Indahnya Taubat, jika..


Ka'ab bin Malik

Seorang sahabat yang bernama Ka'ab bin Malik RA tertinggal dari perang Tabuk, hingga Nabi Muhammad SAW marah dan memerintahkan kaum muslimin agar memboikotnya selama lima puluh hari. Dan setelah lima puluh hari, Allah mengampuninya. Al-Quran datang dengan taubat Allah padanya. Ka'ab lantas memasuki masjid setelah ia diboikot lima puluh hari.

Lihat apa kata Rasulullah SAW setelah ia (Ka'ab) diboikot lima puluh hari,

"Wahai Ka'ab, bergembiralah menyambut hari yang paling indah setelah ibumu melahirkanmu,.. Allah tellah mengampunimu." 
[HR Bukhari dan Muslim]

Jika anda bertanya kepada seseorang,

"Apa hari yang paling indah bagi kamu?"

Apa yang dia akan katakan? Dia mungkin akan menjawab,

"Hari ketika aku berjaya.. hari ketika aku menikah.. hari itu dan ini."

Sesungguhnya ikhwah sekalian, memang itu semua benar hari yang indah. Tetapi, perlu kita sedar hakikat bahawa hari yang paling indah adalah ketika Allah mengampuni kita... dan ketika kita mengeluarkan maksiat yang memenuhi hati kita dan bertaubat kepada Allah.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]



Indahnya ampunan

Perhatikanlah hadith ini,

Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW seraya berkata,
"Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?"
Rasul menjawab,
"Ya. Akan ditulis"
Ia bertanya lagi,
"Bagaimana jika aku bertaubat?"
Rasul menjawab,
"Akan dihapus."
Ia berkata lagi,
"Bagaimana jika aku mengulangi lagi?"
Rasul menjawab,
"Akan ditulis."
Ia berkata lagi,
"Ya Rasul, bagaimana kalau aku bertaubat?"
Rasul menjawab,
"Akan dihapus."
Lelaki itupun berkata,
"Ya Rasul, sampai bilakah Allah akan menghapus?"
Rasul menjawab,
"Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun."
[HR Thabrani dan al-Hakim]


"terjatuh"
Khir Al-Imtiaz
1737 hours
11 Disember 2011

Comments

  1. syuran, jazakallah khair jaza'...
    smoga Allah menguatkan diri ini utk kmbali ke ftrah asal, dgn kembali bertaubat pada yang Maha Esa... ana futur, ana khilaf... syukran artikel yg sgt mengtuk ht ni... hu2

    ReplyDelete
  2. Kaab bin Malik sebenarnya bukanlah tertinggal dari perang tabung. Beliau sengaja namun tidak memberikan alasan/berbohong atas kejadian itu. Tertinggal dalam firman Allah juga bukan bermaksud tertinggal di medan perang tetapi tertinggal /lambat diterima taubat (ditangguhkan) hingga dunia ini merasa sempit untuknya. Boikot pula selama 50 hari tanpa sesiap menegur, menyapa, malah tidak dibenarkan bersama dengan isterinya.

    boleh rujuk kitab Hayatus Sahabah untuk kisah penuh, wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. betullah tertinggal.. beliau bukan saja tak nak pergi, tapi menangguh-nangguh kerana terpegun dengan kebunnya sampai tertinggal.. boleh baca juga dalam buku Dalam Dekapan Ukhuwwah tulisan Salim A Fillah, Islahul Qulub tulisan Amru Khalid atau mana-mana buku sirah yang menceritakan mengenai sahabat2 rasul SAW..

    apa yg ana nak sampaikan bukan kisah tu, kerana kisah tu ana yakin ramai yang tahu. Ana cuma nak tekankan bahawa saat yang paling bahagia itu adalah saat di mana Allah mengampuni kita dan kita meninggalkan kekhilafan kita.

    wa Allahu 'alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam kitab Riyadhussolihin Imam Nawawi juga ada tercatat kisah beliau...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?