بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[QS Al-Baqarah, 2:74]

Wednesday, 28 September 2011

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Umar RA berkata, “Aku mendengar Nabi Kalian besabda, 

“Sesungguhnya Allah mengangkat dan menurunkan suatu kaum dengan Kitab ini.” 
[HR Muslim]
ayat-ayat cinta yang agung

Kita telah mendapat bukti sejarah bahawa selama kita berpegang teguh kepada Al-Quran, selama itu pula kita akan meraih kemenangan; sebaliknya, selama kita meninggalkan Al-Quran, kita akan terhina. 

Pada abad ke-8 H, pengamalan Al-Quran pernah diabaikan. Maka datanglah kelompok ar-Rafidhah membonceng kekuatan Tartar dari Mongol dipimpin Genghis Khan. Dalam tempoh lapan hari, lapan ratus ribu orang tewas terbunuh, masjid-masjid luluh lantah, mushaf-mushaf Al-Quran dibakar, dan tentera Tartar membasmi anak-anak dan wanita kita! 

Kembalilah wahai generasi muda dan tetua umat kepada Al-Quran, kembalilah kaum lelaki dan wanita umat ini kepada Al-Quran! Hidupkan rumah kalian dengan Al-Quran, bangkitkan kalbu kalian dengan Al-Quran, dan ramaikanlah hati kita dengan Kitab Allah! Semoga Allah SWT jiwa kita dengan ayat-ayat-Nya, mengembalikan kita kepada Al-Quran dengan cara yang baik, dan memberi petunjuk kita ke jalan yang lurus. 

Allah SWT berfirman kepada kita dalam Kitab-Nya yang muhkam

“Dan berkatalah rasul, “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan.” 
[QS Al-Furqan, 25:30] 

Para ulama memberikan penjelasan bahawa megabaikan Al-Quran itu terdiri dari lima tingkatan: mengabaikan bacaan Al-Quran, mengabaikan penghayatan Al-Quran (tadabur), mengabaikan pengamalan Al-Quran, mengabaikan pencarian kesembuhan dari Al-Quran, dan mengabaikan Al-Quran sebagai sumber hukum bagi kehidupan manusia.

Sunday, 25 September 2011

Dimensi Dunia

Alhamdulillah. Selawat dan salam untuk Muhammad SAW serta para Rasul dan nabi sebelumnya, dan juga kepada sesiapa sahaja yang senantiasa bertungkus lumus menguras idea dan tenaga demi menegakkan kalimah
لا إله إلا الله” 
Baik dalam diri sendiri mahupun dalam diri orang lain. 


Melihat Dunia

Cuba kita renungkan sejenak beberapa perkara yang biasa kita hadapi dalam hari-hari kehidupan kita, namun seringkali kita seolah-olah terlepas pandang mengenainya. Atau mungkin kita perasan mengenainya, tetapi kerana keegoan yang bertumpuk dalam diri, maka kita mengabaikannya demi kepentingan diri atau apa sahaja. 

Cuba kita lihat disekeliling kita, saya yakin hampir semua rumah mempunyai televisyen di dalamnya. Boleh dikatakan mustahil jika satu rumah yang berpenghuni itu tiada televisyen. Tidak kisahlah besar atau kecil, berwarna atau tidak. Sama ada di bandar atau kampong, bawah tanah atau atas pokok. Mesti ada televisyen. Setuju? 

Dan cuba kita lihat disekeliling kita juga. Berapa ramai orang Islam yang mempunyai al-Quran peribadi. Atau minima, satu rumah ada satu al-Quran. Insya-Allah, saya yakin, budaya rakyat Malaysia mereka sangat saying pada al-Quran walaupun mereka kadang-kadang tak membacanya, tapi setiap rumah di Malaysia ni saya yakin dan bersangka baik, ada minima satu al-Quran. Setuju? 

Dari banyak-banyak rumah tadi, saya juga yakin bahawa televisyen yang mereka miliki itu mampu berfungsi dengan sangat baik. Minima dapat siaran di dalam Malaysia sendiri. Atau mungkin bagi yang berduit atau sanggup berhutang, mereka siap pasang astro lagi. Biar rumah tak makan, tapi jangan sampai tidak ber”astro”. Setiap malam keluarga bahagia ini akan sama-sama duduk di hadapan televisyen dan menghayati cerita yang ada. Baik berunsur keislaman atau kemaksiatan. (mostly kemaksiatan). Bermula dari pagi hari, hinggalah pagi esoknya kadang-kadang televisyen yang ada itu tidak pernah ditutup hanya kerana ada sahaja ahli keluarga yang mahu menontonnya. Atas dasar apa? Sekadar ingin memenuhi keperluan hiburan kebanyakannya. Setuju?

Thursday, 22 September 2011

Mencari Kunci Hati


Berbicara masalah hati. Maka terlalu banyak ruang perbahasan yang kita boleh telusuri. 

الْقَلْب (Al-Qalb). Tepatnya jika ditukarkan dalam bahasa Inggeris bermaksud, heart. Jika ditukarkan ke bahasa Melayu bermaksud jantung. Cuma, kebiasaan bagi masyarakat kita mereka mengumpamakan Al-Qalb itu sebagai hati. Hmm. Ada masalahkah? 

Tiada masalah pun sebenarnya. 

Kalau kita lihat ke dalam hadith Rasulullah SAW. 

أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ 
[رواه البخاري ومسلم] 
"Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati“.  
[HR Bukhari dan Muslim]

Jika Al-Qalb itu jantung. Maka kita semua tahu bahawa jika baik jantung itu, maka eloklah badan seseorang itu. Jika jantungnya bermasalah, maka tubuh seseorang itu juga akan ada masalah. Jika jantung itu mati, maka matilah seseorang itu. Baik mati secara real, atau secara perumpamaan. 

Sama juga jika Al-Qalb itu dilambangkan sebagai hati (liver). Basic dalam biologi masa sekolah dulu, hati merupakan platform yang akan menerima segala apa yang masuk ke dalam badan, dan akan menapisnya. Jika penapisnya elok, maka sihatlah badan itu. Jika penapisnya rosak, maka rosaklah segala fungsi badan. 

Jadi, sejauh mana jantung atau hati kita ini telah sihat atau jernih? Atau, sebenarnya ia sedang tertutup? Atau mungkin ia sedang retak? Atau mungkin ia sedang bernajis? 

Untuk memudahkan perbahasan. Saya akan menggunakan Al-Qalb itu sebagai hati. 

Amru Khalid menggunakan satu perumpamaan yang sangat tepat saya rasakan untuk menunjukkan realiti masyarakat kita hari ini dalam bukunya, Islahul Qulub. Iaitu, dia mengatakan bahawa berapa ramai manusia pada hari ini yang menghabiskan hampir seluruh hidupnya hanya kerana mahu menghias pakaian atau wajah mereka kerana risau jika ia ditotoni oleh manusia dalam keadaan yang tidak cantik dan sempurna. Tetapi, berapa ramai pula di antara manusia yang merisaukan hampir seluruh hidupnya mengenai satu objek yang mungkin tidak dapat dilihat oleh mata manusia, tetapi ianya menjadi tumpuan oleh Allah SWT. 

"Allah tidak memandang pada rupa-rupa dan harta-harta kalian, tetapi Dia memandang pada hati-hati dan amal-amal kalian." 
[HR. Muslim]

Adakah hati kita sedang bernajis? Atau ianya sedang retak? Atau ia sebenarnya sedang tertutup? atau ia seperti air yang jernih…

Wednesday, 21 September 2011

Tafsir: Surah Al-‘Asr

Oleh: Zikro bin Othman, Lc. 
Merupakan lulusan Al-Azhar dalam degree (Hons) Usuluddin.
Master (Pengkhususan Tafsir) di Universiti Ilmu Al-Quran, Jakarta. 
Kini, merupakan seorang pensyarah di UniKL cawangan Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET), Perak.
Kolumnis Majalah Sinergi.


+++
Insya-Allah, saya ingin berkongsi satu ilmu yang saya terima dari satu pengajian yang saya hadiri. Mantap dari segi pengisiannya, dan lagi mantap kalau kita sama-sama dapat mengamalkannya, serta lagi mantap dan hebat jika kita dapat menngajak orang lain turut mengamalkannya. Tafsir kepada surah yang -insya-Allah- kita semua hafal dengan sangat baik. Tapi terkadang, tidak diamalkan dengan sangat baik. Inikan pula berbicara mengenai mendakwahkannya, lagi jauh rasanya. Insya-Allah. Terimalah...
+++

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ 

سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 

أَمَّا بَعْدُ

Alhamdulillah, kita bersyukur pada Allah SWT, kita masih diberikan peluang oleh Allah untuk terus mencetak prestasi ibadah dan semoga dengan peluang dan kesempatan yang kita sedang nikmati ini, kita saling ingat mengingatkan agar benar-benar kita mampu memaksimalkan penggunaannya. 

Jadi, ikhwah sekalian, kita masuk kepada surah Al-‘Asr. Surah ini disebutkan oleh para mufassirin bahawa ia merupakan urutan surah yang ke-13 yang diterima di Mekah. 

Di situ Allah bersumpah dengan satu waktu. Kalau kita lihat ikhwah sekalian, dalam Al-Qran itu ada beberapa lafaz yang Allah gunakan untuk menggambarkan waktu. Jadi antaranya الدَّهْر ,الْعَصْر dan الوقت sendiri.

الدَّهْر (ad-dahru) itu disebutkan sejak keberadaan langit dan bumi ini. Itu disebut الدَّهْر. Manusia, ketika bumi sudah ada, dia belum ada lagi. Sebab itulah Allah sebutkan,


هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا
"Bukankah pernah datang kepada manusia waktu dari masa yang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?"
[QS Al-Insan, 76:1]


Pernah berlaku satu masa, maksudnya di zaman dahulu, ketika langit dan bumi sudah ada tapi manusia itu belum ada lagi wujudnya. Itu disebut الدَّهْر.

Dan ada lagi Al-Quran menggunakan perkataan الوقت (al-waktu). الوقت itu menggambarkan sesuatu perkerjaan yang perlu diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sebab itu disebut,


إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

"Sungguh solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman."
[QS An-Nisa', 4:103]


الوقت, sebab dia ada tempoh.

Dan, yang terakhir yang kita akan bahas iaitu, الْعَصْر (al-'asru).
عصر itu ialah waktu yang digunakan oleh manusia. Sejak dia lahir mungkin dari tahun sekian sampai wafatnya itu, disebut sebagai الْعَصْر. Masa yang dipergunakan untuk melalui hidup ini. Contohnya, kita lahir tahun 1975, maka sejak dari itulah kita punya عصر, sampai nanti kita diakhiri. Ataupun di dalam Al-Quran ada juga yang namanya أَجَل (a-jal),  itu juga berkenaan dengan waktu. أَجَل itu adalah berakhirnya tempoh kehidupan dan tempohnya sesuatu itu. Contohnya, gelas pecah. Maksudnya, ajalnya sudah sampai.

Ikhwah sekalian. Erti sebenar الْعَصْر itu ialah, "memerah". Sebab itu, عصير ('a-syir) itu ialah jus.

"أين عصير؟"
"Mana jus?"  
Sebab ia kan diperah. Termasuklah santan. Namanya عصير.

Kenapa Allah menggunakan الْعَصْر ? Ini adalah untuk menggambarkan sesuatu yang akan memberi efek yang sangat besar.

Sebab itu waktu 'Asar itu disebut عصر, ikhwah sekalian. Sebab ketika itu, keringat manusia telah diperahkan dengan aktiviti dari pagi. Jadi, itu juga makna-makna yang kita boleh gabungkan. Maka mungkin dengan pemerahan keringat itu, sehingga manusia apabila sampai waktu itu ('Asar), dia sudah malas. Di sini Allah bersumpah,



وَالْعَصْرِ

"Demi masa"


إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْر
"Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian"


Ikhwah sekalian, di situ disebutkan bahawa betul-betul manusia itu secara total. Allah menggunakan فِي.
فِي itukan maksudnya "di dalam".  Jadi secara totalnya manusia itu memang terancam dengan kerugian. Barulah di sana ada pengecualian.

Friday, 16 September 2011

Jagalah Hubungan Dengan Kekasih Kita

Hubungan. Dalam bahasa Inggeris, relationship

Bila kita berbicara tentang masalah hubungan, kebanyakan daripada kita akan mula mengaitkan benda ini dengan hubungan sesama keluarga, kawan-kawan, kalau yang masih tak sedar-sedar lagi bahawa couple tu haram, maka dia akan akan kaitkan relationship itu dengan awek atau teman lelaki dia. 


Cuma, mungkin relationship yang saya cuba cerita sekarang ini tidak merujuk kepada mereka semua, kerana saya yakin, dah banyak dah buku atau pakar-pakar motivasi dari seluruh dunia bercerita mengenainya. Baik yang Islam atau tidak. Ramailah yang penting. Tetapi, saya nak ajak kita sama-sama memikirkan satu benda. Pernah tak kita terfikir tentang relationship kita dengan Allah. 

Selama 15 atau 50 tahun kita hidup, berapa banyak masa yang kita peruntukkan dalam usaha untuk menjaga hubungan kita dengan manusia? Baik dengan keluarga kita, adik beradik, sanak saudara, teman sekerja atau sekuliah dan kekasih halal, ataupun kekasih ‘haram’ kita bagi yang belum bernikah? 

Cuba hisab semula diri kita, adakah pernah kita memikirkan tentang hubungan kita dengan Allah dengan kadar waktu yang sama? Atau mungkin lebih daripada itu.

Tuesday, 13 September 2011

Wanita: Perhiasan Yang Terindah


Soalan yang sebenarnya sudah terlalu ramai orang yang membahas mengenainya. 

“Abang, apa itu wanita solehah?”  
“Hmm. Susah nak jawab ni. Kenapa?”  
“Saje nak tahu. Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah dan lelaki yang soleh. Saya keliru lah.” 

Keliru? Hmm.. Pelik. Tapi, tidak mengapalah. 

Generally, wanita solehah ni bukanlah sejenis pokok ataupun sejenis galian. Tetapi, mereka sama je macam wanita-wanita yang lain. Ada mata, telinga, perasaan dan lain-lain. Cuma mungkin perbezaan yang dapat kita lihat itu tiada pada zahirnya, tetapi terletak pada sudut yang kita tak mampu untuk melihatnya, kecuali Allah. Itulah hati. 

Wanita yang solehah adalah mereka yang tidak melihat. 

Wanita yang solehah juga adalah mereka yang tidak dilihat. 

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamb sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhdap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” 
[QS An-Nuur, 24:31] 

Panjang bukan? 

Tetapi, inilah ayat Allah yang mengajarkan kepada kita mengenai salah satu ciri-ciri yang ada pada mereka yang solehah. 

Mereka tidak melihat bukan sebab mereka butakan mata mereka, tetapi mereka sedar dan faham akan ayat Allah. 

Mereka tidak dilihat bukan sebab mereka tidak menarik, tetapi kerana pakaian serta perhiasan yang digunakannya adalah berasaskan ketakwaan. 

Contoh mudah, jika seorang wanita itu memakai hijab kerana takutkan Allah. Maka kita juga takut untuk melihat ke arah dia. Walaupun kita berpeluang. Bukan takut sebab dia macam hantu ke apa, tapi kerana dia memakai hijab itu atas dasar takwa. Takut kepada Allah.

Friday, 9 September 2011

One-to-one Dengan Hati Kita


Jika kita sedang berdiri sembahyang hari-hari melakukan yang terbaik untuk 'merasa' lebih dekat kepada Allah SWT, tetapi masih sahaja merasa jauh.

Jika kita tertanya-tanya mengapa orang-orang di sekeliling kita semua menangis seperti bayi manakala kita benar-benar kurang emosi.

Jika kita boleh melihat orang-orang dengan hati yang lembut dan mata menangis pada solat mereka, tetapi ia seolah-olah tidak berlaku dan kita gagal untuk mencapai tahap itu dalam ibadah rohani kita.

Maka tiba masanya untuk perbualan yang serius satu-sama-satu dengan hati kita.

Tanya Hati Kita

Mengapa begitu sejuk?

Mengapa perkataan-perkataan Sang Pencipta tidak mempunyai kesan atau impak ke atas kita sama sekali?

Adakah ia terlalu sombong takbur, bahawa ia tidak memerlukan Tuhan itu?!

Tanya ia mengapa begitu sukar?

Mengapa tidak ada emosi yang dinyatakan sama ada ketakutan atau kegembiraan dengan Pencipta?

Tanya ia mengapa munafik? Ia akan menangis menonton filem walaupun ia tahu ia tidak real tetapi tidak akan menangis apabila mendengar tentang kebenaran destinasi muktamad.


Dan..

Teruskan menggali lebih dalam sehingga kita menemui jawapannya.

Dapatkan jantung kita untuk pecah di hadapan Allah SWT.

Menangislah.. Walaupun sekali....
Tidak ada perasaan yang lebih manis dari hati yang ikhlas yang menangis kepada Allah.

Jangan biarkan hari-hari kita berlalu pergi, tetapi kita tidak menangis walaupun sekali di hadapan Tuhan kita. 

Insya-Allah..


khir al-Imtiaz
0545pm
09-09-2011

Teruslah Bersangka Baik Dengan-Nya

Senario minggu peperiksaan di UTP..
"Akh, teruklah.." 
"Apa yang teruk?" 
"Entahlah, ana dah cuba sehabis baik dah. Tapi, mungkin agak terlewat." 
"Hmm.. Nak ana bacakan tazkirah untuk antum tak?" 
"Apa dia?"

Ikhwah itu segera mengambil telefon bimbitnya dan membacakan..

+++
Jangan menangis... Jangan lemah... Jangan takut...
Berikan usaha yang terbaik
“Dan bahawa manusia hanya akan memperoleh apa yang telah diusahakannya” 
[QS an-Najm, 53:39]
Dan bersangka baik terhadap Allah bahawa Dia juga akan memberikan kita yang terbaik...
أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله 
"Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan." 
[HR Ahmad, Ibn Hibban]

"Macam mana?" sambil tersenyum melihat ke arah aku.

Tuesday, 6 September 2011

Cinta Kasih Allah

Hati ibarat raja

Ia memiliki tentera. 

Siapakah tentera hati?

Mereka adalah mata, lisan dan perasaan.

Jadi, jika kita ingin tahu hati kita bagaimana rupanya, maka lihatlah tenteranya.

"Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada segumpal darah yang apabila dia baik maka akan baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka akan buruklah seluruh jasad. Itulah hati.” 
[HR. Bukhari dan Muslim]

Dan Allah SWT mengajarkan juga kepada kita bahawa orang yang buta itu bukannya buta pada mata sebenarnya,

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga (akal) mereka  dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada." 
[QS Al-Hajj, 22:46]

Dan Rasulullah SAW juga mengingatkan kita bahawa,

"Allah tidak memandang pada rupa-rupa dan harta-harta kalian, tetapi Dia memandang pada hati-hati dan amal-amal kalian." 
[HR. Muslim]

Jika objek pandangan manusia adalah pakaian yang kita pakai, kenderaan yang kita guna, warna kaca mata atau style rambut, maka objek pandangan Allah adalah hati dan keadaannya.

Jadi, berhati-hatilah!

Jika objek pandangan manusia adalah sesuatu yang kita sering perhatikan agar ianya selalu dalam keadaan yang terbaik dan terbagus, kenapa kadang-kadang kita terlalu sanggup untuk membiarkan objek yang dilihat oleh Allah itu kekal dalam keadaan yang kotor lagi hina?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

+++


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap dolar yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

[Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)]


+++