Posts

Showing posts from September, 2012

Dakwah: Susahkah?

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ “Hari Khamis free tak? Malam.”  “ Free . Kenapa?”  “Aku ada buat usrah malam tu, nak join tak?”  “Usrah? Siapa buat?”  “Akulah.” Tiba-tiba budak itu buat muka suspicious pada saya…  “Kenapa? Ada masalah?”   “Eh, tidaklah. Usrah ni under apa?”   “ Under apa? Erm. Alah, kita-kita saja. Daripada kita pergi main game malam tu, apa kata kita buat usrah, kumpul budak-budak lain sekali. Penting sangatkah “ under ” apa tu?”  Itulah antara perbualan yang aku dapat ketika mencari orang-orang baru untuk sama-sama duduk merasai nikmat tarbiyah. Macam-macam ragam rupanya ada.  “Usrah? Apa tu?”   “Usrah? Macam yang biasa buat kat sekolah itu ya?”   “Usrah? Bukan badan agama yang rasmi kat sini dah buat ke? Kenapa kau nak buat juga?”  Macam-macam persoalan yang memerlukan jawapan yang berbeza-beza untuk setiap target mad’u (orang yang didakwahi). Kerana itu, kita sebagai da’ie kena faham bahawa manusia