"Akh, bagi ana nasihat."
.jpg)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ "Akh, bagi ana nasihat." Satu mesej simple dari seorang ikhwah yang biasa kita dapat. Membacanya hanya memerlukan waktu dan tenaga yang sangat sedikit. Tetapi, cuba kita lihat pada insan yang mahu membalas mesej tersebut. "Hmm, nak reply apa ya?" Mulalah nanti dia scroll semula himpunan mesej-mesej yang pernah dia bagi pada mad'u atau ikhwah lain sama ada sent item, draft atau inbox- nya. Ada yang mula membuka internet untuk cari kata-kata pujangga yang menarik untuk diberikan pada ikhwah yang meminta nasihat tadi. Mulalah membelek-belek buku halaqoh kut-kut ada ayat best atau buka al-Quran terjemahan nak cari ayat yang sesuai dan mengena. Ada juga yang memikir terlalu panjang hinggakan dia tidak reply mesej ikhwah tadi lalu meninggalkan insan yang memerlukan sesuatu untuk mengisi jiwanya terus berada dalam kekosongan. Sebelum kita membahas dengan lebih jauh, cuba kita tanya dahulu pada diri k...