Hati Kita Semakin Subur atau Terkubur?

18 Ramadhan 1432H. Sekejap sahaja masa berlalu. Sejauh mana aku dah manfaatkan ia? 

Wah, mungkin tidak sepenuhnya lagi? 

Jadi bila? 

Persoalan yang menarik. Terima kasih. =) 


“Macam mana nak memenuhi keperluan seorang manusia?” 

Keperluan Seorang Manusia 

Perkara pertama yang harus ditinjau kembali ialah definisi keperluan itu sendiri. Adakah keperluan yang dimaksudkan itu berasaskan hawa nafsu, atau berasaskan keimanan terhadap Allah dan hari akhir? 

Kalau kita dapat lihat pada hari ini, secara umumnya masyarakat kita semuanya berlumba-lumba dalam memenuhi keperluan masing-masing. Tapi, macam yang saya cakap tadi, keperluan berasaskan apa? 

Kalau kita dapat lihat berapa ramai manusia yang sanggup tidak tidur siang dan malam hanya kerana mencari duit untuk keluarga. Kereta di hadapan rumah sampai 7 biji. Rumah ada beratus bilik, tapi yang duduk di dalam rumah tu cuma 2 hingga 3 orang sahaja. Inikah keperluan kita?

Bagi yang berkasih sayang sebelum nikah. Kita dapat lihat bagaimana dia sanggup habiskan RM20 satu malam untuk semata-mata untuk mendengar suara yang namanya kekasih. Turun dari Perak ke KL hampir setiap minggu semata-mata mahu bertentang mata. Belum lagi namanya yang sampai sanggup untuk call kekasihnya dahulu sebelum dia melakukan apa-apa. 

“Awak, saya mahu keluar dengan kawan-kawan ni. boleh tak?”  
“Tidak!”  
“Ok.” 

Haha. Bunyinya macam bodoh bukan? (Tapi memang pun). 

Kerana apa?

Adakah ini keperluan kita? 


Atau keperluan kita yang sebenar ialah tarbiyah yang sempurna dari al-Qur’an yang menjadikan kita insan yang beriman, beramal soleh, seorang pewasiat ke arah kebaikan dan kesabaran, seperti yang disebutkan Allah dalam Surah al-‘Asr, mengenai mereka yang tidak akan rugi. Bukan setakat di dunia, bahkan di akhirat yang lebih utama. 

“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”  
[QS al-‘Asr, 103:1-3] 


Di situ pentingnya iman.

Imanlah yang akan mengawal definisi keperluan diri kita. Dan kalau kita lihat dalam hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda, 

“Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan menyelamatkan imannya, kecuali ia lari dari puncak bukit ke bukit yang lain dan lari dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah SWT. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradik sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya”. 

Sahabat bertanya, 

“Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu?” (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); 

Nabi SAW menjawab, 

“Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang menghancurkan dirinya.”  
[HR Baihaqi] 

Kalau kita perhatikan kembali, rosaknya masyarakat kita pada zaman ini kerana mereka silap dalam menentukan keperluan mereka berlandaskan keislaman. Berlandaskan keimanan. Berlandaskan ketakwaan.

Jika bukan keperluan anak dan isteri, maka keluarga, jika bukan keluarga, maka kerabat dan jiran. Ada sahaja ruang yang menjadi paksi keperluan mereka selain dari Islam. 

Di situ perlunya kita sama-sama keluar, dan memahamkan manusia akan hakikat keperluan kehidupan mereka. Kerana apa? 

Kerana masyarakat kita sekarang ini kebanyakannya lebih mudah terkesima dengan kebiasaan orang ramai berbanding yang namanya wahyu dan hikmah kenabian. Tugas kitalah untuk memberi kefahaman kepada diri kita sendiri dan diri mereka akan firman Allah mengenai, 

“Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti itu hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan.”  
[QS al-An’am, 6:116] 

Platform Menyuburkan Hati 

Maka wujudnya bulan Ramadhan ini sebagai lahan atau taman untuk kita sama-sama menyuburkan kembali hati-hati kita yang penat berperang dengan segala jenis syaitan dan nafsu di bulan-bulan yang lain.

Tapi, sejauh mana kita telah mensuburkan ia, atau sebenarnya kita menguburkan ia? 

Hati yang terkubur hanya bisa dicerahi dengan al-Qur'an

Di sini kita perlu reti bersikap, agar hati kita tidak terkubur. Kerana apabila hati telah terkubur, maka kita akan lihat akan lahirnya banyak perkara-perkara kemaksiatan dan dosa yang mula menyelubungi diri kita. 

"Sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal darah. jika segumpal darah tersebut baik maka akan baik pulalah seluruh tubuhnya, adapun jika segumpal darah tersebut rosak maka akan rosak pulalah seluruh tubuh, ketahuilah segumpal darah tersebut adalah hati." 
[HR. Bukhari & Muslim]

Maka, adalah tanggungjawab kita untuk menyuburkan kembali hati kita. Jika bukan Ramadhan ini yang menjadi “turning point’ atau titik perubahannya, bila lagi? Bulan-bulan lain? Siapa yakin dia masih hidup 2 saat dari sekarang? 

Kerana itulah yang difirmankan Allah dalam surah ar-Ra’d, 13 ayat ke 11, 

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana, maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. “  
[QS Ar-Ra'd, 13:11] 

itu yang diajarkan Allah. Bukannya, 

"Belum sampai seru."
“Dah takdir aku jahat, hina dan terbiar.” 

Bukan! Tetapi, perubahan itu perlu kita lakukan. 

Dan perlu kita ingat, perubahan juga perlu diperhatikan sama ada berasaskan hawa nafsu (keinginan) atau keislaman. 

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran.”  
[QS al-Jasiyah, 45:23] 
+++

Macam mana kita nak suburkan hati kita? 

MANFAATKAN RAMADHAN KALI INI. 

Hujani keimanan dan ketakwaan ke dalam hati kita

Suburkan ia dengan melazimi bacaan al-Qur’an, solat tahajjud, solat berjemaah di masjid, membasahi lidah dengan berzikir. 

Kerana itulah puncak kebahagiaan. Itulah puncak untuk kita merasa hina dan kita ni sedar bahawa kita tiada apa-apa. Nak makan pun tak boleh! Ada sesetengah orang, nak korek hidung pun tak boleh. Berat sungguh penderitaannya. =) 

Manfaatkan masa yang ada ini untuk kita sama-sama menyuburkan semula hati kita agar ianya semakin tunduk, semakin yakin dan semakin takut dengan Allah. semakin ianya bersedia untuk mematuhi segala perintah Allah.

Jika tidak, maka ia akan terkubur. 

Apabila hatinya sudah tidak terbuka, maka hatinya akan mati. 

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."  
[QS Al-Hadid, 57:16] 

Hati mereka menjadi keras. Lebih keras daripada batu yang kadang terjatuh kerana takutkan Allah. 

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Dan ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."  
[QS al-Baqarah, 2:74] 

Jangan Biarkan Dia Mati 

Mula-mula tinggalkan solat tahajjud, lepas tu tinggal solat subuh berjemaah. Lepas tu tinggalkan al-Qur’an dan lain-lain. 

Akan ada yang memerhatikan kita walaupun kita tidak melihatnya

Kerana, apabila hati itu sudah mati, maka ia sudah tidak mampu untuk menjadi hakim yang baik. 

”Hati itu adalah Raja, tatkala bagus rajanya maka baguslah rakyatnya, dan tatkala rosak rajanya maka rosaklah rakyatnya”.  
[HR Abu Sa'id, Al Hakim, Abu Na'im] 

Adapun perkara itu nampak baik, tapi keburukan pasti terselit dicelah-celahnya.

Semaikan kembali rasa takwa di dalam dada kita. Di dalam hati kita kerana, 

“Taqwa itu ada di sini,” maksudnya di dalam hati. 
[HR Muslim no. 2564 dalam Kitaabul Birri wash Shilah.] 

Jika keadaan hati kita buruk, maka mustahil untuk ketakwaan mendiaminya. 

+++

Kerana itulah kita semua bersama.

Saling memperingati satu sama lain agar hati-hati kita tidak terpengaruh dengan keduniaan. Yang akhirnya akan terus merosakkan nilai-nilai ketakwaan dan keimanan dalam diri kita. 

Tanamlah Baja Kesuburan Hati 

Suburkan kembali hari kita agar semakin bersemangat, berkomitmen dalam jihad, dakwah dan ukhuwwah. 

Puncaknya adalah bermula dari malam ke-21 ke atas kelak. 

Semoga kita semua bertemu dengan Malam al-Qadr dan meraih redha Allah itu yang utama. 

Kita akan saling menyuburkan hati kita bersama-sama. Demi untuk mencari redha serta cinta dari Allah. 

Berikan laluan untuk cinta Allah


“look at a highest stages.” 
Khir al-imtiaz 
1615 hours 
18/8/2011

Comments

  1. "kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya.."

    tersentap. sungguhlah, wanita itu boleh memberi fitnah. huh.


    takwa= hati-hati

    teringat pesan seorang kawan, "jangan bermaksiat pada Allah. takwa lah yang akan menjaga kita dari kemaksiatan. sebab takwa itu juga bermaksud hati-hati."

    selamat masuk gear 5 untuk Ramadhan ini.

    ReplyDelete
  2. akh, masa ana check tafsir tentang hati lebih keras dari batu tu, ana perasan ada kesilapan tu. Afwan, surah 8 tu kan Surah Al-Anfal.. boleh diperbetulkan insya-Allah..

    ReplyDelete
  3. @freshie. surah ke-8? mana ana ada tulis ayat dari surah al-Anfal untuk entri ni.. hurm3x..

    ReplyDelete
  4. ohh baru perasan semua dalil ada kod number yg berlainan dgn surah dan ayat yg sebenar. serius. yg nmpk di screen laptop adalah begini:

    [QS al-‘Asr, 769:7-9]
    [QS al-An’am, 2:772]
    [QS Ar-Ra~d, 79:77]
    [QS al-Jasiyah, 01:89]
    [QS Al-Hadid, 13:72]
    [QS al-Baqarah, 8:30]

    bile copy paste masuk ruangan komen ni, die bertukar jadi betul pulak. tak tahu apa masalahnya. mungkin problem font yg digunakan kot.antum boleh try check di komputer org lain mungkin

    ReplyDelete
  5. cb tgk link ni kalau ade masa. http://farm7.static.flickr.com/6200/6058535156_7918b891de_b.jpg

    ReplyDelete
  6. err.. no komen.. anti orang kedua inform masalah yang sama. surah dan ayat lain dari yang sebenar..

    ana dah ubah font dah..

    kalau masih ada problem.. tak tahu lah kenapa...

    ReplyDelete
  7. ya, sekarang dah nampak betul.ayat dan surah yg tertera di skrin juge dah betul.mabruk.ana nak mengelakkan org lain konfius mcm ana td sbb tu tegur.

    sekian..wallahu'alam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?