Hati Aku Sebenarnya Ada Di Mana?

“Akh, ana balik dulu.” 
“Kenapa? Tak nak makan sekali ke?” 
“Ana makan kat UTP je kot.” 
“Ok ok.” 

Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul satu pagi. Aku bersama jentera JML 3143 terus meluncur laju ke arah UTP. Sebelum tiba di kamar, aku singgah ke kafe untuk membeli sedikit makanan untuk berpuasa pada hari esoknya. 

Hatiku terus berbisik. Fikiranku terus berkata. Dan hatiku terus meraung. 

Sampai bila aku harus macam ni? 

Bila kali terakhir aku menangis ketika berhadapan dengan Allah? 

Bila kali terakhir aku gementar di saat ketika aku mahu bermaksiat? 

Bila kali terakhir aku serius dalam belajar demi memudahkan kerja dakwah? 



Kenapa boleh jadi macam ni? 

Mutabaah tidak stabil. 

Penghasilan dakwah masih lagi tidak jelas. 

Di manakah silapnya? 

Mungkin saja keikhlasan. 

Sejauh mana aku berbuat ini, serius kerana mengejar Allah? 

Atau mungkin ini ujian? 

“Akhi, antum perlu tahu membezakan antara azab dan ujian.” 
“Maksudnya?” 
“Satu musibah itu digelar sebagai ujian apabila ia diturunkan kerana Allah sayangkan kita. Tapi, satu musibah itu digelar azab, apabila ia diturunkan kerana Allah sedang marahkan kita.” 

Adakah aku sebenarnya sedang di azab? 

Astaghfirullah!!! 

Ya. Mungkin aku sedang di azab! 

Aku buat semua ni kerana apa sebenarnya?! 

Kerana apa?! 

Kerana Allah?! 

Jika ya, kenapa tidak seperti kerana Allah?! 

Kenapa seperti melepaskan batuk ditangga? 

Yang mana hasilnya itu, kau sendiri tidak mahu melihatnya! 

Aku kat mana sebenarnya…? 

Siapa aku sebenarnya…? 


+++

Selesai mensiapkan beberapa kerja yang perlu disiapkan. Aku mengambil serta menciumi buku bertajuk “Ibadah Sepenuh Hati” atau judul asalnya ‘Ibadatul Mu’min karangan Amru Khalid. 

Aku membelek muka surat yang sudah ku tanda. 

Aku mencari. 

Dan mata aku mula menemui perenggan yang sudah berkali-kali aku ulangi bacaannya. 

+++ 

Malulah akan teguran Allah! 

Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata, “Tatkala turunnya ayat 

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ  وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُو
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."
[QS Al-Hadid, 57:16]


Waktu itu baru empat tahun kami masuk Islam. Namun Allah telah menegur kami dalam hal kekhusyukan solat. Kami pun kemudian keluar untuk saling menegur satu sama lain, dengan mengatakan, “Sudahkah kalian mendengar bahawa Allah telah berfirman, "Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah?" Salah seorang lelaki pun kemudian sempat terjatuh akibat menangis atas teguran Allah terhadap diri kami.” 

+++ 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam mengingat Allah? 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam mengerjakan solat? 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam berbuat kerja dakwah dan tarbiyah? 

Belum tibakah masanya untuk aku secara serius khusyuk dalam belajar semata-mata demi agama Allah? 

Rasailah bahawa Allah telah menegur engkau, meski hanya sekali! 

Malulah atas teguran Allah! 



Carilah Semula Hati Engkau di mana Sebenarnya 

Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata,

"Carilah hatimu di tiga tempat: pertama, ketika membaca al-Qur'an; kedua, ketika solat; ketiga, ketika mengingat kematian. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!"

Bayangkan, syukur bila kita berhasil menemukan hati kita di tiga kesempatan tersebut. Tambahan, Ramadhan masih sahaja baru menemui kita. Masih belum terlambat untuk kita mulakan transisi baru ke arah lebih baik. Kesempatan sudah diberikan dengan sangat luas. Segala pintu kebaikan sudah terbuka. 

Carilah semula puncak kebahagiaan. Perbaiki dirimu daripada terus di azab kerana dosa-dosa kita. 

Carilah sebuah hati untuk diri mu wahai diri……………… 

Jangan pernah putus asa menunggu di pintu, walaupan kita di tolak! 


“saat demi saat” 
Khir al-imtiaz 
0630pm 
2-8-2011 

Comments

  1. hati ana juga seperti sudah lama hilangkan diri, mungkin saja merajuk dengan ana yang tak reti nak jaga iman dan diri..

    syukran akh, begitu juga hati ana.

    mujur juga ada Ramadhan, mujur.

    ReplyDelete
  2. hati itu akan kembali..

    jika kita sudah reti untuk menjaga iman dan diri semula...

    ReplyDelete
  3. mohon share..

    ReplyDelete
  4. erk.. bg lah nama kamu wahai anon2 sekalian...

    ReplyDelete
  5. Dalam Ramadhan, mencari hati baru... I need new heart !

    ReplyDelete
  6. peringtn bg ana n yg len...syukran...

    ReplyDelete
  7. tika diuji kita sempat berfikir, ujian tanda sayang atau musibah tand amarahNya.. tika itu, bersyukurlah, Dia masih lagi sudi mencampakkan ilham itu agar diri kita kembali ke jalan yang benar.. bukankah itu juga tanda cintaNya?

    ujian memang sangat2 pahit untuk ditelan,tidak sesenang lafaz 'sabarlah' dan tidak semudah lafaz ' insyaAllah, pasti ada yang lebih baik buatmu' tapi.. lihatkah dikau akan semua ini akan tanda cintaNya? kerana bila Allah cinta, makhluk disekeliling mu pun akan menasbihkan kalimat cinta kebaikan.

    -pujuk kembali iman kita agar kembali kesisi hati-

    thanks 4 sharing, sangat membekas buat diri dikala ini.. keep it up.

    ReplyDelete
  8. sgt terdetik kerana diriku leka menjaga hati dgn baik selama ini, suke bca tulisan kamu... terima kasih sharing..

    ReplyDelete
  9. syukran ya akh ats tulisan ni...
    ana nak minta izin utk share tulisan anta ni kpd org lain.....

    smga mndpt keredhaan Allah......

    ReplyDelete
  10. segala yang baik itu semua dari Allah..

    silakan sahaja jika mahu share..

    kalau boleh, sertakan link asal blog ni sekali..

    ameen..

    ReplyDelete
  11. ana suka dengan cara penulisan enta. ana pun hati dah semakin hilang. harapnya tidak tergolong di kalangan mereka yg tiada hati. insyaAllah. ameen.

    ReplyDelete
  12. pertama kali singgah disini
    hati begitu terusik bait2
    tika tinta tt melambarkan kata2
    terima kasih byk yg menyedarkan
    betapa zat allah itu luas

    ReplyDelete
  13. betul :')
    tapi, macamane nk bezakan azab & musibah?
    tapi, walau pun azab atau musibah, selalu nya bila kita susah & sedih, kita makin dekat dengan tuhan :D maka itu adelah bende yang baik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?