"Macam mana pengisian ana tadi? ok ke tak?"
"Ok."
"Ok je?"
"Habis tu, antum nak ana cakap apa? Antum tanya 'Ok' atau 'tak' je kan?
"Bagilah komen yang membina siket. Baru ana dapat detect. Mana kelemahan ana."
"Ha. Baru jelas. Hmm, pada ana tak de masalah. Setiap orang ada cara dia yang tersendiri, dan antum ada cara antum sendiri."
"Maksud antum?"
"Dari segi kawalan suara, dalil, dan sebagainya iulah. Semua tiada masalah. Cuma kalau ana, ana akan sampaikan dalam bentuk yang lain. Ikut skill masing-masing. Dakwah is about the art of... ?"
"Err.."
"Convincing people. Itu je. Macam mana kita nak convince kan seseorang itu bahawa Islam dan dakwah itu jalan hidup dia. Itulah yang kita kena fikir sekarang ni. Macam mana orang MLM mampu convince orang mereka untuk hidup demi duit, macam itulah, bahkan lebih hebat dari itu kita kena convince orang untuk hidup demi Islam."
+++
Selesai menziarahi mad'u yang sedang menanti giliran untuk pertandingan drama di Lecture Hall 1, aku terus ke V1B 2** untuk memenuhi jemputan seorang ikhwah untuk mengisi taqlim yang dibuat atas inisiatif dia sendiri dalam mengumpul jiwa-jiwa kosong yang ingin diisi dengan sesuatu. Sebelum ianya diisi dengan kebatilan couple, games, dota dan lain-lain, apa kata kalau kita yang terlebih dahulu cuba untuk memenuhi jiwa-jiwa mereka dengan ayat-ayat cinta dari Allah.
+++
"Antum jemput ana, tapi antum lak yang bercakap. Haha."
"Lah, antum nak cakap gak ke?"