Raikanlah Cinta Itu

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ “Katakanlah: ‘Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.’ Dan, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani” [QS Ali ‘Imran, 3:31] KUALA NERANG, 28 Januari 2012 - Halaqoh pada hari itu dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan ruang dan peluang bagi peribadi-peribadi yang mahu mengisi jiwa mereka untuk mengislahkan diri mereka dan mengislahkan diri orang lain untuk hadir bersama-sama dalam satu tautan kasih sayang kepada Allah, rasul dan jihad. "Baiklah, hari ini abang nak bincang tentang satu benda jiwang. Apa makna cinta? Abang nak tanya pada seorang-seorang. Yang next itu bolehlah fikir-fikirkan apa jawapannya." Keadaan mula hangat dengan gelak ketawa. Ada yang tersengih sendiri. Ada yang bertasbih "Subhanallah...