah? 

Ikhwah dan akhwat sekalian, sama-sama kita kena faham bahawa nafsu itu akan sentiasa menjadi cabaran dalam kehidupan kita, walaupun kita ditarbiyah. Tetapi, apakah itu alasan untuk kita tunduk kepada dia? Tidak! Salah satu daripada outcome tarbiyah itu sendiri sepatutnya mengajarkan kita untuk menunduk atau menekan nafsu kita, buka melayan dan memanjakan.

Dalam ayat dalam surah al-Jasiyah itu jelas Allah memperingatkan kita tentang mereka yang menjadikan hawa nafsunya sebagai  إِلَٰه . Mereka mencari ketenangan (السكينة) dengan nafsu mencari perlindungan dengan nafsu. Mencari kerinduan (شوق) dengan nafsu. Dan hidup dan mati mereka memang penuh dengan kecenderungan terhadap nafsu. 


Maka apa yang Allah SWT akan buat pada dia? Allah akan menyesatkannya! Dan siapakah yang mampu memberikan kita cahaya, jika Allah sendiri yang telah memadamkannya? 

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا  
أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ ۖ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا  
“Sudahkah engkau melihat orang yang menjadikan keinginannya sebagai tuhannya? Apakah engkau akan menjadi pelindungnya? Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat jalannya.”  
[QS al-Furqan, 25:43-44] 

Itulah perumpamaan yang Allah berikan kepada siapa sahaja yang menjadi tunggangan hawa nafsu. Cuba fikirkan. Mereka seperti binatang ternak (كَالْأَنْعَامِ). Bahkan lebih sesat! (بَلْ هُمْ أَضَلُّ)

Insya-Allah, sama-sama kita membersihkan hati kita, memperbaiki kuantiti dan kualiti amal soleh kita kepada Allah dan terus menyemarakkan semangat jihad baik dalam diri kita dan juga orang lain. Dalam masa yang sama, jagalah kedekatan kita dengan Allah, jangan kita bermaksiat. Jangan kita terlalu mudah mengikuti nafsu kita. Kerana nafsu itu hanya akan membawa kita kepada kejahatan, kecuali mereka yang mendapat kasih sayang daripada Allah. 

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhan-Ku. Sesungguhnya Tuhan-ku Maha Pengampun, Maha Penyayang.”  
[QS Yusuf, 12:53] 

Istiqomahlah kita dalam bertaubat. Hari ini kita mungkin masih mampu menangis kerana menyesal selepas kita bermaksiat. Tetapi, bagaimana pula dengan hari esok? Jangan benarkan kemaksiatan itu menjadi kebiasaan. Kerana kalau ianya sudah jadi kebiasaan, maka amat sukar untuk kita tinggalkannya lagi. Maka perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah, cari kembali air mata takut kepada Allah itu.

kangensyurga.blogspot.com


khir al-imtiaz
12.15pm
14 Feb 2012

13 comments:

  1. Terima kasih atas peringatan..akhi (^__^)

    ReplyDelete
  2. afwan akhi, apa maksud "kata nak orang tarbiyah, tapi pandangan masih tidak liar"?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. saja nak test antum nampak ke tidak silapnya.. ok, ana betulkan.. =)

      Delete
    2. waaah...ntm tau ana akn baca...? hebatnya ntm.. huhuhu... jzkk atas pmbetulannya,clean n clear suda skrang...(^_^)

      Delete
  3. Terima kasih atas ingatan. Menusuk hati yg alpa ini.

    " Jangan benarkan kemaksiatan itu menjadi kebiasaan. Kerana kalau ianya sudah jadi kebiasaan, maka amat sukar untuk kita tinggalkannya lagi. Maka perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah, cari kembali air mata takut kepada Allah itu. "

    ReplyDelete
  4. assalam,,sgguh mulia krja dkwahmu ya akh,ana sgt cmburu,jazalallahu khairan kathira

    ReplyDelete
  5. ringkas & padat. kne ats muke

    ReplyDelete
  6. salam,,nk tnya,,,ada tak kaedah dan tips bagaimana nk cari air mata tkut kpd allah??

    ReplyDelete
  7. Afwan akhi ana mnt ijin copas utk mengingatkan kaum syiah yg slalu mengikuti hawa nafsu nya. Syukran jazakallahu khairan katsiran

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++