Posts

Showing posts from January, 2013

Luahan: Untuk Hati Yang Keras

Image
Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang kesunyian sahaja, maka yang paling sunyi itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia.. Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang kurang kasih sayang sahaja, maka yang paling kurang kasih sayang itu adalah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat dia.. Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang gagal dalam hidup atau kecewa sahaja, maka yang paling gagal dalam hidup dan paling kecewa ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia.. Kalaulah tarbiyah ini hanya untuk orang-orang yang tiada tujuan hidup sahaja, maka yang paling tiada tujuan hidup ialah Rasulullah SAW dan para sahabat dia.. Tetapi, betulkah Rasulullah SAW dan para sahabat dia adalah orang-orang yang kesunyian, kurang kasih sayang, gagal dalam hidup, kecewa, dan tiada tujuan hidup? Atau sebenarnya , merekalah orang yang paling bahagia, hidup penuh dengan cinta, menguasai dunia dan akhirat serta paling berjaya baik di dunia mahupun di akhirat?

Dakwah: Kejamnya Cinta

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Alhamdulillah. Segala yang terpuji hanya untuk Allah. Segala selawat kita berikan kepada pesuruh Allah SAW. Sama-sama kita tajdid niat di hati kita untuk menuntut ilmu, membaca bahkan bekerja kerana Allah semata-mata. 4 bulan yang lalu.  27 September 2012, Kuala Lumpur International Airport. Petanda bahawa sesuatu yang besar bakal menanti. Bukan kapal terbang atau jet pejuang, tetapi tanggungjawab yang tersedia menanti. Murobbi aku berpesan berkali-kali untuk mengikhlaskan niat, kemudian sempat bergurau dan berketawa bersama-sama ikhwah-ikhwah yang datang dari Perak. Ada yang escape kelas dan macam-macamlah mereka. Biasalah, ikhwah~. Call dan mesej daripada mereka yang tidak dapat hadir juga ada. Merekalah yang mengajarkan aku erti kehidupan. Mengertikan kehidupan aku dengan tarbiyah dan dakwah. Saat yang aku paling tidak mampu untuk lupakan ialah lambaian selamat tinggal daripada keluarga yang menjadi asbab kepada hid

Oh Tenang~

Image
Assalamualaikum WBT.. Pertama sekali, bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan saya peluang untuk menulis. Ops, silap, bukan peluang kerana peluang itu sentiasa ada, cuma kekuatan untuk menulis itu yang mungkin kurang. Apa masalahnya? Kalau nak diciptakan alasan, macam-macam kita boleh berikan, jadi biarlah rahsia~ -,- Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan sahabiahnya, ahli keluarga baginda, serta semua umat islam yang bertungkus lumus menegakkan kalimah syahadatain di dalam hati-hati masyarakat dunia pada hari ini yang kebanyakannya masih terkeliru denga hakikat berhala di dalam hati mereka masing-masing. Kita doa sama-sama pada Allah agar kita dan mereka diberikan rezeki untuk melihat suatu kebenaran itu sebagai kebenaran dan diberikan rezeki untuk mengikutinya. Sama-sama juga kita berusaha untuk sentiasa mengikhlaskan diri kita masing-masing dalam menuntut ilmu dan beramal kerana mencari redha Allah dan mengharapkan syafaat daripada Ra