Posts

Showing posts from August, 2011

Selamat Menjaga Ketakwaan

Image
Pantas. Sekejap. Itu sahajalah kata-kata yang mampu saya gambarkan untuk Ramadhan kali ini.  Adakah saya telah gunakan ia dengan sebaik mungkin?  Entahlah. Harapnya ya..  Takbir raya mula bergema di masjid-masjid dan surau-surau..  Alhamdulillah. Seisi alam mula meraikan hari kemenangan dengan mensucikan dan memuji Allah SWT. Indah. Tetapi, adakah benar kita sudah menang? Ya. Kita sudah menang. Tetapi, ini baru 1/12 perjalanan. Masih terlalu awal.. Ada lagi lebih 95% perjalanan yang perlu kita tempuhi untuk membuktikan sama ada Ramadhan yang kita lalui sebentar tadi berjaya atau tidak..

Ketika Allah Tersenyum Kepada Kita

Image
Merealisasikan Rasa Syukur  Masa sememangnya ajaib. Apabila ianya lapang, kita kadang merasakan seolah tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Kerana ianya terlalu lapang. Tetapi, apabila ianya mulai sempit, dikala itulah kita dapat merasakan bahawa…  “Argh! Kenapa seminggu ni cuma ada 7 hari sahaja! Tambahlah lagi 5 hari ke jadikan 12 hari seminggu, barulah logik nak settlekan semua ni.”  Merungutlah macam mana sekalipun. Memang itulah sikap manusia. Menghargai sesuatu apabila sudah kehilangannya.  Kerana itu Rasulullah SAW berpesan kepada kita,  "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati."   [HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi]  Jangan kita sudah kehilangan yang namanya muda, barulah kemudian menan

Mencari Cinta di Sepuluh Yang Terakhir

Image
Alhamdulillah.. Suasana beriktikaf di masjid sudah mula terasa. Tersentuh juga apabila melihat si ayah membawa anak-anaknya yang masih kecil tidur bersama-sama di masjid. Subhanallah.. Indahnya.. Masjid mulai terang. Bacaan ayat-ayat al-Quran terus bergema tiada henti dari lisan mereka yang mencari cinta. Walaupun yang memeriahkan malam-malam penghujung Ramadhan ini masih lagi terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan mereka yang memeriahkan pasar raya dan kedai langsir.  Tapi, insya-Allah. sedikit peringatan untuk semua dan yang paling penting untuk diri ini yang sangat hina di mata Rabb-nya.  Akankah aku bertemu dengan malam itu. Jika aku menemuinya sekalipun, aku menemuinya untuk apa? Cukuplah.  Jika 20 malam yang sudah berlalu itu kita lalui sama sahaja dengan malam-malam yang lain. Dipenuhi dengan kemaksiatan, buang masa. Ada yang mungkin juga penuh dengan Dota dan counter strike , tak kurang juga yang

Hati Kita Semakin Subur atau Terkubur?

Image
18 Ramadhan 1432H. Sekejap sahaja masa berlalu. Sejauh mana aku dah manfaatkan ia?  Wah, mungkin tidak sepenuhnya lagi?  Jadi bila?  Persoalan yang menarik. Terima kasih. =)  “Macam mana nak memenuhi keperluan seorang manusia?”  Keperluan Seorang Manusia  Perkara pertama yang harus ditinjau kembali ialah definisi keperluan itu sendiri. Adakah keperluan yang dimaksudkan itu berasaskan hawa nafsu, atau berasaskan keimanan terhadap Allah dan hari akhir?  Kalau kita dapat lihat pada hari ini, secara umumnya masyarakat kita semuanya berlumba-lumba dalam memenuhi keperluan masing-masing. Tapi, macam yang saya cakap tadi, keperluan berasaskan apa?  Kalau kita dapat lihat berapa ramai manusia yang sanggup tidak tidur siang dan malam hanya kerana mencari duit untuk keluarga. Kereta di hadapan rumah sampai 7 biji. Rumah ada beratus bilik, tapi yang duduk di dalam rumah tu cuma 2 hingga 3 orang sahaja. Inikah keperluan kita

Senyumlah Wahai Da'ie

Image
Gelak. Lawak. Huh. Itu mungkin fenomena biasa apabila ikhwah bertemu ikhwah. Asal berjumpa je, mesti ada gelak. Asal berjumpa je, mesti ketawa. Kalau masa serius, wah mereka memang sangat serius. Tapi, habis sahaja saat serius, terus ketawa, gelak dan macam-macam. Penat gelak je kadang-kadang.  Itulah ikhwah. Banyak gelak. =)  Islam mengajarkan hidup yang suci, bersih, jauh dari tingkah laku buruk, jauh pula dari perbuatan yang sia-sia. Maka, sering dipersepsi bahawa menjadi seorang Muslim yang soleh bererti harus menjadi peribadi yang beraut muka dingin, tak nak ketawa, inikan pula mahu bergurau. Bahkan ada pula yang mengatakan, "Diamnya adalah berfikir, bicaranya adalah zikir, langkahnya adalah jihad." Kalau tidak, maka dia bukanlah Muslim yang sejati. Benarkah? Selepas mendengar ada seorang ikhwah yang berkongsi tentang apa yang dibacanya dalam buku Fikh Hiburan karangan Dr. Yusuf Qardhawi , saya tertarik untuk berkongsi dengan semua tentang satu s

Cerpen: Transisi Cinta

Image
“Akh, ukhuwwah setiap daripada kita ini diikat atas dasar cinta kita kepada Allah. Seandainya ada di antara kita yang meletakkan cintanya selain daripada Allah, maka lambat atau cepat, akhirnya dia akan terkeluar dari mereka yang berukhuwwah berpaksikan keimanan.”   “Meletakkan rasa cinta selain daripada Allah? Maksudnya?”   “Kalau kita cintakan seorang perempuan. Lihatlah apa yang kita sanggup lakukan. Kalau rumah dia jauh, kita sanggup habiskan duit, masa dan tenaga kita untuk pergi ke sana. Tidak beralasan pun jauh, penat, tak ada duit. Kadang-kadang hampir seluruh masa yang kita ada kita peruntukan hanya semata-mata memikirkan dia. Apa yang dia suka, kita pun akan suka, walaupun pada asalnya kita tak suka benda tu. Apa yang dia benci, kita juga akan bencikan benda tu. Kadang-kadang kita selalu cuba untuk membuat satu perkara yang dia suka, pastikan dia gembira, tergelak dan makin sayangkan kita. Padahal dia tak suruh pun kita buat benda-benda macam tu. Keluar duit u

Hati Aku Sebenarnya Ada Di Mana?

Image
“Akh, ana balik dulu.”  “Kenapa? Tak nak makan sekali ke?”  “Ana makan kat UTP je kot.”  “Ok ok.”  Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul satu pagi. Aku bersama jentera JML 3143 terus meluncur laju ke arah UTP. Sebelum tiba di kamar, aku singgah ke kafe untuk membeli sedikit makanan untuk berpuasa pada hari esoknya.  Hatiku terus berbisik. Fikiranku terus berkata. Dan hatiku terus meraung.  Sampai bila aku harus macam ni?  Bila kali terakhir aku menangis ketika berhadapan dengan Allah?  Bila kali terakhir aku gementar di saat ketika aku mahu bermaksiat?  Bila kali terakhir aku serius dalam belajar demi memudahkan kerja dakwah? 

Ramadhan: Lubuk Menuju Allah

Image
Alhamdulillah. Segala kepujian dan kebaikan itu kita pulangkan kembali kepada Rabb sekalian alam. Selawat dan salam untuk hamba dan Rasul-Nya, Muhammad SAW. Tak dilupakan juga untuk para nabi dan para rasul yang pernah bertungkus lumus, bermandikan duri, darah dan tengkorak demi menjulang tinggi agama Allah SWT. Dan juga kepada mereka yang telah pergi atau masih lagi berjuang dan berkorban, untuk menjayakan visi utama kenapa diutusnya Rasulullah SAW di muka bumi ini, iaitu..  “Dan Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.”   [QS al-Anbiya’, 21:107]  Dan  “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.“    [HR. Bukhari, Ahmad, Al Hakim]  Indahnya Ramadhan Satu bulan yang dinantikan oleh hampir semua manusia.  Ada yang seronok. Ada juga yang bersedih.  Cuma persoalannya,  Seronok kerana apa? Dan sedih kerana apa?