Jangan Putus Asa, Yakinlah dengan Allah

Assalamualaikum.. Segala yang terpuji itu hanya milik Allah. Dan selawat serta salam kepada Rasulullah SAW, serta tidak dilupakan juga selawat dan salam untuk semua para nabi dan rasul sebelum beliau. Alhamdulillah. Sejak kebelakangan ini, ramai insan yang mula merespon terhadap post Aku Mahu Berubah, Tapi.. baik secara personal atau tidak. Menyatakan masalah mereka dalam mahu melakukan perubahan, cabaran dan sebagainya. Baguslah tu. Kerana dalam suasana masyarakat yang semakin membarah sekarang ni dengan ideologi-ideologi songsang, ditambah lagi dengan perisa perang pemikiran yang melampau-lampau. Masih ada jiwa-jiwa yang mahu keluar dari kepompong zon selesa mereka. Untuk kembali kepada fitrah kejadian mereka. Iaitu tunduk kepada kehendak Allah. Iaitu Islam. +++ Jika sebelum ini saya membahaskan mengenai masalah ‘ Determination’ atau keikhlasan dan ‘Effort’ atau usaha. Sekarang saya akan sambung dengan dua poin yang seharusnya menjadi d...