Bila Iman Terjatuh






“Sebagai da’ie, kita kena pastikan kita tidak bermaksiat! Kikis habis semua karat jahiliah! Jangan bagi ruang walau sedikit pun kepada syaitan untuk memasuki hati kita dan merosakkan segala-galanya! Dakwah ini sesuatu yang mulia dan hanya orang mulia sahaja yang berhak memperjuangkannya!”

~kredit~
Itulah taujihat yang biasa kita dengar dalam halaqoh (lingkaran iman). Sehari dua kita pun bersemangat untuk menjaga iman kita, menjaga tahajjud kita, menjaga mata kita, menjaga tilawah al-Quran kita dan sebagainya. Tiba-tiba, masuk hari yang ketiga, semuanya berputar 180 darjah. Al-Quran entah hilang ke mana, tahajjud tinggal sejarah. Iman? Wara’? Apa benda tu?

Fenomena kejatuhan atau keruntuhan iman dalam diri seorang da’ie atau secara umumnya sebagai seorang Muslim itu sebenarnya adalah sesuatu yang terlalu biasa. Kerana apa biasa? Kerana seorang da’ie atau Muslim itu juga manusia! Ikut serta dalam tarbiyah bukanlah bermakna kita akan berubah menjadi malaikat yang sentiasa taat, sujud, tidak membantah, tidak bernafsu dengan manusia yang berlainan jenis dan sebagainya. Tetapi, tarbiyah ini mengajarkan kepada untuk agar selalu berwaspada terhadap perangkap-perangkap syaitan dan kita menjauhinya sejauh-jauhnya! Kita menjadikan syaitan sebagai musuh, bukan member, penasihat atau pemimpin kita!

Kerana apa? Matlamat syaitan bukanlah mahukan kita syirik atau berbuat dosa pada waktu sekarang, tetapi jauh lebih utama ialah dia mahu kita mati dalam keadaan kita sedang berbuat dosa. Bila kita akan mati? Entahlah, tapi yang penting saat tu makin dekat. Maka, syaitan memulakan usahanya dari sekarang untuk memastikan kita mati dalam keadaan yang hina.

Kita lihat dunia pada hari ini. Berapa ramai orang yang mati kerana masalah couple, masalah keluarga, masalah sumbang mahram, emak mencampak anak jatuh dari apartmen, suami tikam isteri, mati kemalagan kerana arak, mati kerana dadah dan bunuh mak ayah kerana dadah juga, mati kerana bergaduh sesama kumpulan gangster, mati kerana bunuh diri, mati kerana manusia, mati kerana mencari kepuasan, mati kerana bola, mati kerana artis, mati kerana macam-macam benda yang tidak boleh diterima akal waras!

Itulah yang dimahukan oleh iblis, syaitan dan rakan-rakannya. Kita mati bukan dalam keadaan kita sebagai orang yang berserah diri pada kehendak Allah (ISLAM).


Kerana itulah, kita perlu masuk ke dalam Islam ini secara keseluruhan. Kerana jika kita masuk hanya sekadar separuh atau sedikit-sedikit. Maka kita telah memberi peluang kepada musuh kita untuk menewaskan kita secara internal mahupun eksternal.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
[QS Al-Baqarah, 2:208]


Kemudian, selepas kita membina iman kita secara kaffah, perlu kita membina pula nilai-nilai takwa dalam diri kita dengan sebenar-benarnya. Bukan hanya sekadar main-main atau sekadar lelucon gitu.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam."
[QS Ali 'Imran, 3:102]


Bagaimana mahu membina iman dan takwa?

Tentu sahaja dalam bahasa skemanya, 'melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.'

Bermula dengan sebuah perasaan cinta dan redha kepada Allah sebagai Rabb, Islam sebagai ad-Din dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul kita.


رضيتُ بالله رباً, وبالإسلام ديناً، وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبياً ورسولاً‎


Rasa cinta dan redha ini akan membuatkan kita tidak mengambil perintah dan larangan Alah itu sebagai beban, tetapi sebagai sebahagian daripada bukti cinta kita kepada Dia dan jalan untuk meraih kebahagiaan.

Kemudian, kita celupkan (صبغة) diri kita dengan celupan Allah yakni al-Quran dan as-Sunnah pada hati, akal dan jasad kita.

Hati secara iktikadi dan zahirkan ia dengan niat. Kita sentiasa ikhlaskan niat kita ketika kita mahu membuat satu-satu kerjaan. Semuanya kita pulangkan kepada Allah. Kejayaan atau kegagalan, itu bukan ukuran yang terpenting. Yang penting ialah sejauh mana kita telah meletakkan pergantungan dan kebersamaan Allah dalam setiap perancangan dan gerak kerja kita bermula dengan niat.


عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا "يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
[HR Bukhari dan Muslim]



Akal secara fikri dan zahirkan ia dengan manhaj (sistem) kehidupan kita. kita menjadikan Islam sebagai sistem, undang-undang, adat dan budaya dalam segala aspek kehidupan kita. kita berusaha untuk memahami dan mengamalkan Islam itu bukan sekadar pada juzu’-juzu’ yang tertentu, tetapi kita memahami dan mengamalkan Islam itu dari semua juzu’. Bukan memilih dan memilah yang mana kita suka kita ambil dan yang kita benci kita bagi pada orang lain dan tinggalkan di tepi. Setiap langkah, setiap perbuatan kita akan dirujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Semuanya akan berbalik kepada persoalan, “total submission to the Allah’s will,”.


إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا
أُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا ۚ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا


Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul- rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan : "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),
merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan.
[QS An-Nisa', 4:150-151]



Jasad secara amal dan zahirkan ia dengan perlaksanaan. Tentu sahaja Islam itu bukan sahaja dilihat pada sejauh mana pengetahuan seseorang tentang agamanya, tetapi amal. Kita menjadi seperi air mengalir yang menghidupkan, bukan air bertakung yang busuk lagi mematikan. Kita jadi seperti pohon yang menjadi manfaat, bukan memberi mudharat atau tidak memberi apa-apa. Kita jadikan Rasulullah sebagai contoh, tauladan dan rujukan dalam mahu beramal. Kenapa mesti dia? Kerana itulah pesan cinta yang Agung.


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ 

"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[QS Ali 'Imran, 3:31]


Dari sinilah kita harus membina bangunan islam dan iman kita. Tentu sahaja akan berbalik kepada asasnya iaitu Asy-Syahadatain,

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أللهُ

أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ


Tapi, kenapa masih terjatuh?

~kredit~


عن أبي هريرة قال: قلنا: يا رسول الله ما لنا إذا كنا عندك رقّت قلوبنا وذهدنا في ادّنيا و كناّ من اهل الاخرة. فإذا خرجنا من عندك فآنسنا أهلنا وشمّمنا أولادنا أنكرنا أنفسنا؟ فقل رسول الله: لو انّكم إذا خرجتم من عندي كنتم على حالكم ذلكم لزارتكم الملائكة في بيوتكم ولو لم تذنبوا لجاء الله بخلقِ جديدِ حتى ويذنبوا فيغفر لهم 

Abu Hurairah RA berkata, “Kami berkata, ‘Ya Rasulullah, mengapa ketika kami di sisimu, hati kami menjadi lembut, kami bersikap zuhud terhadap dunia, dan kami menjadi ahli akhirat. Namun, setelah keluar dari sisimu, bergaul dengan keluarga kami, dan mencium anak-anak kami, kami (berubah sampai-sampai kami) mengingkari diri kami sendiri?” Rasulullah SAW menjawab, “Seandainya setelah kamu keluar dari sisiku lalu keadaan kamu tetap seperti di sisiku, nescaya malaikat akan mengunjungi rumah-rumah kamu. Seandainya kamu tidak berbuat dosa, nescaya Allah akan mendatangkan generasi baru sehingga mereka berbuat dosa, lalu ia akan memberikan ampunan kepada mereka.’
[Hadits shahih diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tirmidzi]


Ustaz Fakhruddin Nursyams, Lc. di dalam bukunya 'Syarah Lengkap Arbain Daawiyah', menjelaskan bahawa hadith ini menunjukkan kepada kita tentang suasana forum dakwah Nabi SAW yang sifatnya kekhusyukan jiwa, ketundukan hati kepada keangungan Allah ‘azza wa jalla, ketakutan akan siksa dan murka-Nya serta harapan untuk mendapatkan redha dan syurga-Nya telah memenuhi dan menguasai diri para sahabat. Namun, ternyata, suasana ruhiyah yang menyejukkan ini tidak bisa mereka hadirkan ketika sedang berada di tengah-tengah keluarga dan bersama anak dan isteri mereka.

Maka jiwa-jiwa yang beriman ini merasa perlu untuk berkonsultasi kepada murobbi mereka iaitu Nabi Muhammad SAW untuk menadapatkan jawapan yang memuaskan dahaga jiwa mereka dan boleh memperbaiki apa yang mereka rasakan sebagai kekurangan dan kemunduran iman.

Maka, di sini kita dapat lihat bahawa satu, pentingnya sebuah majlis ilmu untuk sentiasa memperingatkan dan medidik kita mengenai riqqatul qulub, az-zuhdu fid dunya dan ar-raghbah fil akhirah. Maka, carilah wasilah seperti halaqoh atau usrah kerana perbincangan di sana lebih berfokus dan terpantau jika dibandingkan dengan ceramah-ceramah umum.

Di dalam majlis inilah kita melatih diri dan hati kita untuk dipenuhi dengan kelembutan dan kekhusyukan dengan dzikir-dzikir atau peringatan-peringatan.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan (الْوَسِيلَةَ) yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan."
[QS Al-Ma'idah, 5:35]


Di majlis ini juga kita melatih diri kita untuk zuhud terhadap dunia dan menjadi pencinta kepada akhirat.

~kredit~

Namun, dalam hadith ini juga kita dapat lihat beberapa keadaan pada saat para sahabat berpisah sahaja daripada majlis itu. Ada yang kembali kepada keadaan asal, ada yang cuba mengekalkan perasaan yang ada, bahkan ada yang mengingkari diri sendiri!

Jadi, itu biasa. Kerana itu, tarbiyah sememangnya mengajarkan kepada kita untuk sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu hinggalah ke peringkat yang tertinggi! Tetapi, jika masih terjatuh, maka tarbiyah juga mengajarkan kita untuk bangkit daripada kemunduran dan kembali kepada keimanan dengan taubat kepada ALlah.

Manusia tidak akan terlepas dan terpelihara dari kesalahan dan dosa, dan hikmah di balik tu adalah agar kita bertaubat dan memohon ampunan kepada Allah. Sebab itu, kita kena rajinkan diri kita untuk hadir ke majlis-majlis dakwah agar sentiasa kita mempunyai kepekaan hati, mengetahui aib dan kekurangan diri, serta dengan tulus ikhlas kita bertaubat kepada Allah.

Sebagaimana kata ulama,


“Nasihat adalah cambukan yang ditujukan pada hati, yang akan memberikan bekas kepada hati sebagaimana cambukan telah memberikan bekas kepada badan. Rasa sakit bekas pukulan setelah beberapa waktu tidak seperti rasa sakit ketika pukulan itu pertama kali dilakukan. Akan tetapi, rasa sakit itu masih tetap ada, tergantung kepada keras dan lemahnya pukulan yang dilakukan. Semakin keras pukulan yang diterima maka semakin terasa pula sakitnya meski telah berlalu beberapa waktu.”
[Lathaiful Ma’arif/18-23]
'

Konklusinya

Ketika isti'azah tiada kesan..

Ketika istighfar juga tiada kesan..

Ketika ayat-ayat al-Quran juga masih tiada kesan..

Ketika mengingat mati juga tetap masih tiada kesan..

Maka sedarlah bahawa ada sesuatu yang telah hilang di dalam hati kita... Apa dia? Itulah encik iman dan takwa..


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[QS Az-Zumar, 39:53]


Sebuah zaman kegelapan akan disusuli dengan zaman renaissance (kebangkitan). Tapi, kita kena ingat bahawa kebangkitan itu tidak akan kekal lama jika kita lupa dan tinggalkan unsur-unsur yang membuatkan kita mampu bangkit.

Wa Allahu 'alam..

"Ya Allah, berilah kami ketabahan dan matikanlah kami dalam Islam.."


mohamadkhirbinjohari
universitiainshams
kaherahmesir

Comments

  1. Salam, akh, apakah kejatuhan kta dalam amal itu merupakan perkara biasa? Bagaimana jika ada org yg menjadika itu sebgai alasan apabila tidak mahu beramal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejatuhan itu biasa.. Dan solusi bagi kejatuhan itu ialah membina kembali fondasi iman dan takwa serta taubat.. Bagi seorang produk tarbiyah, dia akan sentiasa menjaga dirinya sebaik mungkin (cuma dia tetap manusia yg akan berbuat dosa..)

      Jadikan alasan utk tidak bramal? Bagi seorang produk tarbiyah, kita TIDAK DI DIDIK UNTUK MEMBERI ALASAN untuk tidak beramal..

      Delete
  2. golongan daie sukar dicapai (didekati) dari luar melainkan mereka yg cuba mendekati org luar, kenapa? mungkin saudara boleh huraikan tentang topik ini di post akan dtg. sy mohon saudara kaji perspektif 2 pihak (daie) dan org yng diberi dakwah. insyaAllah dapat membantu rmai pihak yg merasakan benteng yg tebal antara 2 golongan ini.mungkin tidak pd saudara. sy cuma cdangkan topik :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?