Mari Mengkhayalkan Syurga!





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


"Akhi, syurga itu wujudkah?"


Jalan Menuju Syurga


Allah berfirman,

"Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hamba-Ku yang soleh apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia." 
[HR Bukhari dan Muslim]

Semua orang ingin bahagia. Kalau kita perhatikan, semua yang dilakukan oleh manusia itu bertujuan untuk mencapai kebahagiaan. Tidak ada seorang pun yang melakukan sesuatu perkara kecuali untuk tujuan ini.

Kita menganggap, dengan menyenangkan orang lain kita boleh bahagia, kerana kita mengira hal itu akan membahagiakan diri kita. Seseorang mencintai sesuatu pasti ada tujuannya. Tapi, bukan cinta itu sendiri yang menjadi tujuannya, melainkan apa yang dihasilkan oleh cinta, berupa kebahagiaan hati.

Begitu juga dengan duit. Kebahagiaan bukan pada duit, tetapi apa yang dihasilkan duit bagi hati, berupa kesenangan dan kebahagiaan yang menjadikan hati penuh senyum dan tawa. Rumah mewah, rekreasi, kawan, dan semua yang kita lakukan itu pasti bertujuan untuk mencapai kebahagiaan.

Ketika seseorang pergi untuk menunaikan ibadah, ia tidak akan pergi kecuali kerana ia menemukan kebahagiaan hati di sana. Juga di saat seseorang membelanjakan wang atau menikah. Bahkan, tujuan seseorang bermaksiat pun dalam rangka mencari kebahagiaan.

Tempat terletaknya kebahagiaan pada diri manusia itu ada pada hati. Ketika hati bahagia, anggota badan akan merasa tenang, manusia akan merasakan kesegaran dan kenyamanan. Itulah kebahagiaan, yang kita semua cari.




Tiada kebahagiaan yang sempurna di dunia



Allah SWT tidak menjadikan untuk kita kebahagiaan di dunia ini sempurna. Carilah di mana-mana sekalipun, kita pasti akan menemui kecacatan disebalik setiap kebahagiaan yang kita cari.Contohnya, ketika kita memakan makanan lazat, kita akan merasakan kebahagiaan. Tetapi, kemudian kita akan mula merasa perut memulas dan lelah, sehingga kita kadang-kadang hilang nafsu makan, dan akhirnya kita tidak menemui kebahagiaan yang sempurna. Berekreasi menikmati keindahan alam pun akan mengakibatkan kita kepenatan dan kepayahan, lalu kita pun tidur panjang dan merasa kemalasan badan.

Sekali lagi, kita tidak akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dari awal hingga akhir kecuali pasti ada kecacatan!

Itulah tanda kasih sayang Allah. Dia menjadikan kebahagiaan di dunia ini pasti ada kecacatan, kerana jika dunia semuanya adalah kebahagiaan, maka pasti kita tidak akan pernah cuba untuk meninggalkannya. Kerana itu, saya ingatkan diri yang menulis dan diri yang sedang membaca ini supaya jangan pernah tertipu dengan apa sahaja bentuk kebahagiaan serta potensi yang kita perolehi. Jangan pernah menyangka bahawa dengan kemampuan yang kita ada sekarang ini mampu membuatkan kita memiliki kebahagiaan yang sempurna.

Kerana setiap kelazatan dunia pasti akan hilang. Ingatlah firman ayat Allah,

"Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian dia menjadikan (kamu) sesudah lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) itu sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban..."  
[QS Ar-Rum, 30:54]

Janganlah kita terburu-buru merasa gembira dengan perasaan hai ini, kerana setelah dua puluh atau tiga puluh tahun ke hadapan, kita tidak akan lagi selincah sekarang. Seterusnya, anak-anak kitalah yang akan mengarahkan, setelah sebelumnya kita yang mengarahkan mereka. Kita akan menjadi lemah seperti bayi. Inilah dunia, tempat yang di sana tidak ada yang sempurna, dan tidak ada pula kebahagiaan yang sempurna.

"Sudah menjadi hak Allah untuk tidak menaikkan sesuatu, kecuali Dia akan menurunkannya."  
[HR Bukhari]

Lihatlah, para raja yang dahulunya membangunkan piramid dan renungkanlah keagungan, kebesaran dan kekuatan yang dahulu mereka miliki. Di mana mereka sekarang? Tidak ada!


Di mana kita bisa menemukan kebahagiaan?

Ikhwah dan akhwat yang dikasihi Allah sekalian, tiada kebahagiaan yang sempurna di dunia, harta tidak akan membuat kita tenang, begitu juga dengan cinta. Namun, perkataan saya ini jangan pula kalian fahami sebagai anjuran untuk menghindari dunia, TIDAK. Tetapi, saya hanya ingin agar kita memahami kalau ini adalah hakikat dunia, sesuatu yang perlu kita kumpulkan tetapi ianya tidak ada pulangan faedah mahupun manfaat.

Harta akan berubah menjadi kepayahan dan problematika satu keluarga dengan saudara-saudaranya, dan seterusnya. Maka, di mana kebahagiaan?

Tiada kebahagiaan kecuali di syurga. Kebahagiaan yang sempurna, kenikmatan yang hakiki, dan puncak kesenangan tidak ada di dunia, tetapi ada di syurga. Ayuh, kuatkanlah hati kita untuk menuju ke sana, kerana banyak sudah orang yang saya dengar mengatakan,

"Aku ingin jadi baik, aku ingin melakukan nasihat ini, tetapi aku tidak mampu."

Hanya sekadar ingin.. INGIN.. Keinginan perlulah disertakan dengan usaha yang berterusan.

Jika kita ingin mencari kebahagiaan, carilah di syurga! Namun kenyataannya, begitu ramai remaja-remaja seperti kita yang belum pernah memimpikan syurga. Mengapa? Kerana dunia masih lagi terlalu indah di mata kita. Kita sudah melihat adunan 'roti dunia' dan mengetahui bagaimanakah cara untuk mendapatkannya, mengetahui bagaimana mencintai, bagaimana bekerja dan mendapatkan wang. Senang cakap, kita sudah terlalu kenal akan dunia hinggakan kita menjadi sibuk kerana menguruskannya.

Kita tidak memimpikan kehidupan abadi di syurga. Kebanyakan daripada kita baik lelaki mahupun perempuan lebih gemar memikirkan bagaimana istananya setelah sepuluh tahun.. bagaimana isterinya kelak.. memimpikan anak-anaknya dan villa baru. Tetapi, siapakah di antara kita yang pernah memimpikan syurga? Siapa di antara kita yang pernah berkhayal dan berkata,

"Aku ingin syurga itu seperti itu.. ini..."

Mari mengkhayalkan syurga!

Jika kita semua mencari kebahagiaan, dan kita juga sudah sedia maklum akan bahawa tiada kebahagiaan yang sempurna di dunia. Ayuh! Mari kita bersama-sama mengkhayalkan syurga. 

Bersihkan hati kita. Kita akan hidup di atas dunia untuk sekian puluhan tahun, lalu kita akan mati, dihisab. Jika kita sentiasa memikirkan jalan yang seperti ini, maka ketaatan akan menjadi mudah, dan maksiat aakan menjadi berat.

"Dunia mana yang aku cari dan inginkan?"

Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah SWT untuk menjadi pencari syurga yang kekal, maka kita adalah pencarinya, bukan pencari dunia!

Allah berfirman,

"Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hamba-Ku yang soleh apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar dan tidak terdetik dalam hati manusia."  
[HR Bukhari dan Muslim]

Masya-Allah! Keindahan yang bagaimana lagi yang beluum pernah disaksikan oleh mata? Sekarang, bayangkanlah syurga itu! Tidak kisahlah bagaimana caranya untuk kita membayangkan ia, syurga itu tetap indah daripada apa yang kita bayangkan. Biarkan imaginasi dan fikiran kita bebas menggambarkannya. Ketahuilah, syurga itu lebih indah.

Maka, persiapkanlah diri dengan keimanan dan ketakwaan. Zahirkan ia melalui amal soleh dan gerak kerja dakwah. Warisilah tugas utama bagi penghuni syurga seperti para nabi dan Rasul termasuk Muhammad bin Abdullah SAW serta para sahabatnya. Itulah dakwah. Itulah tarbiyah.

"..Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu, berbahagialah kamu! Maka masukilah syurga ini, seadng kamu kekal di dalamnya."  
[QS Az-Zumar, 39:73]

"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.."  
[QS Yunus, 10:26]

"Ya Allah, aku meminta pada-Mu kelazatan melihat wajah-Mu dan rindu bertemu dengan-Mu."  
[HR Imam Ahmad dan An-Nasa'i]



Para sahabat juga ketawa, Rasulullah SAW juga ketawa. Tapi, lihatlah iman dalam diri mereka. Lihatlah dakwah mereka. Lihatlah apa yang mereka perbuat pada dunia. Dan lihatlah apa yang mereka perbuat untuk syurga sedangkan mereka dijanjikan untuknya. Tetapi, kita bagaimana?

Teringat kata seorang ikhwah,

"Ana kalau tak dapat jadi penghuni syurga, jadi tukang sapu pun jadilah."

Daripada masuk neraka, saya sendiri pun rela jadi tukang sapu syurga.. =)


"relaks"
khir al-Imtiaz
05-01-12

Comments

  1. salam, tajuk cantik.

    mungkin boleh selit keindahan syurga. apa ada dalam syurga bari terasa indah dan ada khayalannya.

    contoh, bantal HIJAU permaidani indah (55:76). Sutera halus yang HIJAU, sutera tebal, gelang dari perak, minuman yang bersih (76:21). Bidadari yang tidak liar pandangan, jelita matanya (37:38) dan macam-macam ada dalam surga !

    btw nice post.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?