Kita Hina Kerana Jauh Dari Islam

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Masih lagi diberikan ruang serta peluang dari Allah untuk kita sama-sama bermuhasabah. Dan kemudiannya meningkatkan kadar iman dan takwa kita kepada Allah. Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberikan peluang dari Allah untuk melihat agama ini dari sudut sebagai seorang yang sedar bahawa dirinya itu adalah hanya sekadar hamba. Kerana apa? 

Kerana dalam dunia zaman merdeka atau era globalisasi ini, hamper semua manusia telah didoktrinkan untuk menjadi tuan. Dialah yang berkuasa atas segalanya. Teruatamanya apabila wang dan pengaruh menjadi tulang belakang yang menyokongnya. Hinggakan ada puak yang melampau menmperkenalkan satu teori yang mengatakan setiap dari kita ini adalah tuhan. 

You’re God. 
atau 

Born to be free! 

Menyebabkan ramai manusia yang terlena leka dalam dunia yang secara realitinya seperti bangkai anak kambing kurapan, tetapi mereka melihatnya seperti syurga. 


Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW berjalan melewati pasar sementara orang-orang berjalan di kanan kiri beliau. Beliau melewati seekor anak kambing yang telinganya kecil dan sudah menjadi bangkai. Beliau lalu mengangkatnya dan memegang telinganya, seraya bersabda : 

“Siapa di antara kalian yang mau membeli ini dengan satu dirham (saja)?”. 

Mereka menjawab, 

“Kami tidak mahu membelinya dengan apapun. Apa yang kami boleh perbuat dengannya?” 

Kemudian beliau SAW bertanya, 

“Apakah kamu suka ia menjadi milikmu?”. 

Mereka menjawab, 

“Demi Allah, seandainya ia hidup ia adalah aib (cacat), ia bertelinga kecil, apalagi setelah ia menjadi bangkai?”. 

Maka beliau SAW bersabda, 

“Demi Allah, dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai ini dalam pandangan kalian.”  
[HR Muslim] 
+++

Tetapi. Cuba kita lihat kembali ke dalam diri kita dan di sekeliling kita. Adakah kita merasakan dunia ini seperti bangkai anak kambing cacat tadi? Atau kita merasakan ianya seperti puteri salji yang kita perlu berkorban dan bersungguh-sungguh dalam merebutnya? 


Seperti yang saya tanyakan dalam entri sebelum ini, Kita Terhina Kerana Kebetulan?

Kenapa boleh jadi macam ni? 

Kenapa? 

Sedangkan kita ada al-Qur’an yang menjadi pedoman atau petunjuk jalan untuk kita. 

Sedangkan kita ada Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang terus menerus mengembangkan Islam demi kesejahteraan seluruh alam. 

Tapi, kita bukan setakat gilakan dunia. Tertipukan dunia. Bahkan lebih lagi. 

Kalau kaum wanita Islam di Perancis bertungkus lumus untuk mempertahankan hak mereka dalam memakai niqab atau purdah denggan alasan kebebasan. Tetapi wanita Islam di Malaysia bertungkus lumus dalam mempertahankan hak mereka dalam nak melepaskan semua yang ada di badan dengan alasan kebebasan. 


Kalau kaum lelaki di Palestin siangnya bekerja untuk mencari nafkah keluarga, menjaga diri dan keluarga dari ancaman Zionis. malamnya berjaga di sempadan untuk mengawal keselamatan umat Islam di Palestin. Kaum lelaki di Malaysia siangnya penuh dengan kerja untuk tuan mereka, dan menjual adik atau anak untuk kepentingan diri sendiri. Manakalanya malamnya juga berjaga, tetapi untuk memuaskan hawa nafsu di kelab malam, rempit di jalanan raya dan berzina sana sini. 

Kenapa? 

Kita menjadi hamba kepada dunia. 

Hina. 

Saya bertanya agar kita sama-sama mampu untuk berfikir. Di mana diri kita sebenarnya. 

Kita kata kita Islam. 

Tapi, benarkah kita ini Islam sebenarnya? Adakah cukup kalau kita hanya sekadar Islam? 

Hmm.. Islam itu apa sebenarnya? 

"Islam datang dari kata akar bahasa arab iaitu “Salam” yang bermaksud keamanan. Ia juga bermaksud berserah diri kamu sepenuhnya kepada Allah SWT iaitu Tuhan Maha Besar. Secara ringkasnya, Islam bermaksud keamanan yang diperolehi dengan berserah diri sepenuhnya kepada Tuhan Maha Besar. Dan sesiapapun yang berserah dirinya kepada Tuhan Maha Besar, Allah SWT, digelar Muslim. "
[Dr Zakir Naik] 

Jadi, Islam itu keamanan yang diperolehi dengan berserah diri sepenuhnya kepada Tuhan Maha Besar. 

Berserah diri sepenuhnya. 


+++

Cuba kita refleks dalam diri kita, adakah statement ini teraplikasi dengan sangat baik dalam diri kita dalam berislam selama ini? 

Atau masih sahaja ada cinta yang lain dalam hati kita? 

Tatkala datangnya seruan berdakwah, datang ke program keislaman, berukhuwah dan sebagainya. Hati kita mula berbelah bagi dengan cinta-cinta yang mencapah di dalam hati kita. Sedangkan hati kita hanya untuk Allah jika kita mengatakan kita berserah diri sepenuhnya kepada Dia. 

Tetapi secara hakikatnya sangat berbeza dalam dunia sekarang. 

Yang terlibat dalam politik dikaburi dengan cita-cita palsu mereka. Kerana dunia. 


Yang mengatakan dirinya pendakwah juga terkadang hanya berjenayah syariah sahaja. Kerana keinginan. 

Yang remaja belia Islamnya hancur lebur tiada harga. Kerana hawa nafsu. 


Kerana mereka hanya sekadar Islam secara keturunan. Mereka ucap “Tiada Tuhan selain Allah” kerana mereka mendengar mak ayah mereka menyebutnya. Bukan kerana mereka memahami hakikat disebalik kata sumpah itu sendiri. 

“Tiada Tuhan selain Allah”.. 

Tetapi tenangnya kita kepada perempuan, musik bukan-bukan. Terlindungnya kita dengan pangkat dan harta. Rindunya kita pada dunia dan wanita serta keluarga. Cenderungnya kita dengan berehat melampau-lampau. Tiada langsung ruang untuk diisi dengan kehadiran Allah. 


"Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”  
[QS Ali ‘Imran, 3:14] 

Tadabbur juga..

“Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah Allah sangat berat azabnya. 
[QS al-Baqarah, 2:165] 

Saya ulang.. 

“Adapun orang-orang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.” 
[QS al-Baqarah, 2:165] 
+++

Di saat Islam mula menjauh dari diri kita. Cahaya Islam itu mula bersinar kembali dari ufuk yang lain. 

“Mengapa budaya barat datang kepada Islam? Dan jikalau kamu perlu menjawabnya di dalam satu ayat sahaja, jawapannya ialah buadaya barat datang kepada Islam kerana Islam mempunyai penyelesaian kepada masalah-masalah budaya barat. Budaya barat dan kebanyakan masyarakatnya, hanya membekalkan apa yang diperlukan oleh badan. Ia membekalkan keperluan dari aspek fizikal badan. Kebanyakan agama pula hanya membekalkan keperluan dari aspek rohani badan, iaitu rohnya. Tetapi syukur kepada allah, Islam adalah satu agama yang merangkumi 2 aspek. Ia membekalkan keperluan fizikal badan, sambil juga membekalkan keperluan rohani badan.”  
[Dr Zakir Naik] 

Mungkin ada di antara kita yang menganggap agama ini hanya sekadar pelengkap mengisi borang. Tolong buang mindset sebegitu. 

Mungkin ada di antara kita yang menganggap agama ini hanya sekadar tradisi keturunan yang diwarisi. Tolong buang mindset sebegitu. 

Sebab Islam itu adalah berserah diri sepenuhnya kepada Tuhan Maha Besar. Allah SWT. 

Kita berserah kepada Allah bukan kerana kita Melayu. 

Kita berserah keapda Allah bukan kerana mak ayah kita. 

Kita berserah kepada Allah bukan kerana girlfriend kita atau untuk mendapatkan hak keistimewaan atau subsidi. 


Tetapi berserah dirinya kita kerana menginginkan ketenangan. Di dunia mahupun di akhirat, itu yang lebih utama. 

“Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan, dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayangannya” 
[QS an-Nisa’, 4:125] 

Kenapa kita hina? 

Kerana kita jauh dari Islam. Jauh dari al-Qur’an. Jauh dari Allah SWT. 

“Dan sesiapa yang berpaling dari pengajaran Allah Yang maha Pengasih (Al-Qur’an), Kami biarkan Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), dan menjadi temannya karibnya.” 
[QS Az-Zukhruf, 43:36] 

Maka dekatkanlah semula diri kita dengan Allah. Dengan al-Qur’an. Dengan sunnah Rasul SAW. 

Mulakanlah perubahan dalam diri kita. Kemudian mulakan pula perubahan itu dalam diri orang lain. 

Bersama kita tidak cuba untuk beralasan dalam berbuat kebaikan, berukhuwah bersama-sama mereka yang mahu menjaga keimanan, menghidupkan suasana tarbiyah dan membudayakan dakwah dalam hidup masyaraktat. 

Bersabarlah kita seperti sabarnya tentera syaitan dalam merosakkan kita. 

Bersabarlah kita seperti Nabi Muhammad SAW dalam mendakwahi manusia jahil. 

Bersabarlah kita seperti Allah SWT yang tetap memberikan kita pelbagai nikmat walaupun kerap kali kita ingkarinya. 

Dan, teruskan perjuangan. Perbaharui mujahadah. 

Buka minda kita. Dan kemudiannya berfikir sejenak. Adakah ini semua hanya kebetulan, atau sesuatu yang terlindung di sebalik apa yang berlaku. 


Kenapa umat yang dikatakan sebaik-baik umat di dalam al-Qur’an ini menjadi begitu teruk pada zaman sekarang? 

Kenapa umat yang dahulunya menjadi rujukan sekalian alam, tetapi sekarang menjadi umat bawahan yang tidak ada langsung tempat bergantung? 

Kenapa? 
“Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi…”  
[Umar al-Khattab]



“tunggu result” 
Khir al-imtiaz 
09062011 
1523hours

Comments

  1. entry yang sangat baik =)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Khir. Saya adalah seorang yang praktikal. Dalam dunia, ada 3 jenis golongan yang saya hendak jadi: 1.Golongan yang mampu mengenal pasti dan mengklasifikasikan masalah 2. Golongan yang mampu mencipta penyelesaian bagi masalah yang ditimbulkan 3. Golongan yang bergerak untuk melaksanakan penyelesaian itu. Saya ingin ketiga-tiganya tetapi saya lebih cenderung ke arah golongan ketiga. Jika Khir ada cadangan, utarakan sekali cara penyelesaian masalah itu, saya akan cuba dan beri feedback akan keberkesanannya agar dapat kita improvise.

    ReplyDelete
  3. adil >> terima kasih. segala kepujian itu hanya untuk Allah


    tzmoh >> alhamdulillah.. di tengah2 ramai orang lebih mencintai kebaikan, tetapi tidak mencintai untuk berbuat kebaikan. anda malah mengatakan anda cenderung kepada mereka yang bergerak untuk melaksanakan penyelesaian itu (merujuk kepada topik yg ada).. saya mungkin dah bg overview dlm artikel di atas ttg apa yg kita kena buat, tapi mungkin tidak spesifik spt yg dikehendaki anda.

    mungkin anda boleh emel saya di mohamadkhir.johari@gmail.com utk discuss secara lebih detail cara nak selesaikan masalah ni. kerana perbahasan dia sangat panjang.. dan perubahan itu tidak boleh berlaku dalam satu malam sahaja.

    atau boleh juga cuba baca artikel ni.. http://umairzulkefli.blogspot.com/2009/05/berpolitik-atau-berdakwah.html

    ReplyDelete
  4. artikel yg sgt memberi kesedaran..syukran,ya khir

    ReplyDelete
  5. alhamdullilah artcle yg sgt mmotivasikn ana...trme ksih utk pringtn ini....

    ReplyDelete
  6. Sangat Membangun Dan Inspirasi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rasa Semakin Jauh dari Allah?

Mereka yang Mengabaikan Al-Quran

Merasakan Hidup Tidak Bermakna?