Luahan: Untuk Hati Yang Keras

Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang kesunyian sahaja, maka yang paling sunyi itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia.. Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang kurang kasih sayang sahaja, maka yang paling kurang kasih sayang itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia.. Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang gagal dalam hidup atau kecewa sahaja, maka yang paling gagal dalam hidup dan paling kecewa ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia.. Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang tiada tujuan hidup sahaja, maka yang paling tiada tujuan hidup ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia.. Tetapi, betulkah Rasulullah SAW dan para sahabat dia adalah orang-orang yang kesunyian, kurang kasih sayang, gagal dalam hidup, kecewa, dan tiada tujuan hidup? Atau sebenarnya , merekalah orang yang paling bahagia, hidup penuh dengan cinta, menguasai dunia dan akhirat serta paling berjaya baik di dunia mahupun di akhirat? ...