Posts

Showing posts from January, 2012

Raikanlah Cinta Itu

Image
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ   “Katakanlah: ‘Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.’ Dan, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani” [QS Ali ‘Imran, 3:31] KUALA NERANG, 28 Januari 2012 - Halaqoh pada hari itu dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan ruang dan peluang bagi peribadi-peribadi yang mahu mengisi jiwa mereka untuk mengislahkan diri mereka dan mengislahkan diri orang lain untuk hadir bersama-sama dalam satu tautan kasih sayang kepada Allah, rasul dan jihad. "Baiklah, hari ini abang nak bincang tentang satu benda jiwang. Apa makna cinta? Abang nak tanya pada seorang-seorang. Yang next itu bolehlah fikir-fikirkan apa jawapannya." Keadaan mula hangat dengan gelak ketawa. Ada yang tersengih sendiri. Ada yang bertasbih "Subhanallah&q

Menangis Kerana Cinta

Image
Kenapa Menangis? Cuba kita perhatikan keadaan masyarakat di sekeliling kita. Kenapa mereka menangis? Ada yang menangis kerana pasukan bola yang dicintai kalah dengan pasukan lain. Ada yang menangis kerana kononnya dikecewakan oleh kekasih yang dicintainya. Ada juga mungkin yang menangis ketika melihat anak-anaknya atau ibu bapanya yang tercinta melakukan perkara-perkara salah dan tak ikut syariat. Ada yang menangis kerana mendapat memberikan sumbangan atau menerima penganugerahan yang sangat dicintai. Jadi, kalau kita perhatikan semula semua contoh kes yang saya sebutkan satu per satu tadi, terlalu banyak sebab kenapa seseorang itu menangis. Cuma, daripada kita sibuk membicarakan tentang masalah orang lain 'kenapa mereka menangis'. Adalah lebih baik jika kita tanyakan pada diri kita sendiri, "Kenapa kita menangis?" Adakah tangisan kita itu merupakan tangisan yang memadamkan api neraka dan akhirnya membawa kita ke syurga, atau sebenarnya tangisan itu i

Mari Mengkhayalkan Syurga!

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ "Akhi, syurga itu wujudkah?" Jalan Menuju Syurga Allah berfirman, "Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hamba-Ku yang soleh apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia."   [HR Bukhari dan Muslim] Semua orang ingin bahagia. Kalau kita perhatikan, semua yang dilakukan oleh manusia itu bertujuan untuk mencapai kebahagiaan. Tidak ada seorang pun yang melakukan sesuatu perkara kecuali untuk tujuan ini. Kita menganggap, dengan menyenangkan orang lain kita boleh bahagia, kerana kita mengira hal itu akan membahagiakan diri kita. Seseorang mencintai sesuatu pasti ada tujuannya. Tapi, bukan cinta itu sendiri yang menjadi tujuannya, melainkan apa yang dihasilkan oleh cinta, berupa kebahagiaan hati. Begitu juga dengan duit. Kebahagiaan bukan pada duit, tetapi apa yang dihasilkan duit bagi hati, berupa kesenangan dan kebahagiaan yang menjadikan ha

Orang Mukmin Yang Dengki Kepadanya

Image
“Kamal, cuba kau tengok budak tu, cun gila awek dia. Mantap ar. Kau tak rasa cemburukah semua awek kau lari kat dia?” “Tak apa, nanti aku tahu lah apa nak buat kat dia, kalau tak kena bantai sampai tak boleh berjalan, atau aku jumpa saja bomoh mana bagi dia mati terus.”  “Eh, kau biar betul? Kalau kau pukul dia, nanti kau masuk penjara pula. Kalau kau ‘bomoh’ dia, karang tak masuk syurgalah.”  “Ah, yang penting kalau aku tak dapat, biar dua-dua tak dapat.” Pernah dengar tak dialog macam atas tu? Mestilah pernah, terutamanya kaki movie tak senonoh dan kaki buang masa depan TV. Pernah tak kamu dengar dialog macam ini pula, “Salam, adik, jom ke liqo al-Quran.”  “Err. Abang ni Jemaah bukan rasmikah?”  “Kenapa adik tanya macam tu?”  “Tak adalah, tapi ada abang-abang rasmi kata, kalau ada orang datang ketuk bilik lepas itu ajak baca al-Quran, dia suruh cakap sahaja dengan orang tu, ‘Saya dah berkomitmen dengan yang rasmi’ . Nanti saya tidak selamat, lepas itu sib

Jauhilah Kemunafikan

Image
وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ "Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka membuat kamu kagum." [Al-Munafiqun, 63:4] Orang-orang munafik lebih memerhatikan yang lahir daripada yang batin. Tubuh mereka segar, tetapi hati mereka kering. Tampang menggiurkan, tapi batin menyeramkan. Dalam terang mereka nampak terhormat, sedang dalam kelam mereka berubah menjadi kelawar. Mulut manis, jiwa pahit. Yang pertama-tama anda saksikan pada orang seperti ini adalah postur tubuh yang indah, tulang yang kukuh, otot yang kekar, lengan berisi, perut kenyang, gemuk, cakap besar, dan mudah melontarkan pujian. Tetapi, di sebalik semua itu, mereka menyembunyikan mental yang rendah, cita-cita buruk, dan niat jahat. Kanser ganas telah tumbuh subur di setiap sudut hati, kehampaan bersarang di dalam batin. Mulut mereka seperti lombong dusta dan kepalsuan. Sementara hati mereka seperti bangunan runtuh yang dihuni oleh kemunafikan, kekafiran, dan dipenuhi dosa. Per