Posts

Showing posts from May, 2011

Jangan Putus Asa, Yakinlah dengan Allah

Image
Assalamualaikum..  Segala yang terpuji itu hanya milik Allah. Dan selawat serta salam kepada Rasulullah SAW, serta tidak dilupakan juga selawat dan salam untuk semua para nabi dan rasul sebelum beliau.  Alhamdulillah. Sejak kebelakangan ini, ramai insan yang mula merespon terhadap post Aku Mahu Berubah, Tapi.. baik secara personal atau tidak. Menyatakan masalah mereka dalam mahu melakukan perubahan, cabaran dan sebagainya. Baguslah tu. Kerana dalam suasana masyarakat yang semakin membarah sekarang ni dengan ideologi-ideologi songsang, ditambah lagi dengan perisa perang pemikiran yang melampau-lampau. Masih ada jiwa-jiwa yang mahu keluar dari kepompong zon selesa mereka. Untuk kembali kepada fitrah kejadian mereka. Iaitu tunduk kepada kehendak Allah. Iaitu Islam.  +++  Jika sebelum ini saya membahaskan mengenai masalah ‘ Determination’ atau keikhlasan dan ‘Effort’ atau usaha. Sekarang saya akan sambung dengan dua poin yang seharusnya menjadi driving force yang s

Aku Mahu Berubah, Tapi...

Image
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, akhirnya setelah 3 hari 2 malam tidur berselimutkan kabus, bertemankan unggas hutan, diterangi cahaya lampu ayam dan torchlight, dan bermacam-macam lagi aktiviti yang sememangnya kalau mahu dikira daripada segi material, memang tidak akan memberikan sebarang pulangan yang menguntungkan. Tetapi, insya-Allah, apabila ianya dilihat dari kacamata keihklasan dan keimanan, maka terlalu banyak sebenarnya kata-kata yang kadang kita sampai tak mampu hennak diucapkan betapa hebatnya perancangan dan ketentuan Allah untuk jalan hidup kita.  Manisan ukhuwah di atas garisan keimanan, kepahitan jerih yang terkeluarkan, kemasaman harta yang terkorbankan, dan macam-macam lagi perisa yang menambahkan corak lagi dalam jalan dakwah ini. Yang mana -insya-Allah- inilah antara usaha-usaha yang akan kami tunjukkan kepada Allah nanti, sebagai bukti kami pernah berbuat sesuatu dalam membina persiapan untuk agama yang menjadi kekasih hati ini.  Alhamdulill

Berkorban Demi Cinta

Image
Cinta perlukan pengorbanan. Satu kalimat yang sering di dengar, dan sudah terlalu banyak figur-figur yang sudah membuktikannya. Kita lihat dalam sejarah, matinya firaun kerana pangkat, matinya Qarun kerana harta, matinya Abu Jahal kerana kesombongan, matinya Romeo kerana seorang wanita.  Persoalannya, kenapa mereka sanggup mati untuk benda-benda mengarut tu? Maaf. Kerana mereka cintakan benda-benda tu. Dan apa yang orang akan buat bila dah mula cinta akan sesuatu perkara tu, tak kisah lah benar ke batil? Pengorbanan.  Ok fine. Itu cerita lama, sekarang zaman dah maju. Zaman dah moden. Tak main dah Abu Jahal, firaun ni. Ok, baik, kita beralih ke pada sesuatu yang lebih up-to-date..  +++  Pernah dengar tentang Mother Teresa. Dia dilahirkan pada 26 Ogos 1910 dan mati pada 5 September 1997. Mother Teresa merupakan seorang wanita yang dikatakan sangat berjasa baik terhadap masyarakat miskin di India dan juga agama yang dianutinya, iaitu kristian. Dia meninggalk

Cerpen: Sucikanlah Dirimu Dengan Taubat

Image
“Akh, ana nak tanya siket boleh tak?” “Asalkan bukan hal akademik, tanya lah.” “Hehe. Apa pendapat antum tentang taubat?” “Pendapat ana? Ana student chemical kot. Mana boleh main bagi-bagi pendapat ni.” “Alah, bagi je lah tahu.” “Ok ok, tapi bukan pendapat ana lah ye.” “Tak kisah lah.” “Hmm.. First , apa makna taubat?” “Erm.. kembali?” “Entah lah, nanti kita google benda tu, tapi akh, taubat ni boleh dikatakan sebagai satu ritual yang dilakukan oleh orang-orang yang berbuat dosa, kemudian dia menyesali perbuatannya dan mahu kembali kepada jalan yang benar semula.” “Hmm.” “Apa yang ‘hmm’? “Eh, tak de apa-apa.” “Islam ni special akh, sebab kalau kita nak bertaubat, kita tak terikat dengan apa-apa pun. Yang penting adalah keinginan yang kuat, dan seberapa banyak nilai kesungguhan yang kita letak untuk ke arah itu.” “Maksudnya?” “Ada agama yang kita kena menggunakan perantara manusia kalau nak bertaubat, ada juga agama yang

Cerpen: Jangan Ubati Dirimu Dengan Racun

Image
“Macam tak sihat je?”   “Ana ok. Tak sakit apa-apa pun.”  +++  UTP sekarang telah pun memasuki satu fasa yang dinamakan sebagai, study week. Fasa yang sangat rawan bagi sesetengah pelajar. Terutamanya bagi para dai’e. Inilah fasa di mana mereka harus all out habis-habisan untuk akademik mereka. Dalam masa yang sama, kerja-kerja dakwah tidak akan sekali cuba untuk dianak-tirikan, inikan terus tinggalkan. Baik dari segi dakwah pada diri sendiri, mahupun kepada orang lain.  +++  “Antum solat di mana tadi?”  “Err. Di bilik.”   “Kenapa di bilik? Kenapa tak turun ke surau? Bukan jauh pun.”   “…”   “Antum sakit ke?”  +++  “Akh, ana tak tahulah nak cakap macam mana. Fizikal mungkin sihat, tapi dalaman teruklah. Mutabaah down gila-gila sejak seminggu dua minggu ni.”    “Hmm. Biasalah tu, akh. Kita bukan para nabi dan rasul, inikan pula malaikat. Iman kita memang akan sentiasa menaik dan menurun. Normal lah tu.”   “Tapi kali ni melampau-lampau. Ta

Sirah: Abu Dzar Al-Ghifari

Image
Assalamualaikum. Peribadi hebat. Yang sepatutnya kita menjadikan dia sebagai contoh untuk menjalani kehidupan selepas Rasulullah dan rasul-rasul dan para nabi yang lain. Adalah para sahabat Rasulullah SAW. Bukannya para menteri, raja-raja, artis-artis yang mengarut je kerja dia dan lain-lain. Kerana Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang sesudahnya, dan orang-orang sesudahnya lagi. Lalu akan datang orang-orang yang kesaksiannya mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului kesaksiannya.”   [HR Al-Bukhari]    Dan, tidak pernah pula kita terlupakan firman Allah dalam surah al-Qalam, ayat ke-4 وَإنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ "Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung. " [Surah Al-Qalam, 68: 4] Jika seorang budak kecil yang tidak tahu apa-apa, menyatakan tentang kehebatan sesuatu perkara, mungkin sahaja kehebatan dari matanya itu bukanlah satu kehebatan pada kita.